ARTIKEL TERBARU

Friday, 29 March 2013

Salam Jumaat Semua


Mana Kasut Adik Eya?

Kakak dah bising2 dah tanya bila nak belikan adik Eya punya kasut.. Sebabnya Eya dah berjalan dah.. Asyik praktis jer kat umah dan taska.. Lagipun dah memang suh nenek tu mengurut kakinya sekali masa mengurut dia terseliuh.. Risau oooo dah setahun tak berjalan lagi. Sebab kakak2 cepat lom setahun dah berjalan.. Yang adik ni lambat bebenor.. Semua benda dia lambat dan takut2 nak buat..Maklumlah saki baki kot.. Kah! Kah!
So mama cakaplah tunggulah mama dapat gaji nanti mama belikan lah.. Pastu kakak cakap tak yah la tunggu gaji mama cucuk jer la duit kat bank mama tu..Kuang!Kuang! Awak ingat duit dalam bank mama tu berkepuk2 ker nak oiiii... Sukatijer kan kalo dah namanya budak2...
Yang menjadi masalahnya adalah, bila belikan adik Eya kasut baru, takkan kakak2 dok tengok plak..Hahaha.. Haruslah kene dapat jugak.. Tapi idaklah beli kasut, maybe benda lain cuma lom terpikir la..Adik eya tak pape pun tak ada kasut tapi kakak2nya yang lebih2.. Sayang adik kononnya.. Untunglah Eya...

budak yang terlebih manja sesangat sekarang ni

Mogok Yang Dibuat2

Pagi2 tadi kakak dan kembar mogok tak nak gi taska.. Diorang nak gi umah cik wawa sbb sepupu2 ada kat situ.. Lolololo... Hampir gak nak jadi hijau tadi walaupun pakai baju hitam.. Setelah berhempas pulas berpikir apa tektik2 yg berkesan yg boleh digunakan... Akhirnya ayah umpan gi kedai.. Belilah apa yg nak dibeli.. Dan janji pas ayah ngan mama abis keje amik kat taska terus gi umah cik wawa.. Tak yah balik umah sbb diorang dah suh mama bawakkan baju diorang siap2 pagi tadi.. Rupanya budak2 ni dah siap merancang baik punya.. Ye la sepupu2 diorang tu akan balik ke Jengka sabtu pagi.. So nak tak nak malam ni kene la gi jumpa diorang jugak...Anak2... Kadangkala buat ayahmama gelak bahagia, kadangkala hampir darah tinggi ayahmama dibuatnya..

Hari-Hari Dalam Islam

Untuk panduan bersama.. Sebenarnya semua hari semua bulan semua minggu adalah baik..
 
Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi s.a.w


Jumaat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.


Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.


Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.


Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.


Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.


Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.


Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
 
 
 

Thursday, 28 March 2013

Bila Bos2 Besar Semua Cuti

Hari ni opis aku yang punya... Hahaha (gelak jahat jap!)
Sebabnya bos2 besar semua cuti.. Cuti anak sekolah diorang pun ikutlah cuti..Semua lik kampung.. Yang tinggal bos kecik jer.. Apa kisah, bos kecik tu..Ye la tak kisah sebabnya laki sendiri.. Wakakaka..

Doa Pembuka Rezeki


Untuk panduan bersama.. Mari sama-sama amalkan.. In Sya Allah...




Wednesday, 27 March 2013

Adegan Yang Tak Patut Dibuat


Mengucap panjang saya tengok gambar ni ... Kembar ni memang berani betul la..Sukati jer naik motor ramai2 gitu..Kalo saya nampak tu memang nak kene bebel la budak2 ni semua.. Mak long gara ooooo.. Hahaha...

5 Strategi Memujuk Anak Merajuk

Macam2 sebenarnya cara/strategi kita nak memujuk jika anak tengah merajuk.. Kat bawah ni yg saya dpt dr sumber fb.. Just simple tapi leh cuba praktikkan..
  • Berikan pelukan
  • Cium
  • Bisik di telinga
  • Berikan pujian
  • Urut perlahan belakang badan anak

Macam saya yang ada anak ramai dan pelbagai karenah. Jika tak guna saikologi memang leh darah tinggi ayah dan mama jawabnya.. Hahaha.. So biasanya memang kami guna kaedah macam kat atas..

