ARTIKEL TERBARU

Tuesday, 25 June 2013

Cuti Ahad - Aktiviti Mengemas Bahagian Bawah

Hari sabtu tu bahagian atas dah kemas.. Seronok berganda2 rasanya.. Sape tak suka rumah kemas kan..Macam saya yang anak2 ramai dan tengah melasak ni tak mengharap sangat rumah tu kemas 100%.Kang baru kemaskan mainan2 masuk bakul tak sampai 1/2 jam diaorng amik balik main mak2 la..Pastu patung2 dah susun siap2 kang amik semula main mak2 la...Dah namanya budak bak kata ayah...Hahaha..Lelaki ni senang betulkan... Kita ni yang jadi mak2 ni rasa serabut kalo sepah2 ni.. Tapi sekarang ni seronok nak suh diaorang buat sesuatu atau tolong, bagi jer upah.. Bukan mahal pun upahnya, gula2 sebiji ker, suh buat air pilihan diorang ker, tak kisah la janji diorang rasa ianya satu penghargaan...

Ok berbalik citer mengemas2 hari cuti ni.. Hari ahad pas sarapan (sarapan nasi terus sbb malas nak masak tgh hari kang.. Lauk sardin, ayam goreng) mulalah sesi mengemas bilik bawah.. Bila dah kemas2 banyak sesangat barang2 yang tak guna rupanya.. Kene mama hanya filter barang2.. Mana yang guna letak satu satu tempat mana yang tak guna sila keluar ko dari rumah ini..Hahaha.. Yang kakak,kembar dan Pqa suka la nolong pas2 barang mana yang tak guna bawak letak luar..Rasa seronok juga anak ramai ni leh di harap..Hahaha..Adik Eya tido sebab tu mama ligat skit..

Settle semua dalam kul 6 lebih.. Sebab ayah cuci sekali bilik bawah tu.. Sebab mcm berbau ...Bilik bawah ni x pasti lagi nak letak katil atau tak.. Kalau mama better tak payah sbb nak jadikan ruang cam pejabat..Bukan beso mana pun..Entahlah.. Tak sempat nak pikir lagi..Yang penting kemas dulu..

Budak2 ni excited nenek dia nak datang nak tido umah.. Ye la mak saya jarang datang dan jarang tido umah anak kalau tak ada hal.. Kalau mak mertua tu selalu la..Sebab dia leh datang naik bas..Kalau mak saya memang adik beradiik saya tak kasi la, memang tak pernah pun datang naik bas..Kalau nak datang umah sesape bagtau nnt ada la yang akan amik dan bawak.. Lagipun mcm saya memang tiap2 bulan balik kampung..Huda yang kat shah alam 2 minggu sekali balik kampung sbb dekat kan..Rokhim pun sama..Cuma along jer sbb dia keje tak tentu..

Ok la.. Pas bilik tu kering kang baru pikir nak letak semula dan susun barang2 dalam tu tanpa memerlukan kos tambahan,.. Tengah2 kering ni aduhai...




Salam Selasa Semua

Hari ni masih lagi keadaan yang sama.. Bacaan IPU pukul 7 pagi tadi 192... agak tinggi juga la..Biasanya saya akan tengok bacaan bagi Muar, Kuala Selangor dan Putrajaya.Boss saya mc plak hari ni sbb lelah dia menyerang..Dia tinggal kat port klang dan bacaan kat port klang pagi tadi 400 lebih... Pagi tadi kakak masih saya cutikan. Lalu depan tadika dia eh ada plak kasut bebudak plak.. Ada yang sekolah jugak.. Kereta cikgu dia pu ada.. Tapi x banyak la kasut budak2 ada dalam 10 budak jer kot..Kakak pun dah batuk2 dari semalam.. Saya suh dia banyak minum air masak...Tapi walau keadaan macammana pun keje tetap kene keje..Keje sentiasa menanti tak pernah abis..Macam keje rumah gak la..Tiap2 hari buat benda yang sama, basuh baju,sidai kain,menyapu, masak, lipat kain....Hahaha..Tu yang respek pada kawan2 yang jadi suri rumah tangga ...Apapun sama2 kita berdoa agar keadaan ini pulih seperti sedia kala...
Amin!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...