ARTIKEL TERBARU

Wednesday, 8 May 2013

Dari Hati Mama Untuk Kalian Berdua



Kalian berdua,
Saat mama dimaklumkan oleh doktor akan wujudnya kalian dalam perut mama
Oh sungguh teruja sekali
Dan berita yang paling gembirakan ayahmama adalah
Mama mengandungkan bayi kembar
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah S.W.T

Semasa kalian dalam perut mama
Pelbagai perasaan
Takut, seronok dan macam- macam lagi
Semua tak dapat hendak digambarkan
Mama terpilih untuk merasai pengalaman ini

Kalian membesar dalam perut mama tanpa sebarang masalah
Syukur pada Tuhan
Setiap hari ayahmama berdoa agar jauhkan segala yang tidak diingini
kerana tiada pengalaman membuatkan kami khuatir

Alhamdulillah 08 Mei 2009 tarikh dipilih
Untuk mengeluarkan kalian setelah 9 bulan di dalam perut mama
 Untuk memberi kalian peluang melihat dunia
Untuk memberi peluang kalian menikmati kasih sayang kami seterusnya

Terima kasih kerana kalian memberi mama peluang
Menikmati merasa mengandungkan kembar
Merasa adanya 2 nyawa di dalam perut mama
Menguatkan lagi kasih sayang antara mama dan kalian
Memberi peluang menjaga kalian, membesarkan kalian
Dengan bermacam ragam, pelbagai karenah yang tak dijangka
Sungguh menakjubkan perancangan Allah S.W. T kepada AyahMama

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA DIBERI PELUANG BEGINI.






WW : Kami Dah 4 Tahun


08 MEI 2009 - 08 MEI 2013 
4 TAHUN
FARAH NOR SHAHADAH & FARAH NOR SHUHADAH


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...