- Panggil nama dia atau tambah perkataan sayang ker kiranya yg lembut tahap gaban (sebab masa ni dia dok jauh dan muncung sedepa sbb mesti nak suh kita pujuk)
- Jika still tak nak datang biasanya saya akan keluarkan kata2 yang sedih2 mcm .. Kenapalah tak datang kat mama, agaknya dah tak sayang mama kot, sedih mama macam ni..
- Secara automatik dia akan datang kat saya tapi still lagi muka masam
- Dan saya akan tanya, kenapa ni? cuba cerita kat mama... Time ni la baru ni prung prang prung prang bercerita.. Time dia bercerita memang saya tak benarkan yang lain2 campur atau menyampuk.. So semua kene dengar la citer citer walaupun dia cuba menangkan diri dia..
- Kemudian bila dah dengar cerita dia, saya akan peluk dia, cium dia.. Time tu dia dok riba dan time tu saya akan balas balik apa yang dia cerita tadi samaada betul atau tidak..
- Puji2an untuk anak amatlah perlu sebenarnya.. Bagi saya amat perlu walau hanya dia ambilkan pampers adiknya, tak salah kita ucapkan.. Terima kasih ye sebab tolong mama..So dia kan tersenyum2 dan balas Ok mama..So kalau kat umah bila saya minta tolong berebut2 la nak menolong dan akhirnya leh mencetuskan pergaduhan juga.. So bila nak minta tolong saya kene mention namanya..So diorang paham sape yg nak kene pergi..Selalunya Pqa la yang terlebih rajin dan mencetuskan marah kakak2nya.. Hahaha.. Rajin pun susah lagilah kalo malas.. Sian Pqa
- Dan kalo faktor berebut barang ,gaduh yg membuatkan dia merajuk saya akan panggil teman yg dia gaduh tu untuk minta maaf kemudian kene peluk.. Wajib peluk...Lepas tu barulah tergelak2 sambung main..
- Biasalah budak-budak.. Nak marah2 pun tak guna buat penat jer.. Tensen plak kang.. Marah2 dia pukul 2 petang kang pukul 4 petang wat perangai lagi.. Hahaha..

Apapun yang penting kita sebagai ibubapa yang perlu mencorakkan mereka.. Kalau kita nak yang terbaik buat anak2 kita , kita tunjukkan sikap yang baik.. Kadang2 kita perlu jadi budak2 juga seperti mereka.. Kadang kita perlu juga tegas buat mereka..Anak2 bukan satu bebanan tapi satu anugerah yang amat bernilai.. Lagi kita yang mak-mak ni.. Naluri kita lagi kuat dengan mereka sebab ianya keluar dari rahim kita..

WW : Chu dan Cat


ni masa kat chalet janda baik, pahang.. Dia ngan ayah dah bangun awal.. Yang lain2 terbungkang lagi..

Tuesday, 26 March 2013

Selamat Balik Kampung

Dah start cuti sekolah akan bermulalah ayah ngan mama lambat gi keje. Hehehe.. Bukan sengaja pun.. Tetiba timing lari plak.. Terset kat kepala pepagi Oh! kakak x sekolah hari ni.. So leh lengah2 lenggang kangkung ..huhuhu.. Minggu depan amik ko! Kabut balik sebab start sekolah balik..
Cuti sekolah ni memang kami tak amik cuti pun.. Sebab baru balik bercuti dari Janda Baik, Pahang minggu lepas.. Penat plak.. Lagipun memang tak planning pun nak gi memaner.. Kewangan pun tak mengizikan untuk gi bercuti.. Hahaha.. Meh la kita keje dengan berdedikasi.. Kuang! Kuang!
Selamat bercuti kengkawan yang cuti ek.. Balik kampung la puas2.Hehehe

Monday, 25 March 2013

Dugaan Terbesar Bagi Kami

TIDAK SANGGUP MENGHADAPI SITUASI BEGINI LAGI.. CUKUPLAH PENGALAMAN PERTAMA ITU.. YA ALLAH BERILAH KESIHATAN KEPADA DIRI INI, SUAMI DAN ANAK-ANAKKU.. AMIN!!!

