ARTIKEL TERBARU

Monday, 25 March 2013

Dugaan Terbesar Bagi Kami

TIDAK SANGGUP MENGHADAPI SITUASI BEGINI LAGI.. CUKUPLAH PENGALAMAN PERTAMA ITU.. YA ALLAH BERILAH KESIHATAN KEPADA DIRI INI, SUAMI DAN ANAK-ANAKKU.. AMIN!!!

27/02/2013 dalam kenangan










Bila Dapat Jumpa Sepupu

Ni tengah ramai kat umah.. Ada adik ipar ngan anak2 dia..Almaklumlah cuti sekolah.. Ada mak mertua sekali datang hari sabtu sebab nak jumpa cucu2nya.. Jarang memang kami dapat jumpa diorang ni..Jarang balik lagipun diorang.. Yang adik ipar ni dari jengka.. Just dia anak beranak kecik2 tapi suami tak ikut sekali.. Tapi respeklah sbb dia leh handle anak sensorang tanpa suami walaupun tengok dah cam raksasa ngan anak2 dia.. Hahaha.. Kalaulah saya memang tak mampu ler.. Baik dok umah senyap2.. Hehehe..
Tapi yelah maybe dia buhsan tahap gaban sbb dia dok ngan mertua dia kat pahang sana.. So time cuti sekolah ni baru dia leh jimba2 ngan adik beradik sini..Huhuhu..
Dan yang paling suka adalah kakak sbb dia dapat jumpa satu2nya sepupu pompuan dia.. Almaklumlah anak2 adik saya dua-dia lelaki.. Saya jer penyumbang cucu pompuan.. Jadinya xcited lebih bila tau sepupu dia nak datang sini..
Time ni lah sibuk nak kaler sama2, buat kene sekolah sama (mcm la ada keje sekolah budak tadika ni..layanjer la).. Sukati kakak la..Bila lagi pun nak jumpa diorang..
Tapi yang tak bestnya anak2 dia semua tak sihat.. Batuk2 dan selsema.. Risau gak kalo jangkit kat adik Eya.. Kami just pantau dia jer sbb pagi tadi ada batuk dan selsema sikit dan ada bunyi nafasnya.. Harap2 janganlah berpanjangan sbb risau kalau tetiba mcm hari tu.. Perkara tak disangka (kene masuk wad)..Kang tak pasal2 mama yang demam seminggu lagi..Hehehe..

Along (tua setahun dr kakak)
Abang (sebaya Pqa dan satu2 cucu hero sebelah suami)
Angah (budak kuat nangis sbb kene sakat ngan paklongnya.. sebaya kembar)

Korang ni jumpa setahun sekali pun lom tentu tu yg dok melalak jer takut.. Hehehe..

Mengatasi Anak Suka Gigit Kuku


Ada banyak alasan kenapa si kecil suka menghisap jari atau menggigit kuku. Kebanyakan mereka sekadar ingin tahu apa rasanya, mengatasi rasa bosan, stres atau menutupi rasa takut. Kebiasaan seperti ini disebut sebagai nervous habit iaitu kebiasaan yang disebabkan oleh perasaan takut atau gelisah.

Selain kebiasaan menggigit kuku, ada juga kebiasaan yang lain misalnya menghisap jari, memainkan rambut dan merapatkan gigi. Jika tidak ditangani segera, kebiasaan ini terbawa sampai dewasa.

Apabila si kecil melakukan kebiasaan ini secara tidak berlebihan dan tidak melukai dirinya, juga secara tidak sedar (misalnya sedang melihat TV), maka anda tidak perlu cemas. Itu hanyalah cara kanak-kanak mengatasi stres ringan. Kemungkinan besar kebiasaan ini akan berhenti dengan sendirinya. Namun apabila kebiasaan menggigit kuku tetap berlaku dan sukar untuk dielakkan, anda perlu melakukan cara-cara seperti berikut untuk menghilangkan kebiasaan tersebut :-

1 Cari penyebabnya
Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah bertanyakan pada si kecil mengapa dia gelisah. Selalunya kita hanya melarang anak-anak daripada melakukan tabiat buruknya tanpa mengetahui punca sebenar perbuatan tersebut. Seharusnya ibu bapa perlu mengkaji penyebabnya dan berfikir sama ada si kecil mengalami stres ataupun tidak. Anda perlu bersabar untuk menghadapi situasi ini kerana tidak semestinya anak anda akan mendengar larangan anda. Apa yang penting ialah kesabaran dalam mengatasi masalah ini. Cuba atasi dengan cara positif dan bersabar.

