ARTIKEL TERBARU

Friday, 6 December 2013

Pulut Dan Cicahannya - Menu Sarapan Hari Sabtu

Meh kasi tengok gambar dulu ek !


 Ini pulut ye

 Ikan kering campur2 jenis

 Sambal tumis

Kelapa parut

Tu la menu sarapan kami masa hari sabtu lepas.. Malam tu tetiba masa nak tido berborak la ngan anak2 kat dalam bilik.. Borak pun ngan kakak dan kembar la.. Hehehhe.. Bagitau la kat diorang mama teringin la nak makan pulut, pastu cicah ngan kelapa, ada sambal tumis dengan ikan kering.. Dan soalan dari kembar, pulut tu apa mama? Hahaha.. Kakak tau mama pulut tu apa.. Konpiden je la awak ni kakak..Tapi mana ada pulut nak masak, kelapa pun x ada..Pastu mama pun sms la ayah kat bawah (ayah tgh tgk tv lagi, lom naik lagi) bagitau macam esok nak buat pulut la wat sarapan...

Pastu masa ayah masuk bilik buat macam muka tak kisah.. Dia ni baca ke idak mesej aku ni..Malas nak tanya.. Lupakanlah.. 

Pepagi ayah siap2 (x la pagi pun, semua pakat bangun lambat..Dah nak kul 10 baru semua nak bangun) bagitau nak beli barang2 dapur jap..Ala, konpem dia x baca mesej aku ni.. Tak apalah..Masak je la apa yang ada kat dapur tu.. 

Tengah dok pikir2 apa nak masak sarapan (masa ni ayah dah keluar..so sambil pikir sambil tengok tv jap), tengok2 ayah balik bawak pulut dan kelapa..Huk oloh dia ni...Kata nak gi beli barang2 dapur.. Tipu je.. Apa lagi cergas la mama ke dapur semangat nak masak.. Pergh! Tambah 3 kali ooooo.. Mabeless sungguh la dapat makan.. Lama kot tak makan pulut ngan kelapa dan ikan kering.. Biasanya makan pulut kuning cicah rendang ke..

Alhamdulillah, kenyang gak la..Memang tak plan nak masak tgh hari sbb nak ke rumah huda. Mak saya ada kat sana.. Meh kita serbu makan umah untie hud korang je..




Hanya anak2 yang bersarapan dahulu.. Mama tunggu ayah sebab ayah keluar semula untuk beli barang dapur.. Semua muka lom mandi ..Hahaha..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...