27/02/2013 dalam kenangan










Bila Dapat Jumpa Sepupu

Ni tengah ramai kat umah.. Ada adik ipar ngan anak2 dia..Almaklumlah cuti sekolah.. Ada mak mertua sekali datang hari sabtu sebab nak jumpa cucu2nya.. Jarang memang kami dapat jumpa diorang ni..Jarang balik lagipun diorang.. Yang adik ipar ni dari jengka.. Just dia anak beranak kecik2 tapi suami tak ikut sekali.. Tapi respeklah sbb dia leh handle anak sensorang tanpa suami walaupun tengok dah cam raksasa ngan anak2 dia.. Hahaha.. Kalaulah saya memang tak mampu ler.. Baik dok umah senyap2.. Hehehe..
Tapi yelah maybe dia buhsan tahap gaban sbb dia dok ngan mertua dia kat pahang sana.. So time cuti sekolah ni baru dia leh jimba2 ngan adik beradik sini..Huhuhu..
Dan yang paling suka adalah kakak sbb dia dapat jumpa satu2nya sepupu pompuan dia.. Almaklumlah anak2 adik saya dua-dia lelaki.. Saya jer penyumbang cucu pompuan.. Jadinya xcited lebih bila tau sepupu dia nak datang sini..
Time ni lah sibuk nak kaler sama2, buat kene sekolah sama (mcm la ada keje sekolah budak tadika ni..layanjer la).. Sukati kakak la..Bila lagi pun nak jumpa diorang..
Tapi yang tak bestnya anak2 dia semua tak sihat.. Batuk2 dan selsema.. Risau gak kalo jangkit kat adik Eya.. Kami just pantau dia jer sbb pagi tadi ada batuk dan selsema sikit dan ada bunyi nafasnya.. Harap2 janganlah berpanjangan sbb risau kalau tetiba mcm hari tu.. Perkara tak disangka (kene masuk wad)..Kang tak pasal2 mama yang demam seminggu lagi..Hehehe..

Along (tua setahun dr kakak)
Abang (sebaya Pqa dan satu2 cucu hero sebelah suami)
Angah (budak kuat nangis sbb kene sakat ngan paklongnya.. sebaya kembar)

Korang ni jumpa setahun sekali pun lom tentu tu yg dok melalak jer takut.. Hehehe..

Mengatasi Anak Suka Gigit Kuku


Ada banyak alasan kenapa si kecil suka menghisap jari atau menggigit kuku. Kebanyakan mereka sekadar ingin tahu apa rasanya, mengatasi rasa bosan, stres atau menutupi rasa takut. Kebiasaan seperti ini disebut sebagai nervous habit iaitu kebiasaan yang disebabkan oleh perasaan takut atau gelisah.

Selain kebiasaan menggigit kuku, ada juga kebiasaan yang lain misalnya menghisap jari, memainkan rambut dan merapatkan gigi. Jika tidak ditangani segera, kebiasaan ini terbawa sampai dewasa.

Apabila si kecil melakukan kebiasaan ini secara tidak berlebihan dan tidak melukai dirinya, juga secara tidak sedar (misalnya sedang melihat TV), maka anda tidak perlu cemas. Itu hanyalah cara kanak-kanak mengatasi stres ringan. Kemungkinan besar kebiasaan ini akan berhenti dengan sendirinya. Namun apabila kebiasaan menggigit kuku tetap berlaku dan sukar untuk dielakkan, anda perlu melakukan cara-cara seperti berikut untuk menghilangkan kebiasaan tersebut :-

1 Cari penyebabnya
Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah bertanyakan pada si kecil mengapa dia gelisah. Selalunya kita hanya melarang anak-anak daripada melakukan tabiat buruknya tanpa mengetahui punca sebenar perbuatan tersebut. Seharusnya ibu bapa perlu mengkaji penyebabnya dan berfikir sama ada si kecil mengalami stres ataupun tidak. Anda perlu bersabar untuk menghadapi situasi ini kerana tidak semestinya anak anda akan mendengar larangan anda. Apa yang penting ialah kesabaran dalam mengatasi masalah ini. Cuba atasi dengan cara positif dan bersabar.

2 Jangan marah
Perbuatan menggigit kuku sering dilakukan tanpa sedar. Justeru, elakkan daripada bertindak memarahi atau memaksanya menghentikan kebiasaannya itu. Sebaiknya beritahu si anak secara perlahan-lahan kerana mereka lebih suka dipujuk daripada dimarahi.

