ARTIKEL TERBARU

Wednesday, 27 March 2013

5 Strategi Memujuk Anak Merajuk

Macam2 sebenarnya cara/strategi kita nak memujuk jika anak tengah merajuk.. Kat bawah ni yg saya dpt dr sumber fb.. Just simple tapi leh cuba praktikkan..
  • Berikan pelukan
  • Cium
  • Bisik di telinga
  • Berikan pujian
  • Urut perlahan belakang badan anak

Macam saya yang ada anak ramai dan pelbagai karenah. Jika tak guna saikologi memang leh darah tinggi ayah dan mama jawabnya.. Hahaha.. So biasanya memang kami guna kaedah macam kat atas..

- Panggil nama dia atau tambah perkataan sayang ker kiranya yg lembut tahap gaban (sebab masa ni dia dok jauh dan muncung sedepa sbb mesti nak suh kita pujuk)
- Jika still tak nak datang biasanya saya akan keluarkan kata2 yang sedih2 mcm .. Kenapalah tak datang kat mama, agaknya dah tak sayang mama kot, sedih mama macam ni..
- Secara automatik dia akan datang kat saya tapi still lagi muka masam
- Dan saya akan tanya, kenapa ni? cuba cerita kat mama... Time ni la baru ni prung prang prung prang bercerita.. Time dia bercerita memang saya tak benarkan yang lain2 campur atau menyampuk.. So semua kene dengar la citer citer walaupun dia cuba menangkan diri dia..
- Kemudian bila dah dengar cerita dia, saya akan peluk dia, cium dia.. Time tu dia dok riba dan time tu saya akan balas balik apa yang dia cerita tadi samaada betul atau tidak..
- Puji2an untuk anak amatlah perlu sebenarnya.. Bagi saya amat perlu walau hanya dia ambilkan pampers adiknya, tak salah kita ucapkan.. Terima kasih ye sebab tolong mama..So dia kan tersenyum2 dan balas Ok mama..So kalau kat umah bila saya minta tolong berebut2 la nak menolong dan akhirnya leh mencetuskan pergaduhan juga.. So bila nak minta tolong saya kene mention namanya..So diorang paham sape yg nak kene pergi..Selalunya Pqa la yang terlebih rajin dan mencetuskan marah kakak2nya.. Hahaha.. Rajin pun susah lagilah kalo malas.. Sian Pqa
- Dan kalo faktor berebut barang ,gaduh yg membuatkan dia merajuk saya akan panggil teman yg dia gaduh tu untuk minta maaf kemudian kene peluk.. Wajib peluk...Lepas tu barulah tergelak2 sambung main..
- Biasalah budak-budak.. Nak marah2 pun tak guna buat penat jer.. Tensen plak kang.. Marah2 dia pukul 2 petang kang pukul 4 petang wat perangai lagi.. Hahaha..

Apapun yang penting kita sebagai ibubapa yang perlu mencorakkan mereka.. Kalau kita nak yang terbaik buat anak2 kita , kita tunjukkan sikap yang baik.. Kadang2 kita perlu jadi budak2 juga seperti mereka.. Kadang kita perlu juga tegas buat mereka..Anak2 bukan satu bebanan tapi satu anugerah yang amat bernilai.. Lagi kita yang mak-mak ni.. Naluri kita lagi kuat dengan mereka sebab ianya keluar dari rahim kita..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...