ARTIKEL TERBARU

Tuesday, 19 November 2013

Konvo Kakak - Pengkalan Balak, Melaka - Hari Pertama

Tu dia... Baru nak buat n3... Bukan apa tetiba banyak plak keje dah nak akhir2 tahun ni.. Tapi tak apa.. Keje tetap keje.. Sebelum banyak lagi yang dilupakan baik cepat2 menulis... Al maklumkanlah dah2 berumur ni pepaham sudah.. Hehehe..


  Sepatutnya kene berkumpul kat dataran pukul 7.15 pagi.. Tapi pebendanya nak berkumpul kul 7.30 bebudak ni baru nak terkedek2 mandi la.. Mama pun malas nak bising2 sbb tau yang kene berkumpul awal tu sbb ada tresure hunt.. Oleh kerana mama malas nak join maka mama pun melambat2 kan diri..Hahaha..

Sampai kat tempat dataran tu dalam kul 8.00 pagi.. Hambik ko semua orang dah tak ada.. Tapi tak adalah cuak pun.. Cuma kakak jer risau sebab semua dah tak ada.. Apa susah kakak bukan kita kene naik bas pun.. Kita kan pergi ngan family memasing.. Ingat kami lah yang paling lambat sampai rupanya ada family lain lagi yang lagi lambat siap tanya kami diorang dah gerak ker.. SMS cikgu dia kata diorang dah gerak dan minta kami gerak terus.. Jumpa kat melaka jer.. No hal la.. So kami pun gerak la sendiri dan tak adalah nak tergesa2.. Sediakan bekalan sandwich, air , keropok utk anak2 makan dalam kete termasuk la mak paknya sekali.. Takkan nak tengok jer.. Kebulur ko!

Kami gerak berpandukan GPS la.. Tak ada maknanya nak meredah suka suki memang menyesat la sbb memang lom pernah sampai ke Pengkalan Balak ni.. Bila nampak je bangunan Kemunting Beach Resort terus rasa lega.. Tapi lom la lega sangat sbb kami family yang sampai terawal.. Hahaha.. Memang la awal dah ko tak ikut tresure hunt tu.. Cikgu dia suh tunggu dulu.. Sambil tunggu yang lain2 sampai kami jenjalan la kat pantai.. Sebab depan bangunan tu pantai jer.. Tau la kalo bawak bebudak kan, haruslah merengek2 minta main pantai.. No! No!.. Lom masanya ye anak2.. Sila mendengar kata sbb time ni mood mama tak bape nak baik.. Kih!kih!. So daripada diorang tak pasal2 kene marah ayah pun bawak lah diorang lepak2 pantai sementara mama menenangkan diri ( Muhasabah diri la kononnya sbb baru lepas kene tazkiah ngan ayah)  Hahaha.. Betul jugak apa yang ayah kata, kita datang sini nak bawak anak2 jalan, hepi2.. Tak nak mama moody2 cam ni.. Sian anak2.. Dah lama kan tak bawak diorang berjalan.. Erm! lepas dah muhasabah diri tu mood terus ok.. Alhamdulillah...
  

 


 Letak gambo Eya sebagai pembuka cerita.. Cewah!!!

So kakak2nya ayah bawak gi pantai.. Menunggu untuk lunch...





 Lepas lunch terus daftar bilik dan dapat kunci.. Kami punya bilik yang harga RM150 (sebab pilih katil queen dan single). So far utk kami anak beranak ok lah.. 

Lepas berehat2 semua kumpul balik dalam kul 3 gitu sbb ada sukaneka keluarga.. Tapi mama ngelat malas nak join .. Sukarela jaga anak2..Ayah join main bola tampar...Lagipun panas membahang ko! Tak sanggup nak sakit kepala kang..Kalo dah sakit kepala semua tak jadi.. Hehehe..

Lepas dah abis sukaneka keluarga terus masuk bilik sbb malamnya ada aktiviti BBQ plak.. Malam BBQ tu tak seronok sangat sbb tempat lecak baru lepas hujan. kerusi meja tak cukup (tapi kami dpt port baik nak mkn ok la janji anak2 selesa), anak2 pun dah ngantuk sibuk ajak masuk bilik. Mama dok jaga anak2 just ayah ulang alik amik makanan.. Idaklah kose mama nak berebut2 amik mknn.. So far makanannya biasa jer.. Bayar pun bukan mahal sangat pun. Tak apalah kan... Ayah suh mama masuk bilik dulu lepas makan tidurkan anak2.. Ayah sanggup tunggu utk tukar2 hadiah.. (kalau nak tunggu sekali memang x larat la kan..)


 So pertukaran hadiahnya kami dapat 

Kami bagi jam dan mainan (mak bapak dan anak leh dapat..hehehe)

Tapi bila sampai bilik bukannya tido pun bebudak ni.. Main lompat2 atas katil adalah.Eya jer dah selamat beradu... Alasan nak tunggu ayah.. Sukati koranglah.. Ayah sampai diorang yang tak sabar nak bukak hadiah...Hari pertama memang tak banyak gambar sbb tak join kan.. Maybe masih kepenatan kot.. So esok ahad adalah hari yang ditunggu2.. Next n3 k..


No comments:

Post a Comment