3 Tentukan batasan
Ingatkan pada anak anda bahawa perbuatan menggigit kuku adalah perbuatan tidak sopan dan tidak boleh dilakukan di depan orang lain. Katakan juga pada anak anda bahawa perbuatannya itu akan mengganggu orang lain. Bicara dengan lembut dan berhemah mengenai tabiatnya itu. Tidak perlu menekan atau memaksanya menghentikan tabiat tersebut secara drastik kerana ia akan membuat si kecil bertambah stres. Semakin kurang anda memaksanya, semakin mudah untuk anak anda menghentikan kebiasaannya itu.

4 Diskusi bersama
Ajak anak anda untuk membicarakan mengenai tabiat buruknya, kesan terhadap perbuatannya dan cara penyelesaiaannya. Misalnya anak anda mahu anda ingatkannnya jika lupa, anda ankan mengingatkan bile merasa terganggu.

5 Beri bantuan
Buat persetujuan bagaimana cara anda mengingatkan, terutama bila di depan umum. Misalnya dengan bahasa isyarat agar tidak disedari orang di sekeliling. Menegur secara terbuka mungkin akan menyebabkan dia berasa malu dan rendah diri. Biarpun ada kala ejekan rakan-rakan juga dapat membantu anak anda menghentikan tabiat buruknya itu dengan lebih cepat.

6 Tawarkan alternatif
Bila anak anda ada keinginan untuk menggigit kuku, cepat-cepat alihkan dengan benda-benda yang lain. Biarkana anak anda leka sehingga dia lupa untuk melakukan tabiatnya itu. Selain itu, suruh anak anda tarik nafas dalam-dalam dan gunakan teknik teknik relaks yang lain supaya berasa lebih lega.

7 Elak kecederaan
Menggigit kuku dianggap sebagai tanda kegelisahan yang berlebihan. Tabiat ini boleh mendatangkan kemudaratan ke atas diri si kecil sehingga menyebabkan kuku dan jari terluka dan berdarah. Anda perlu berjumpa dengan doktor atau mendapatkan bantuan psikologi sekiranya tabiat anak anda itu tidak dapat diatasi.

Kembar saya habit diaorang adalah MENGGIGIT KUKU.. Dan pada mulanya saya amat risau sebab kukunya jadi tak cantik.. Pendek memang la pendek.. Tapi ianya bukan sesuatu yang bagus.. Dan saya praktikkan cara diatas.. Alhamdulillah berkesan dan sekarang ni dah tak gigit kuku..



Petua Untuk Menghalau Lalat

Macam2 sebenarnya petua orang dulu2.. Cuma kita orang zaman kini jer tepuk dada tanya diri samada releven tak nak ikut ker idak.. Bak kata SY i follow..

Pilihan 1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 2: Ambil secekak daun kari dan kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
.
Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang sedang berada di meja makan anda.

Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu, lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak dan tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan..

Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu, letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Lagi satu yang saya pernah nampak masukkan air dalam plastik dan ikat/gantung..

Pilihan Herba Untuk Ibu Dalam Pantang

 Sesape ibu-ibu yang akan berpantang bolehlah cuba pilihan-pilihan di bawah....Bukan dalam pantang pun boleh.. Macam saya kalo rasa badan cam berangin2 jer masak tu lebihkan halia dan lada hitam..

1. Serai
Kandungan citral di dalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah, ia turut membantu anda menurunkan suhu badan.

2. Kurma
Untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, kurma adalah pilihan yang sesuai. Selain itu, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.

3. Lada Hitam
Lada hitam terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah, mengatasi kembung perut dan mengubati sakit serta pening kepala.

4. Bawang Putih
Bawang putih mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protien, serat serta lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan potasium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.

5. Halia
Ia baik untuk mengubati luka luar , merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Rasa dan aroma pedasnya pula dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.

6. Kunyit
Kunyit dapat membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.

7. Lengkuas
Lengkuas berkhasiat dalam membantu membersihkan darah, menghalang gangguan perut dan merangsang otot.

Banyak gak pilihan tapi biasanya saya kalau dalam pantang guna halia, lada hitam sahaja.. Tak suka bawang putih sebab bau badan kuat kang..Hahaha..Ada jer nak ngelatnya..
Kurma pun bagus sesangat..


Wednesday, 20 March 2013

Koleksi Soal Jawab Berkenaan Ibadah Puasa

Saya dapat koleksi soal jawab ni daripada email. Sekadar berkongsi bersama untuk panduan.

Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?
Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan 3:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga.
Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan 4:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?
Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan 5:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?
Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm . Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.
Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan 6:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?
Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan 7:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?
Jawapan:
Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.


Soalan 8:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak ?
Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.


