ARTIKEL TERBARU

Thursday, 4 April 2013

Muhammad Aiman Faris Bin Khoirur Rokhim

Bila tahu kewujudan dirimu di dalam rahim ibumu
Sungguh-sungguh teruja
Bukan ibu dan ayah kamu sahaja berperasaan begitu
Kami semua...Terutama atuk dan nenek yang hendak menyambut satu2 cucu lelaki

Kamu dijaga sepenuh perhatian semasa di dalam rahim ibumu
Penuh kasih sayang yang tidak dapat digambarkan
Kerana ibu dan ayahmu telah ada pengalaman
Kematian abangmu di dalam kandungan ibu
Sungguh saat yang menyedihkan
Tapi ianya telah berlalu
Hanya redha dengan ketentuan yang tertulis untuk ibu dan ayahmu

Tapi sayang.. Sekali lagi ujian buat ibu dan ayahmu
Disaat kamu baru 7 bulan lebih kamu perlu dikeluarkan untuk melihat dunia
Melihat ibu dan ayahmu
Melihat kami semua yang amat menyayangimu
Bertarung ibumu dengan nyawa ...
Sungguh besar pengorbanan ibumu

Setelah kamu dilahirkan sekali lagi ujian buat ibu ayahmua
Hanya kerana kamu tidak cukup bulan dan kurang berat kamu perlu pantauan lebih di hospital
Setiap hari ibu dan ayah ke sana melihat kamu
Walau hanya di kaca cermin
Sungguh bermakna sekali

 Saat dapat menyentuhmu adalah saat yang terindah sayang

Alhamdulillah.. Dengan semangat kamu yang kuat untuk hidup
Untuk memberi peluang kepada ibu dan ayah menjaga kamu, mendidik kamu
Setelah berbulan2 di rumah kedua akhirnya kamu merasa duduk bersama ibu dan ayahmu
Saat yang paling indah buat ibu dan ayahmu

Kini segalanya telah berubah sayang...Kamu  membesar dengan ???..Susah untuk diperjelaskan.. Kamu membesar dengan memberi beribu2 pengalaman buat ibu dan ayahmu ..Kamu membesar dengan keletah yang berlainan.. Walau adakalanya ibu dan ayahmu merungut dengan kenakalan kamu.. Tapi kami semua mempertahan kamu.. Jangan dipikirkan sangat kenakalan yang dia buat kerana ianya boleh dipantau kerana kecil lagi tapi pikirkan dahulu susah payah kamu berdua hendak mendapatkannya... Hargai dia setiap masa kerana Allah bagi ujian lain pula buat kamu berdua.. Untuk memahami karenah dia setiap masa..


Buat 
MUHAMMAD AIMAN FARIS BIN KHOIRUR ROKHIM
In Sya Allah...
Mudah-mudahan kamu menjadi anak yang mendengar kata
Jadi anak yang soleh
Kamu pelengkap kehidupan ibu dan ayahmu


Buat ibu dan ayah Aiman
Jangan jadikan kerenah anak suatu yang menyusahkan
Ianya takkan berulang semula
Kerana dia akan semakin membesar
Banyakkan bersabar.. 


Nukilan dari:
mamayang









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...