Artikel Terkini

Juadah Di Hari Raya Haji

Tahun ni raya haji kami kat kampung Tanjong Karang. So Isnin plak kami dapat cuti. Cadang memang nak balik lambat skit coz ada tempahan kek..So petang sabtu tu dalam kul 5 lebih baru gerak.. Gerak bukan terus lik kampung, menyinggah Shah Alam jap amik Nuyun ngan Huda dan Afiq.. Adik memang nak balik ngan kitaorang sbb Rokhim balik Isnin petang sbb isterinya keje lagi hari Isnin tu.. Redha je la..Hahaha.. Along plak turn johor tahun ni.. Suami huda hari Isnin keje lagi so huda nak balik ngan kitaorang la... Sampai Shah Alam dah nak masuk maghrib, so ayah kata lepaskan maghrib la sbb bawak budak2.. Tak elok jalan maghrib2.  Sampai huda lepak2 makan2..Pas siap2 terus gerak lik kampung.

Hari Ahad ada kenduri kahwin sepupu (anak pakde kat sg Yu). So berkampung la kami kat situ smpi dalam kul 3 lebih..

Hari Isnin  lepas zohor plak terus masak2 menu tuk raya.. 
Menu yang dimasak sambal goreng, daging kurma,  ayam masak merah, ayam palembang, sambal kacang.
Menu nasi beriani, acar mentah, sayur lodeh tu masak pagi selasa.. Ayah kul 5 pagi bangun  masak nasi beriani..Hahaha..
Lemang ngan ketupat pun ada.
Agar2 tu mama yang buat. Agar2 pandan ngan koko

 



Comments

Post a Comment

FOLLOWERS