Soalan 9:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak ?
Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.


Soalan 10:
Bagaimana hendak diketahui awal Syawal?
Jawapan:
Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di atas).

Soalan 11:
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?
Jawapan:
Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’

Soalan 12:
Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia . Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?
Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan 13:
Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?
Jawapan:
Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.

Soalan 14:
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?
Jawapan:
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan 15:
Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?
Jawapan:
Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

Soalan 16:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?
Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan 17:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja?
Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.
* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan 18:
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?
Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan 19:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?
Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan 20:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?
Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan 21:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?
Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan 22:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?
Jawapan:
Tidak sah.


Soalan 23:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?
Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 24:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?
Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 25:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?
Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan 26:
Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?
Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 27:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?
Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan 28:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?
Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan 29:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?
Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 30:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?
Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan 31:
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?
Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 32:
Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?
Jawapan:
Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

Soalan 33:
Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?
Jawapan:
Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan 34:
Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya?
Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.
Soalan 35:
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?
Jawapan:
Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.
Soalan 36:
Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?
Jawapan:
Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan 37:
Adakah boleh diqada’ sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang?
Jawapan:
Yang muktamad tidak boleh diqada’ dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama’ yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada’ dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.
Soalan 38:
Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh?
Jawapan:
Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam minit.
Soalan 39:
Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?
Jawapan:
Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.
Soalan 40:
Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada bulan puasa?
Jawapan:
Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).
Soalan 41:
Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?
Jawapan:
Sunat berimsak.
Soalan 42:
Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?
Jawapan:
Tidak wajib berimsak.
Soalan 43:
Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?
Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

Soalan 44:
Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?
Jawapan:
Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.
Soalan 45:
Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’ puasanya?
Jawapan:
Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada’.
Soalan 46:
Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?
Jawapan:
Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.
Soalan 47:
Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?
Jawapan:
Sunat.
Soalan 48:
Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
Jawapan:
Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.
Soalan 49:
Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?
Jawapan:
Tidak sah puasanya.
Soalan 50:
Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh?
Jawapan:
Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada’.
Soalan 51:
Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?
Jawapan:
Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak batal puasanya.

Afiq Qayyum

AFIQ QAYYUM
mama yang rindu la kat awak.. manjerrrr...

Friday, 15 March 2013

Memang Musim Demam,Batuk dan Selsema

Erm.. Memang musim kot sekarang ni.. Musim demam batuk... Bersilih ganti.. Hari ni ayah EL sbb jaga Cha demam.. Panas  badannya malam tadi.. Pas makan ubat mama pok pok dia terus tido.. 
Pagi tadi ayah kejut mama kul 6.30 cakap Cha panas lagi badannya.. Mama kata mama tak leh EL hari ni coz ada nk submit sebutharga.. Ayah offer la nak EL.. Ok la..Settle..
Mama nampak ada sarung bantal kat dalam toilet.. Rupanya Cha muntah malam tadi.. Mama tak sedar langsung.. Sian Cha.. Rasa bersalah sangat leh tido lena sampai anak muntah pun tak sedar.. Nasib dapat suami yang alert.. Kalo dua2 jenis tido mati camner la..Hehehe..
Masa nak siap2 semua Cha bangun tapi nampak aktif.. Ok la..Badan still panas tapi kalo aktif tak risau sangat. Kalo melepek tu yang risau gak.. 
Harap2 la semua ok hari ni sbb esok nak gi jalan ke Pahang..Tapi kalo dah tak sihat nak buat camner kan..Walau dah plan 2 bulan yang lepas, benda nak jadi kan. Mungkin ada hikmahnya.. In Sya Allah setiap urusan yang diaturkan oleh Allah ada hikmah sebaliknya..

