ARTIKEL TERBARU

Friday, 29 March 2013

Salam Jumaat Semua


Mana Kasut Adik Eya?

Kakak dah bising2 dah tanya bila nak belikan adik Eya punya kasut.. Sebabnya Eya dah berjalan dah.. Asyik praktis jer kat umah dan taska.. Lagipun dah memang suh nenek tu mengurut kakinya sekali masa mengurut dia terseliuh.. Risau oooo dah setahun tak berjalan lagi. Sebab kakak2 cepat lom setahun dah berjalan.. Yang adik ni lambat bebenor.. Semua benda dia lambat dan takut2 nak buat..Maklumlah saki baki kot.. Kah! Kah!
So mama cakaplah tunggulah mama dapat gaji nanti mama belikan lah.. Pastu kakak cakap tak yah la tunggu gaji mama cucuk jer la duit kat bank mama tu..Kuang!Kuang! Awak ingat duit dalam bank mama tu berkepuk2 ker nak oiiii... Sukatijer kan kalo dah namanya budak2...
Yang menjadi masalahnya adalah, bila belikan adik Eya kasut baru, takkan kakak2 dok tengok plak..Hahaha.. Haruslah kene dapat jugak.. Tapi idaklah beli kasut, maybe benda lain cuma lom terpikir la..Adik eya tak pape pun tak ada kasut tapi kakak2nya yang lebih2.. Sayang adik kononnya.. Untunglah Eya...

budak yang terlebih manja sesangat sekarang ni

Mogok Yang Dibuat2

Pagi2 tadi kakak dan kembar mogok tak nak gi taska.. Diorang nak gi umah cik wawa sbb sepupu2 ada kat situ.. Lolololo... Hampir gak nak jadi hijau tadi walaupun pakai baju hitam.. Setelah berhempas pulas berpikir apa tektik2 yg berkesan yg boleh digunakan... Akhirnya ayah umpan gi kedai.. Belilah apa yg nak dibeli.. Dan janji pas ayah ngan mama abis keje amik kat taska terus gi umah cik wawa.. Tak yah balik umah sbb diorang dah suh mama bawakkan baju diorang siap2 pagi tadi.. Rupanya budak2 ni dah siap merancang baik punya.. Ye la sepupu2 diorang tu akan balik ke Jengka sabtu pagi.. So nak tak nak malam ni kene la gi jumpa diorang jugak...Anak2... Kadangkala buat ayahmama gelak bahagia, kadangkala hampir darah tinggi ayahmama dibuatnya..

Hari-Hari Dalam Islam

Untuk panduan bersama.. Sebenarnya semua hari semua bulan semua minggu adalah baik..
 
Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi s.a.w


Jumaat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.


Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.


Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.


Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.


Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.


Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.


Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...