ARTIKEL TERBARU

Tuesday, 19 November 2013

Konvo Kakak - Pengkalan Balak, Melaka - Hari Kedua - Hari Konvokesyen Farah Nor Shahirah

Ni n3 last sempena konvo kakak.. Jenuh dah menaip ni.. 

Sebelum acara penyampaian hadiah untuk kanak2 tadika ni ada penyampaian hadiah tuk acara sukaneka tadi.. Tapi dimulakan dulu tuk acara cabutan bertuah.. Ala semua family dapat.. Kami dapat lapik iron board..Hehehe..Baguslah yang kat umah tu pun dah koyak skit..Alhamdulillah..Ayah suh mama naik pentas sbb ayah nak amik gambar..Kih! Kih!

Chu sibuk je nak ikut naik..

Lepas tu acara penyampaian hadiah tuk sukaneka kutip gula2 kanak2 umur 3-4 tahun..

Pemenang pertama : CHA (68 gula2)


Pemenang kedua : CHU (53 gula2)


Pemenang ketiga : Pqa (30 gula2)

Gambo ntah mana hilang..Rasanya ayah ada snap..

Hadiahnya dapat pensil warna yang pendek tu.. Jadilah buat seronok2 kan.

Amik ko! Semua anak2 saya yang naik pentas.. Segan gak tapi bangga pun ada gak.. Hahaha..

Kemudian acara persembahan kanak2 tadika.. Terkejut sbb kakak ada wat persembahan.. Dia tak bagitau mama pun dia kene buat persembahan.. Bertuah betul.. Bikin mama dia terkejut jer..

 Kakak yang belakang yang pakai tudung hitam.. Dia pegang gambar katanya tu yang kene dok belakang..Hehehe..Rata2 bebudak ni pakai baju sukan jer saya kesian ngan kakak.berpeluh2 kot. Suh dia mandi dan tukar baju..lagipun nanti pakai jubah tak dapat baju kat dalam.. Sekali kene wat persembahan. Nasib ada yang tak pakai gak baju sukan tu..


Selesai persembahan pakai semula jubah dan topi untuk acara gambar ramai2 plak..




Kemudian acara amik sijil plak.


 Kemudian selesai acara pembahagian sijil2 kepada semua kanak2 tadika, acara yang semua dok tunggu2..

Memula tadika 6 tahun dulu.. Belakang saya duduk tu anak dia dapat no 1.. Teruja tul saya tengok..Hepi sesangat mak pak dia.. Lepas tu tadika 5 tahun plak..

Hati saya dah tak sedap sebabnya nama kakak tak keluar pun.. Start no 5, 4, 3, 2... Tak adapun nama kakak.. Kami dah redha la sebab maybe cikgu dia suh datang jugak untuk meriahkan suasana (Actually kami dirayu suh hadir sebenarnya, memula tak dapat pergi la sbb kekangan kewangan masa ni..Masing2 lom gaji..Korek2 la wit simpanan jugak..Demi anak.. )

Dan pengumuman tempat pertama :

FARAH NOR SHAHIRAH BINTI MOHD FADLI



Serius ! Macam nak gugur jantung mama..Ya Allah! Rasa hepi tak tau nak ungkap camner tengok kakak naik pentas amik piala tu.. Bila kakak turun terus kami peluk dia ucap tahniah..


 Semoga tahun depan naik pentas lagi ye.. No 1 jugak tau.. Amin!!!

Lepas dah selesai semua amik makan tengah hari (nasi ayam) bawak masuk bilik.. Makan kat bilik je sebab nak kemas2 nak check out.. Kami nak terus balik kampung Muar sbb dah alang2 sampai Melaka.. Lagipun kami sambung cuti Isnin Selasa..Tahun depan turn kembar plak..

4 comments:

  1. Wah...Tahniah Kakak...semoga akan terus cemerlang di masa akan dtg.. :)

    ReplyDelete
  2. wah seronok ye...
    semua naik pentas....
    tahniah kakak

    ReplyDelete
  3. salam mamafarah..tahniah utk kakak

    ReplyDelete