Thursday, 14 March 2013

Agak Liat Sekarang Ni

Kakak sekarang ni agak liat sikit nak bangun pagi.Tapi takla nangis kalo suh bangun. Bila dah bangun pun agak liat sikit nak gi mandi.. Masih lagi mama kene mandikan dia.. Tak de pasal la dia nak gi mandi sensorang.. Dok tercongok la depan bilik air tu tak gerak2 selagi mama tak mandikan.. 
Bila dah mandipun agak liat dan lambat nak pakai baju.. Walaupun mama dah sediakan kat atas sofa.. Kita ni dok kejar masa takut dia lambat gi sekolah.. Mak bapaknya yang kelamkabut budaknya dok slumber jer.. Eeeeeee...Ayah la yang kelamkabut, mama dok slumber jer ..hehehe *ayah kelam kabut sbb kene isi air kakak,sediakan susu,masukkan beg dlm kete..Mama dok melenggang dukung adik eya sambil kunci pintu..huhuhu
Lepas dah pakai baju tu bukan nak bedak ker sikat rambut ker.. Beg sekolah dicapainya..
Bila kita kata nak buat apa buka beg sekolah bagai, siapkanlah diri tu dulu..Lepas tu baru la nak buat yang lain2..
Boleh dia kata.. Tak salahkan mama.. *gerrrr..Tetiba rasa nak geram.. Tapi ayah dah sound jgn marah2 mama pagi2 nnt mama sakit kepala.
Memang la tak salah kak oiii.. Tapi buatlah apa yg perlu dulu..
Tak salah kan mama..
Fine!.. Kakak yg lambat datang sekolah kakak yg kene marah dgn cikgu.. Mama tak kene marah...

Bila mama kata kalau dah lambat sangat tak yah la gi sekolah kakak..
Eh x apa la mama..Lambat pun hantar jer kakak gi sekolah.. Nanti mama ckp la  kat cikgu yg jalan jem ker, kereta rosak ker.. 
????????...... Tak terungkap dek kata2... Telan air liur jer la..
Tahun ni ngadap perangai kakak sorang yang sekolah.. Tahun depan campur dengan si kembar.. Lalalala.. Toink! toink! Pikirlah sendiri..

Tuesday, 12 March 2013

Ayah...

SEMUA MESTI BACA : " APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH "

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ...ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

# Duhai anak . hargailah mereka sementara masih diberi kesempatan , bacaan Al-Fatihah bagi mereka yang telah kembali ke rahmatullah ..


Alhamdulillah saya dan suami masih lagi ada ayah a.k.a Abah... Abah saya masih kuat lagi walaupun adakalanya dia kurang sihat.. Bagi saya tiada beza mak atau abah saya sbb keduanya memang rajin menelefon anak2..Mcm abah selalu sms sbb dia pandai guna..Mcm mak just kol sajer.. Memang tak dinafikan sebenarnya walaupun ayah tu jenis yang pendiam tak semestinya dia tak ambil berat kat kita anak2nya.. Namun kadangkala ego mengatasi segalanya.. Apapun yang ayah kita buat samaada kita suka atau tidak dia tetap ayah kita sehingga hujung nyawa... Semoga dipermudahkan segala urusan...
 

Monday, 11 March 2013

Macam-Macam Dugaan

Aduhai !.. Tak baik nak mengeluh sebenarnya.. Tapi nak buat camner termengeluh jugak..hehehe
Mama sampai ke hari ni masih belum sihat sepenuhnya..Dari mula adik Eya keluar wad, sampailah hari ni masih belum ok.. N3 adik Eya masuk spital pun tak buat lagi..Dengan anak2 tak sihat, pastu dengan mamanya pun tak sihat.. So berganda2 la kerja tuk ayah..Nasib ayah tak demam gak, ari tu ada gak tanda2nya cepat2 dia makan panadol..
Semalam balik kampung Tanjong Karang pun sebab nak bawak anak2 berurut.. Adik Eya terseliuh
di bahagian bahu.. Maybe sbb kakak2nya rajin dok angkat2 dia.
Mama pun berurut juga sbb bila berjalan rasa sakit kat bahagian bawah dan rasa berat.. Mama syak peranakan mama jatuh sbb asyik nak terkencing jer..
Bila diurut memang sah.. peranakan jatuh.. Dah keras katanya.. Rasanya mama tak ada angkat benda2 berat.. Tapi tak tau la faktor turun naiktangga atau angkat budak2 ni.. Tak pun faktor umur..
Semalam plak lepas balik dari Sungai Buluh  melawat paklong sakit kat umah dia, mak rasa badan Cha panas..Sebab dia dok ngan nenek dia dlm kete masa tu.. Pastu dia ckp telinga dia sakit..
Sampai umah masa tu dlm kul 5 petang..Mak kata pipi Cha bengkak.. So sesi memujuk Cha ke Spital..
Mama ngan adik Eya tak ikut sbb kepala mama sakit sangat masa tu.Adik Eya pun main sendiri jer mama baring..
Doktor kata kelenjar..Sebab dia panas sangat dan batuk..
Pagi ni ayahmama tak EL pun sbb nampak Cha aktif dan bengkak dah surut..
Macam2  betul la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...