Sepatutnya hari ini 20.1.2021 permulaan sekolah buat anak-anak mama.. Pastinya mama akan sedikit kelam kabut untuk pastikan keperluan anak-anak ke sekolah sempurna..Yang pasti bekal mesti kene ada..Namun apakan daya kan kita untuk menolak takdir..Anak-anak masih dalam fasa berkurung di rumah kerana kat Melaka kene PKP..Hilang semangat sedikit sebab barang2 sekolah semua dah beli..Tersimpan dulu dalam almari..Kang letak kat luar kang hari2 dok belek beg, kasut la bagai..Sian betul..
So hari ni relax2 sahaja sebab minggu depan baru gi amik modul PDPR kat sekolah...Kat tempat mama ni 2 hari lepas ada 1 kes..Kemain kecoh gak la bila tempat sendiri ada dah kes.. Dah rasa takut jer nak kuar.. Tapi bila pikirkan negeri Selangor yang hari2 beribu beratus tu relax lagi kuar2 macam tak ada apa adoiiii..Seram sejuk rasanya..Kebal tu diorang tu..Hopefullly keluarga mama di Selangor sentiasa di bawah lindungan Allah SWT..Aamiin.. Yang penting mak abah sihat2 bila kol tu dah rasa hepi sangat.