ARTIKEL TERBARU

Saturday, 28 September 2013

Plan Hari Sabtu Di Kala Gaji Belum Masuk



Salam sabtu semua !Mana yang cuti tu best la dapat bersama keluarga masing2 hari ni..Ada yang plan nak gi jalan (al maklumlah poket tgh tebal dah gaji kan), tapi yang kene keje tu redha je la..Keje dengan tabah ok.. Hehehe..

Ni bangun dari pukul 4 pagi tadi lom leh tido lagi.. Terbangun sbb Eya nak susu.. Dia skrg ni dah tak menyusu badan sangat..Maybe susu badan dah tak berapa nak ada..So dia tak puas.. Selalunya ayah yang kene bangun buat susu budak kecik ni, tapi ni mama tersedar dan keh bangun..Angkut sekali Eya masuk dapur teman buat susu..Kalau biarkan dia kat tilam kang dia dok ngamuk2 tendang yang lain2..Bukan dia kira sape sebelah dia..Kalau dah amukan semua kakak2 nya bangun kang.. Sian kakak2..Yang kecik ni memang lain pesen betul la kalau nak susu tgh mlm.. Tu la beza setiap anak kan..

Planning mama hari ni adalah dok umah kemas umah.. Mama nak kemas bilik no 2 kat atas tu.. Bakal bilik kakak ngan kembar.. Rasanya diorang dah pas nak tido dalam bilik sendiri sebab dah boleh bangun malam sendiri kalau nak kencing.. So peratusan untuk kencing malam dah tak ada.. Cuma Pqa lom lepas nanti nak biarkan dia tido tak pakai pampers.. So nanti dia kene tido kat bilik mama...Plan kemas dulu kang ada rezeki baru beli tilam tuk katil yang atas... Kat bilik tu ada katil 2 tingkat.. Yang bhgn bawah tu besar mcm katil queen so muat la 3 orang kat situ.. Sebab potensi kakak nak tido bhgn atas mcm tak pasti je..Hahaha..Tak apa slow2 ok..Nak kemas baju2 yang dah tak guna..Banyak sangat plak.. Ada tu letak kat taska sbb nanti cikgu dia balik kampung kat Melaka akan bagi orang kat sana untuk diagih2kan.. Tapi bila tengok2 ada lagi banyak plak bawah katil tu.. So ingat hari ni gagah2kan diri mengemas mana yang patut..In Sha Allah.. Apa susah i kan ramai anak2 dara so marilah semua anak2 dara mama menolong mama ek..



No comments:

Post a Comment