ARTIKEL TERBARU

Monday, 8 July 2013

Eya Banyak Ragam Sekarang Ni..

Ini budak kecik kuat mengamuk sekarang.. Port dia sekarang kalau mengamuk dalam kereta terus dok bawah kaki mama.. Melentik2kan badan dia.. Alahai adik..Lagi dipujuk lagi la meraung2.. tensen kakak2nya kat belakang.. Ni masa tengah ceria sebelum mengamuk ..Kalau kita tau dia nak apa tak apalah, ni tetiba ada la yg dia tak puas ati..Pastu kang tetiba ayah kene cubit la kat sebelah, tak pun tetiba pukul tangan ayah..Erm.. Adik! Adik!
Kalau kat umah plak tak leh silap skit, kalau tak bagi apa yang dia nak atau lambat ke terus bersujud sembamkan muka..Tak kisahlah time tu kat mane..Depan bilik air pun jadi..So kakak2nya memang la kene jaga ati budak kecik ni..Kalau kakak2nya tengah main dia pun sibuk la nak main gak, jgn ler halau..Redha jer la dia nak main sama..Kah!Kah! 







p/s: banyak ragam nak membeso agaknya..

Longkang Pun Sesuatu Yang Menarik

Kalau dah namanya budak, apa saja menarik bagi mereka.. Longkang pun leh jadi tarikan.. Tak paham mama nak oii. Apa yang bestnya tengok longkang tu Pqa? Ada nampak muka awak ker? Hahaha...





Nampak Lena Sungguh!

Ni kakak rasanya yang amik gambar ni..Mama ni jarang2 la dapat pegang phone,kecuali kat opis.. Kalau tak kejap kat kakak, tak pun kat Cha, pas ni kat Chu plak, lom lagi Pqa nak main gak..Ni kakak sibuk suh
beli ipad/ tab. Mak ai! Dah pandai awak ye kakak benda2 cam gitu..Bila citer kat ayah, ayah kata kene beli sorang satu..Nanti survey harga sebab nk beli banyak..Uit!Macam leh dapat je korang.. Sabar ye anak2 mama.. Ayah wat peruntukan dulu.. Ni kes balik kampung ari tu sepupu diorang (Afiq Qayyum dan Aiman Faris) ada benda alah ni..



Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013

Pejam celik dah nak masuk bulan puasa semula.. Harap2 panjang umur dapat jumpa bulan puasa tahun ni..
Tarikh untuk tengok anak bulan ialah hari ni 8 Julai.. Dan lokasi2nya boleh baca kat bawah ni..


Agak2 puasa esok atau hari rabu.. Saya rasa hari Rabu..Sebabnya esok baru plan nak beli barang dapur..Boleh tak gitu? Hahaha..Tapi tak apalah kalau pengumuman malam ni esok puasa pun redha jer..
 Tekad puasa kali ni buka dan sahur nak masak ..Harap2 tercapai impian saya.. Borak2 ngan ayah dalam kereta plan saya ni, kalau boleh kita tak yah gi bazar, kita masak la kat umah..Lagipun kita bulan puasa kan balik awal..Pastu bukannya kita mkn berat pun masa buka..Lagipun sempat jer kot nk masak simple2.. Ye la kita hanya merancang..Sebab tu kene ada perancangan baru ada pelaksanaan..Kan !Kan! Lagipun kalau gi bazar mama ni suka beli mcm2 pastu sampai umh tak nak makan plak.. Membazir sesangat.. Bersorak syaitan ..Hahaha..Lagipun dah ada buku 365 hari masakan..Menu simple2 ok la..Mama kan tak berapa pandai nak masak2 ni..Kih! Kih!


Gambar Kek Besday Mama dan Abah


Tengah nak clearkan gambar2 dalam laptop nampak la gambo kek ni..Ni gambar kek masa sambut besday mama dan abah (abah mertua)... Kami berkongsi tarikh lahir yang sama 13 April.. Lagi sorang adik ipar mama iaitu suami huda... So selalunya mama ngan abah akan potong kek sesama la samada awal atau lewat..Sedap sangat kek ni sbb beli kat kedai kek sek 4 tambahan..Memang kedai pilihan la.. Ni pun sambut awal sbb kebetulan mak pak mertua datang umah so ayah balik dari betulkan kete terus beli kek... Dia tak cakap pun kat mama nak beli kek..



Cool Blog

Percaya tak yang saya baru jer merasa minum cool blog ni.. Hehehe.. Itupun sebab tadi lunch kat restoran terkini kat sek 8 ..Sebelah dia ada cool blog ni.. Selama ni kalau makan ke atau tapau kat sini tak rasa pun nak minum air ni..Tetiba tadi cakap kat ayah nnt mama nk bli air cool blog tu la..Pastu tengah dok belek2 airnya tak tau nak pilih air apa..Last2 mama pilih Hong Kong Milk Tea (Teh Ais) dan ayah plak Space (Laici)... Erm mcm apa ntah pilih.. Ayah kata setakat pilih teh tu baik x yah.. Kih!Kih!.. Next time ar..Nnt i pilih air yg best2 plak..Sengal jugak..
 

 

p/s : Kalau kakak tau mama minum air ni mesti dia sentap..Hahaha.


Walau Kecil Hadiahnya Tapi Amat Bermakna


Walau hanya pengasah pensel hadiahnya, namun di hati anak kecil ianya amat bermakna. Apatah lagi ianya hasil dari kesungguhan sendiri. Tahniah kakak. Tingkatkan usaha lagi.. Hadiah dari cikgu sebab dapat jawab soalan dengan tepat.. Bukak pintu kereta masa amik dari sekolah terus bercerita.. Mama pun nampakkan la bersungguh mendengar dan ucapkan tahniah dan teruskan usaha.. Sebelum tu dapat pensel tekan sebab dapat kira 1-30 dalam bi..Tidak meletakkan harapan yang tinggi padanya, baru 5 tahun umurnya, akan tetapi jika itu yang diperolehi sekadar bersyukur..


Panduan Khatam Al-Qran Di Bulan Ramadhan

Tadi buka blog Nad.. Baca entri ni.. 
Wah bagus la ada panduan macam ni. Senang la nak jadikan panduan..Pada sesaper yang pada bulan posa ni bercadang nak khatam lebih satu kali pun ada panduan kat bawah ni.. In Sha Allah cuba untuk buat dan mudah2an dipermudahkan..






Selamat Pagi Isnin





Selamat pagi semua... Hari ni rasa lemau skit..Sebab semalam kepenatan... Penat memasak, penat mengemas, penat melayan.. Semua penat tapi tak apalah sesekali kan.. Lagipun dah orang minta tolong..Lagi2 orang tua..Yang penting ikhlas menggembirakan hati orang tua walaupun mertua..Bila semua dah balik semalam terus rasa alahai rasa lemah gemalai jadinya..Sebabnya rumah kami dijadikan tempat untuk majlis .... Nanti saya cerita...Nak wat keje dulu walaupun lemau2 gak.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...