ARTIKEL TERBARU

Friday, 12 July 2013

Akhirnya Berjaya Bangun Sahur

Alhamdulillah.. Masuk dah hari ke-3 kita semua umat islam berpuasa.. Ada yang dah tinggal ker? Hehe..Sabar2..Jangan sedih2 ar..Ganti tetap kene ganti..Kih Kih..

Setelah 2 hari kami bersahur berdua, pagi tadi bersahur bertiga.. Iaitu dengan kakak.. Mama dah siap gorengkan telur hitam feverat dia baru kejut dia.. Kalau dia tak nak bangun x per la kami jer la yang makan telur tu..Hehehe.. Tengah ayah senduk nasi ayah suh kejut kakak nak bangun sahur tak.. Mama pun kejutkanlah.. Mama just kejut dan bagitau mama ada masak telur hitam kakak..Jom la bangun sahur.. Automatik terus bangun.. Cis! Sungguh berkuasa telur hitam tu.. 

Ayah suh mama suap kakak, memula jer mama suap.. Pastu dia nak makan sendiri..Dan dia makan bertambah.. Wah! Betul2 kakak makan ni.. Sambil makan2 sambil bercerita.Saja nak bagi dia tak bosan la hadap makanan tu pepagi..Hahaha

Lepas sahur suh dia tido sebab mama nak sidai baju.. Tengok2 dia tak tido tapi belek buku.. Dalam kul 7 kembar bangun nak susu.. Tengok kembar minum susu kakak pun nak..Alahai kakak..Kata nak puasa...Kalau puasa kene makan dan minum masa sahur jer.. Sekarang ni tak boleh.. Pujuk2 jalan pun..Ok lah..Dia kata hari ni nak puasa sampai kul 2..Tunggu jer la kang amik dia kul 11.30 apa citernya..Hahaha (bulan puasa cikgu dia kata sekolah sampai 11.30 jer..Diawalkan..Ayah kata cikgu dia nak balik awal2 pun nak buat apa..Kalau petang tu logik gak la nak masak..Bukak bazar ramadhan ker apa? Hahaha..)

Petang ni pas abis keje nak balik kampung muar.. Sebelum tu nak singgah nilai 1 jap ayah ajak jalan tengok baju.. Erm..ni yang wat rambang mata kang tak tau nak pilih...Tema raya tahun ni mama nak merah bata... Sedondon semua...Tapi tengoklah kalau warna lain tetiba terkenan plak..Hahaha..

p/s: agak2 jem giler tak nak balik muar petang ni..Maybe semua pakat nak balik sbb nak buka posa ngan family kat kampung.. Buka posa ngan family saya 26hb baru lik tanjong karang.. Sebab 26 tu cuti Nuzul Quran..Dah janji ngan Huda nak balik sesama 26 tu.. Rokhim ngan along tak sure balik ke idak.. Yang Rokhim macam tak dapat sbb dia buka gerai kat bazar ramadhan..Tak apalah korang..



11 comments:

  1. salam jumaat mamafarah..singah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah...Ada rezeki leh datang beraya nnt.hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha..ye akhirnya..hari ke3 baru nak bangun

      Delete
  3. hihihi..semoga tahanlah hendaknya kakak ya..
    Semoga selamat pergi dan balik kg ya.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tadi amik dia 11.30 dah tanya kul bape leh makan..hahaha..
      terima kasih atas doa anda

      Delete
  4. I kompem balik.. da bgtau andak da.. yeayyyyyyy...

    ReplyDelete
  5. rokhim sekarang kat maner? buka gerai kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rokhim skrg kat sg jelok kajang. Buka bisness sendiri.. Alat tulis..
      Dia tiap tahun buka gerai kat bazar ramadhan .. x ingat plak nama tempatnya..hehehe

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete