ARTIKEL TERBARU

Tuesday, 19 November 2013

Konvo Kakak - Pengkalan Balak, Melaka - Hari Kedua - Hari Konvokesyen Farah Nor Shahirah


Ni n3 last sempena konvo kakak.. Jenuh dah menaip ni.. 

Sebelum acara penyampaian hadiah untuk kanak2 tadika ni ada penyampaian hadiah tuk acara sukaneka tadi.. Tapi dimulakan dulu tuk acara cabutan bertuah.. Ala semua family dapat.. Kami dapat lapik iron board..Hehehe..Baguslah yang kat umah tu pun dah koyak skit..Alhamdulillah..Ayah suh mama naik pentas sbb ayah nak amik gambar..Kih! Kih!

Chu sibuk je nak ikut naik..

Lepas tu acara penyampaian hadiah tuk sukaneka kutip gula2 kanak2 umur 3-4 tahun..

Pemenang pertama : CHA (68 gula2)


Pemenang kedua : CHU (53 gula2)


Pemenang ketiga : Pqa (30 gula2)

Gambo ntah mana hilang..Rasanya ayah ada snap..

Hadiahnya dapat pensil warna yang pendek tu.. Jadilah buat seronok2 kan.

Amik ko! Semua anak2 saya yang naik pentas.. Segan gak tapi bangga pun ada gak.. Hahaha..

Kemudian acara persembahan kanak2 tadika.. Terkejut sbb kakak ada wat persembahan.. Dia tak bagitau mama pun dia kene buat persembahan.. Bertuah betul.. Bikin mama dia terkejut jer..

 Kakak yang belakang yang pakai tudung hitam.. Dia pegang gambar katanya tu yang kene dok belakang..Hehehe..Rata2 bebudak ni pakai baju sukan jer saya kesian ngan kakak.berpeluh2 kot. Suh dia mandi dan tukar baju..lagipun nanti pakai jubah tak dapat baju kat dalam.. Sekali kene wat persembahan. Nasib ada yang tak pakai gak baju sukan tu..


Selesai persembahan pakai semula jubah dan topi untuk acara gambar ramai2 plak..




Kemudian acara amik sijil plak.


 Kemudian selesai acara pembahagian sijil2 kepada semua kanak2 tadika, acara yang semua dok tunggu2..

Memula tadika 6 tahun dulu.. Belakang saya duduk tu anak dia dapat no 1.. Teruja tul saya tengok..Hepi sesangat mak pak dia.. Lepas tu tadika 5 tahun plak..

Hati saya dah tak sedap sebabnya nama kakak tak keluar pun.. Start no 5, 4, 3, 2... Tak adapun nama kakak.. Kami dah redha la sebab maybe cikgu dia suh datang jugak untuk meriahkan suasana (Actually kami dirayu suh hadir sebenarnya, memula tak dapat pergi la sbb kekangan kewangan masa ni..Masing2 lom gaji..Korek2 la wit simpanan jugak..Demi anak.. )

Dan pengumuman tempat pertama :

FARAH NOR SHAHIRAH BINTI MOHD FADLI



Serius ! Macam nak gugur jantung mama..Ya Allah! Rasa hepi tak tau nak ungkap camner tengok kakak naik pentas amik piala tu.. Bila kakak turun terus kami peluk dia ucap tahniah..


 Semoga tahun depan naik pentas lagi ye.. No 1 jugak tau.. Amin!!!

Lepas dah selesai semua amik makan tengah hari (nasi ayam) bawak masuk bilik.. Makan kat bilik je sebab nak kemas2 nak check out.. Kami nak terus balik kampung Muar sbb dah alang2 sampai Melaka.. Lagipun kami sambung cuti Isnin Selasa..Tahun depan turn kembar plak..

Konvo Kakak - Pengkalan Balak, Melaka - Hari Kedua - Kakak Sukan Kami Di Mana


Kami kene dok tepi la.. Takkan nak dok depan2 kot..Hahaha.. Mama lepak betul2 port tempat kanak2 buat aktiviti.. Kira tgh2 la.. hehehe..Dapatlah bagi semangat kat kakak dan kengkawan dia...




Adik2 buat pembakar semangat kakaknya..

Konvo Kakak - Pengkalan Balak, Melaka - Hari Kedua - Sukaneka Kanak2 Tadika

Lepas dah settle acara kanak2 umur 3-4 tahun acara kanak2 tadika plak.. Ala satu acara jer pun kanak2 umur 3-4 tahun..Jadilah...Bagi saya meriah sesangat la walaupun group kakak ada yang menang ada yang kalah.. Adatlah kan bertanding.. Jangan emosi sangatlah mak bapaknya.. Budak2 kot yang main tak yah la ko nak letak harapan tinggi melangit macamlah anak ko sorang terror.. Anak orang lain lembab.. Tak bagus2.. Biasalah budak2 ada yang ok ok la..Yang blur tu apa nak buat.. Terima jer la.. Hahaha.. 

Gambar kakak sukan memang mama snap banyak.. Tapi idaklah semua nak lambakkan kat sini.. Amik banyak2 pun sebab nak bagi kakak tengok gaya dia bersukan..

Sebelum tu beratur.. Kakak masuk group oren..



 
 Acara pertama - Masukkan Air Dalam Botol Guna Span 
Keputusan : Kalah



Acara Kedua - Korek Bola Dalam Pasir
Keputusan : Kalah


Acara Ketiga - Tarik Bola Guna Gelung
Keputusan : Ketiga


 Acara Keempat - Junjung Pundi Kacang
Keputusan : Pertama




 Acara Kelima - Isi Pasir Dalam Botol
Keputusan : Pertama

 
Muka pun ceria jer




Bagus kakak.. Tahun depan leh main lagi..


 



Konvo Kakak - Pengkalan Balak, Melaka - Hari Kedua - Sian Dia




Sian dia tak ada mainan yang sesuai seangkatan umurnya.. Tapi pandai bawak diri tak meragam langsung .. Tengok je orang main...Bagus la anak mama ni..

Konvo Kakak - Pengkalan Balak, Melaka - Hari Kedua - Sukaneka Kutip Gula2

Lepas dah settle sarapan berkumpul kat padang sbb Cha Chu ada acara kutip gula2.. Acara untuk kanak2 3-4 tahun.. Memula memang masukkan nama Cha Chu jer.. Tetiba Pqa cakap dia nak jugak.. Ala Pqa tak cukup umur.. Bila cikgu dia tau terus cikgu suh masukkan jer Pqa.. Hehehe.. Seronok Pqa...

So sebelum acara bermula mama pun bagi la penerangan secara detail (pergh! secara detail ko) kat anak2 mama ni.. Mama masukkan baju dalam seluar diorang dulu.. Pastu tunjukkan cara nak masukkan gula2 dalam baju.. Masukkan dalam baju jer poket2 tak yah kang lambat..Gigih tau mama dia..Semangat sungguh time ni.. Dalam hati kalau memang kira bonus, kalo tak menang pun tak apalah..Just nak bagi diorang sosial jer..









Yang masuk umur paling kecik adalah Pqa tapi sbb dia nampak bambam so kira ok lah..

 Hehehe..Amik2 jangan tak amik.. Gigih jerit2 mak bapak masing2..

  Tu nampak Pqa masukkan dalam baju dia.. Good la Pqa.. Bertindak mengikut arahan

Kih! Kih! Anak sape la tu sampai berbaring2 lagaknya..

Dan hasilnya 

 Hasil tangkapan masing2

Muka ceria kepenatan setelah berjuang berhabis-habisan




Agak2 diorang menang tak? 
Sape no 1 agak2 nya..Next n3 ek...

Konvo Kakak - Pengkalan Balak, Melaka - Hari Kedua

Pagi ni semua anak2 bangun awal sbb hari ahad ni la hari bersejarah buat kakak... Tapi tengok jadual acara konvo start kul 11.30 pagi.. Sebelum tu ada acara sukaneka tuk anak2.. Berkumpul semua kat dataran sbb ada senam erobik.. Mama senam gak senam jaga Eya.. Hahaha.. Dasar malas nak berpeluh2..






Lepas diorang semua abis menari lagu poco2.. Ada plak lagu yang ayam menari tu kan.. Anak2 memang suka la.. Comel jer kalo bebudak yang menari tapi bila tengok mak bapak yang menari termasuk suami sendiri haruslah pasrah kan..hehehe..

Lepas dah basah semua ketiak2 diorang moh la kita sarapan plak.. Menu sarapan diorang nasi lemak.. Dan ayah jugaklah gi amik makanan dan minuman.. Anak2 semua makan sendiri cuma kakak tak join kami makan.. Dia kene makan ngan kengkawan dan cikgu2 dia..

Muka Pqa yang masam sbb ayah lambat amik makanan.. Sabar le Pqa oii.. Ramai yang beratur tu..


Tengok jer la gambo Eya ni ye.. Betapa sedapnya nasi lemak dia (hahahha..pepaham la ek)

Lepas dah settle sarapan pegi semula ke padang sbb ada acara sukaneka plak....
Hari yang bertuah untuk Cha, Chu dan Pqa.. Next n3 yek....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...