ARTIKEL TERBARU

Friday, 31 May 2013

7 Mata Yang Dicintai Oleh Allah



7 Mata Yang Dicintai Oleh Allah

1. Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada jalan Allah S.W.T

2. Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

3. Mata yang berjaga malam di jalan Allah S.W.T

4. Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah S.W.T

5. Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayan

6. Mata yang menitiskan air mata kerana takutkan kebesaran Allah S.W.T

7. Mata yang memandang dan membaca Al-Quran , mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan.


sumber : Facebook

Baru Nak Sarapan

Jemput makan semua.. Baru nak sarapan ni.. 

Salam Jumaat



Thursday, 30 May 2013

Tempat Baru Yang Menjadi Kesukaan

Ari tu sekejap suka main kat tangga 

Sekarang ni plak port baru kat sinki.. Sape lagi kalau bukan si kecik tomei2 ni..Kalau kakak2nya lupa nak alih kerusi pas gosok gigi memang .....'bagus2 kakak-kakakku,silalah buat2 lupa nak alih kerusi ni lain kali ek' Kah! Kah!

Tengok tangan kecil molek ni.. Ni ntah sape bukakkan air la ni.. Selalunya si kembar yang baik hati sangat2 tolong bukakkan..Tak pun lepas gosok gigi tak tutup betul2...Memang syurga bagimu dik oiii!





 Wah! Siap babai mama ye sayang...

Ops! Satu Malaysia la sangat dik oiiii.....


Tapai Ubi



Sedapnya tapai ubi.. Sape suka? Saya suka tapai ubi dari tapai pulut.. Pastu saya suka yang macam keras2 skit...Banyak la bunyi plak ...

Kenapa Mesti Malu!!


KENAPA MESTI MALU NAK CIUM MAK SENDIRI DEPAN ORANG? APA YANG NAK DIMALUKAN.. SEBAB MAK TU TAK BERPELAJARAN TINGGI.. SEBAB MAK TU DAH TUA BERKEDUT.. SEBAB MAK TU ...SEBAB MAK NI...
ADUHAI ANAK.. MASA MAK NI MASIH HIDUP LA KO NAK PELUK CIUM..BILA DAH TIADA MASA TU LA DOK TERKENANG2 MENYESAL.. TAK GUNA NAK OIIII DAH MASA TU.. TIADA GANTINYA SEORANG IBU SEBAIK MAK KITA..

Selamat Pagi Kengkawan Semua!



Selamat pagi semua.. Hari ni dah hari khamis.. Esok dah jumat.. Yeeeaaa... Bestnya...Esok petang pas abis keje nak gerak terus lik kampung tanjong karang.. Ada apa ye? Nanti akan diceritakan.. Tak sabarnya...

Wednesday, 29 May 2013

Marilah Mari Kita Bekerjasama

Percaya tak yang cuti 3 hari tu jumaat,sabtu,ahad sempena Wesak tu kami dok umah jer.. Kami pun tak percaya sebenarnya.. Kah!Kah! Nak balik kampung tak ada dlm perancangan lagipun dihujung2 bulan, pepaham sudah.. Nak gi jenjalan lagi la yg memerlukan kos.. So marilah kita berjimba di rumah sahaja.. 
Bukan selalu kan....Lagipun adik Eya tak berapa nak sihat.. Kesian plak...
So hari sabtu petang tu ayah buat aktiviti cuci kereta.. Saat yang paling digemari sebab yang utama adalah boleh MAIN AIR * kalo dah namanya budak

Tahun lepas ada gak aktiviti cam gini tapi masa tu 3 orang jer yg leh join

Sebabnya yang sorang ni kene kuarantin

Sekarang dia rasa sungguh seronok sbb leh join.. Ops!nampak plak montot Pqa.. Dia skrg dalam proses tak pakai pampers... Jimat sbb adik Eya sorang jer kang yg pakai pampers..






Adik Eya plak kat mane
Yang budak kecik ni plak kene kuarantin..Kakak Pqa telah mengalaminya dulu dik! So bertabahlah ye.. Hahaha










Nasi Lemak Ok Airnya Pun Ok Yang Tak Ok


 Nampak sedap tak? Tapi memang sedap pun.. Ni masa lepas hantar mak mertua ke TBS.. Singgah sarapan kat Ramal Junction... Tak berubah rasanya walau lama x mkn kat sini.. Dulu masa opis kat area sini hari2 dok pulun nasi lemak akak ni..Suka lauk daging masak rempah warna kuning tu..Nyum2..

 Sebenarnya nak tunjuk air ni.. Ko mampu pepagi gi pulun air horlick AIS.. Kah!Kah!.. Air horlick dah ok tapi dibantainya minum AIS *motip tulisan beso

p/s: sesekali ku rasa teringin menikmati ais diwaktu pagi *sila nyanyi ikut versi lagu shima teringin.Kih!kih!


Penangan 'Air Tangan' Seorang Ibu



WW : Amboi! Nak Tumpang Boleh



Mamayang nak tumpang boleh? 

Doaku Hari Ini....



Tuesday, 28 May 2013

Sebelum Jalan Kita Main Dulu

Biasanya 'sebelum main kita minum dulu' ni tukar plak.. Sebelum gi jalan haruslah terjah mainan ni dulu. Diorang suka gi umah cik wawa dia sbb bawah rumahnya ada playground.. Pehal korang ni? Kat taman umah sendiri pun ada kan..Saja jer alasan tak kukuh.














Orang nak cepat dan dan tu la korang nak main dulu la.. Yang si kecik ni pun x lepas peluang..





FM : Dari Vietnam

Dapat dari makcik ayah.. Lepas balik dari Pantai Pullman tu singgah umah makcik ayah sebab bawak mak kan.. So ni umah adik dia la ni.. Kat putrajaya gak.. Precint bape tak ingat plak.. *dah selalu pegi pun x ingat.. Dush!Dush!

Lepak lepak2 makan2 pastu masa nak balik dia bagi ni seketul.. Jadilah.. 


Mekacih la..


JJ : Pantai Pullman, Putrajaya - Surprise Untuk Mama Pula

Biarlah gambar menceritakan segalanya... Hanya pergi basuh kaki Pqa sekejap kat toilet berhampiran dan bila berpaling.... tak perlu kata apa2...











Mama muka dah kelat.. Sukati jer korang berendam gak.. Ni ayah la ni amik gambo ni.. Ayah kata Chu yg mulakan dulu.. Sebab ayah pun x bagi mandi ..Tup2 dia buat2 jatuh dan basah baju.. Pastu ayah kata sukati la.. Bagus sungguh lakonanmu ni Chu. Tahniah!
Mama kene la gi kereta amik baju.. seronok la korang ek.. Tu yang lain kali nak gi sini lagi sbb diorang tak puas .. Nak masuk maghrib dah masa tu...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...