ARTIKEL TERBARU

Monday, 17 June 2013

Menu Sarapan Pilihan Anak2

Hari ahad lepas yang lepas, dok umah jer weekend tu.. Hari sabtu ayah dah buat sarapan pancake cicah kuah kari (kari beli siap2 kat kedai hari jumaat so panaskan jer..jimat masa)..Saya memang bangun lambat la sebab adik Eya tak berapa nak sihat.. So malam tu bape kali jer asyik bangun.. Pastu bila bagi susu dalam botol dia leh campak2 jer sbb nak menetek jer.. Sian ayah bangun buatkan susu leh dia campak pulak.. Adik2.. Last2 ayah suh mama minum ker makan roti ker sbbnya mama rasa kelaparan jugak sbb dia kejap2 nak netek.. Sakit pinggan betul rasanya.. Nasib la awak tak berapa nak sihat dik oiii.. 
Saya bajet dia nak demam tumbuh gigi lagi la sbb air liur dia meleleh jer.. Saya bangun dalam kul 9 lebih gak la .. Tu pun sebab cam lapar bau masak2 kat dapur.. Kakak terbungkang lagi.. Yang dah bangun si kembar ngan Pqa.. Tu la assistant kat dapur dok mekak2, gelak2 dan gaduh kat dapur.. Memang dah tau apa menu sarapan pagi ni...Seronoknya bangun dah siap breakfast...
Masa tengah sarapan2 tu dok borak2 la esok nak breakfast apa.. Mama nak masak pulak la.. So cadangan dari kakak dan kembar nak makan spagetti.. Pastu mama plak tekak ni cam gatal nak makan makaroni goreng.. Dan hasilnya menu sarapan pagi hari ahad tu...
 Spagetti dan makaroni yang dah direbus

 Kuah spagetti - cabonara (anak2 tak suka yang lagi satu, so masak satu jenis kuah jer)

 Makaroni goreng yang simple yang boleh diterima oleh tekak suami dan anak2.. 

 Fries dan nuget tuk adik Eya..

 Ini pinggan mama..Skit tak saya makan.. Ni kali ketiga kot saya tambah.. Wakakaka..

p/s: Rasa berbaloi masak jika makan bersama insan2 tersayang....

2 comments: