ARTIKEL TERBARU

Monday, 23 December 2013

Dugaan Bila Anak2 Dan Mak Kat Kampung Demam Serentak

Salam Semua! Baru rasa nak menulis... 

Inilah dugaan akhir tahun namanya..Hehehe.. Sebabnya hari Rabu lepas saya EL sbb jaga Pqa demam.. Pqa start demam dulu...

Hari Khamis plak ayah EL sbb Chu plak yang demam.. Pagi Khamis tu dah cakap ngan Pqa x yah gi taska sbb mcm x ok lagi.. Tapi dia nak gi juga sbb dia kata Pqa dah tak demam.. Pastu dalam kul 1 lebih gitu cikgu dia wassap Pqa nangis2 sakit perut dan badannnya panas balik.. Terus keluar opis gi taska amik Pqa bawak balik umah (sbb ayah ada kat umah jaga Chu).. Sampai umah tengok Chu tengah tido.. Ayah bagitau Chu tak nak makan langsung.. Tanya nak makan apa2 ke dia geleng je..Memang x larat bebebor gayanya.. Saya gi opis semula dalam kul 2 lebih gak la sbb memujuk dia makan ubat dulu.. 

Pastu dapat tau pun mak kat kampung pun demam.. Terasa gak sebenarnya sbb Chu ngan nenek ni cam ada connection skit..Hahaha.. Cucu spesel dia ni..Bila tau Chu tak sihat terus nenek nangis2 sbb tak dapat nak datang..Ye la diri sendiri tak sihat... Pastu pujuk2 bagitau la jangan risau, In Sha Allah tak ada apa2.. Yang penting mak pun jaga diri, makan ubat.. Apa2 hal bagitau.. Rasa sedih gak sbb tak dapat nak tengok.. Tapi dapat telefon jadilah..Kalau bebudak ni dah ok rasa kene lik kampung jugak sebelum bukak sekolah..

Dan yang paling dugaan sekali adalah hari Jumaat yang indah.. 4 anak sekali tak sihat. Ayah ngan mama dua2 EL..Mana larat ooo nak handle 4 orang yang tak sihat ngan ragam masing2...Yang tak sihat Cha, Chu, Pqa dan Eya.. Macam Cha,Chu ngan Pqa cirit birit.. Eya plak demam panas.. Kakak sorang je masih ok.. Dan terdetik dalam hati kalau kakak nak demam pun tunggulah adik2 semua dah ok..

Dalam kul 1 lebih tu ayah nak gi masjid semayang jumaat pastu nak gi opis jap amik laptop, tu pun pqa bila bangun terus melalak.. Nak ayah! Nak ayah!.. Kol kan ayah biar dia dengar suara anak kesayangan bambam dia tu..Dugaan dan menguji kesabaran betul la..

Dan akhirnya kakak pun start demam jugak hari sabtu malam.. Dia kata pening kepala.. Mama suh dia baring berehat.. Dan badannya dah start panas.. Mama cepat2 telan panadol sbb cam dah rasa2 nak tumbang jugak.. Jaga orang tak sihat ni kita pun rasa cam tak sihat gak..

Nasib la kakak demam hari cuti dan adik2 pun semua dah sihat..So tumpu kat kakak sorang la hari cuti tu.. Sebabnya kakak ni kalo dia tak sihat ragam dia lagi tinggi dari adik2..Nak wat camne kan ragam anak lain2..Redha je la..

Pagi tadi nampak semua anak2 dah ok. Bangun semua ceria.. Alhamdulillah..Jangan demam2 lagi ye.Bak kata atuk kat kampung Demam Hujung Tahun.. Hehehe..

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...