2 Jangan marah
Perbuatan menggigit kuku sering dilakukan tanpa sedar. Justeru, elakkan daripada bertindak memarahi atau memaksanya menghentikan kebiasaannya itu. Sebaiknya beritahu si anak secara perlahan-lahan kerana mereka lebih suka dipujuk daripada dimarahi.

3 Tentukan batasan
Ingatkan pada anak anda bahawa perbuatan menggigit kuku adalah perbuatan tidak sopan dan tidak boleh dilakukan di depan orang lain. Katakan juga pada anak anda bahawa perbuatannya itu akan mengganggu orang lain. Bicara dengan lembut dan berhemah mengenai tabiatnya itu. Tidak perlu menekan atau memaksanya menghentikan tabiat tersebut secara drastik kerana ia akan membuat si kecil bertambah stres. Semakin kurang anda memaksanya, semakin mudah untuk anak anda menghentikan kebiasaannya itu.

4 Diskusi bersama
Ajak anak anda untuk membicarakan mengenai tabiat buruknya, kesan terhadap perbuatannya dan cara penyelesaiaannya. Misalnya anak anda mahu anda ingatkannnya jika lupa, anda ankan mengingatkan bile merasa terganggu.

5 Beri bantuan
Buat persetujuan bagaimana cara anda mengingatkan, terutama bila di depan umum. Misalnya dengan bahasa isyarat agar tidak disedari orang di sekeliling. Menegur secara terbuka mungkin akan menyebabkan dia berasa malu dan rendah diri. Biarpun ada kala ejekan rakan-rakan juga dapat membantu anak anda menghentikan tabiat buruknya itu dengan lebih cepat.

6 Tawarkan alternatif
Bila anak anda ada keinginan untuk menggigit kuku, cepat-cepat alihkan dengan benda-benda yang lain. Biarkana anak anda leka sehingga dia lupa untuk melakukan tabiatnya itu. Selain itu, suruh anak anda tarik nafas dalam-dalam dan gunakan teknik teknik relaks yang lain supaya berasa lebih lega.

7 Elak kecederaan
Menggigit kuku dianggap sebagai tanda kegelisahan yang berlebihan. Tabiat ini boleh mendatangkan kemudaratan ke atas diri si kecil sehingga menyebabkan kuku dan jari terluka dan berdarah. Anda perlu berjumpa dengan doktor atau mendapatkan bantuan psikologi sekiranya tabiat anak anda itu tidak dapat diatasi.

Kembar saya habit diaorang adalah MENGGIGIT KUKU.. Dan pada mulanya saya amat risau sebab kukunya jadi tak cantik.. Pendek memang la pendek.. Tapi ianya bukan sesuatu yang bagus.. Dan saya praktikkan cara diatas.. Alhamdulillah berkesan dan sekarang ni dah tak gigit kuku..



Petua Untuk Menghalau Lalat

Macam2 sebenarnya petua orang dulu2.. Cuma kita orang zaman kini jer tepuk dada tanya diri samada releven tak nak ikut ker idak.. Bak kata SY i follow..

Pilihan 1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 2: Ambil secekak daun kari dan kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
.
Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang sedang berada di meja makan anda.

Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu, lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak dan tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan..

Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu, letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Lagi satu yang saya pernah nampak masukkan air dalam plastik dan ikat/gantung..

Pilihan Herba Untuk Ibu Dalam Pantang

 Sesape ibu-ibu yang akan berpantang bolehlah cuba pilihan-pilihan di bawah....Bukan dalam pantang pun boleh.. Macam saya kalo rasa badan cam berangin2 jer masak tu lebihkan halia dan lada hitam..

1. Serai
Kandungan citral di dalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah, ia turut membantu anda menurunkan suhu badan.

2. Kurma
Untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, kurma adalah pilihan yang sesuai. Selain itu, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.

3. Lada Hitam
Lada hitam terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah, mengatasi kembung perut dan mengubati sakit serta pening kepala.

4. Bawang Putih
Bawang putih mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protien, serat serta lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan potasium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.

5. Halia
Ia baik untuk mengubati luka luar , merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Rasa dan aroma pedasnya pula dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.

6. Kunyit
Kunyit dapat membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.

7. Lengkuas
Lengkuas berkhasiat dalam membantu membersihkan darah, menghalang gangguan perut dan merangsang otot.

Banyak gak pilihan tapi biasanya saya kalau dalam pantang guna halia, lada hitam sahaja.. Tak suka bawang putih sebab bau badan kuat kang..Hahaha..Ada jer nak ngelatnya..
Kurma pun bagus sesangat..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...