ARTIKEL TERBARU

Monday, 24 June 2013

Cuti Sabtu - Sarapan Pagi Air Tangan AyahMama

Seronok cuti 2 hari ni walaupun penat, sakit2 pingang dan bontot...Nape saya kata seronok? Seronok sebab 2 hari cuti ni masa dihabiskan bersama anak2.. Kami dok pulun mengemas rumah... Sebab pertama minggu ni mak abah saya nak datang tido umah.(kalo jadi sbb keadaan mak masih belum pulih sepenuhnya) . Sebab yang kedua rumah kami akan dijadikan tempat untuk sesi merisik cik wawa..(adik ipar) 7/7/2013..Bakal suami dia orang KL jer.. So mak abah mertua minta izin nak buat kat umah kami sbb leh datang juga tgk cucunya. Erm, sukatilah..Memang dari sehari ke sehari nak mengemas bilik bawah tu sbb banyak sangat barang.. 

So sebelum mengemas mama ngan ayah kene plan dulu, nak buat yg mana dulu, mama buat apa ayah buat apa. Mama biasanya buat yg simple jer dan ngelat skit2.. Ayah pun tak paksa sbb tau mama tak boleh penat sangat.. So perbincangan dibuat semasa sesi sarapan...

Sarapan hari ni lebih skit sbb kekonon nak kene ada tenaga. Hahaha.. Bebudak ni pun over gak makan ..Sebab dah bgtau hari ni kita nak mengemas rumah sbb atuk nenek nak datang.... So excited la cucu2 semuanya..

Ni menu sarapan kami hari sabtu tu. Pepehal perut kene isi dulu baru seronok bekerjasama...

 Mee + sup
Jemput2 pisang + sambal tumis

 Pagi2 bangun ayah tengah bancuh tepung nak buat jemput2.. Wah! Sedapnya..patutlah smlm sibuk beli pisang..Ingat nak makan rupanya nak buat jemput2.. Pastu ayah kata ada beli mee semalam, kalau mama nak tambah menu buatlah.. Chu request nak mee sup.. Ok.. Dah siap moh kita sarapan...

1 comment: