ARTIKEL TERBARU

Tuesday, 19 February 2013

Tips Cinta Suami Isteri

Tips cinta suami isteri.. Saya dapat dari FB.. Bila saya baca rasanya ini tak sesuai untuk saya dan suami..Huhuhu.. Tapi kat orang lain maybe sesuai la kot.. Untuk makluman saya dan suami satu pejabat cuma lain department jor..Saya marketing dan dia teknikal.. Dan kalo nak gi tandas kene lalu bilik dia dulu.. Dah tentu2 dia nampak dah cinta hati dia lalu dengan penuh keayuan..Wakakaka.. Tapi tak apalah, namapun tips kan.. Mana la tau ada lain2 tip yang sesuai tuk saya dan suami.. 

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 
* tak pernah buat la kat depan opis..Kantoi plak kang ngan bebudak praktikal..Wakakaka

2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.  
*just kol bilik saya remind sapa nak amik kakak, ajak makan, dan ajak balik serta hal2 syarikat (begitu juga saya)

3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
*Erm..kene ek ckp gitu..Hahaha..nampak ler sgt sy ni x romantik kan..Hehehe

4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
* Memang kene mkn sama pun..Biasanya kami bungkus pastu saya mkn kat bilik dia jer..Kalo mkn kat bilik saya nnt bau plak bilik saya..malas nak sembur..dasar berkira .huhuhu

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan
* aku tau apa ko buat..Dan ko tau apa aku buat..Leh tak gitu..Kami biasanya kat opis akan bincang hal pejabat ler.. Pastu masa nak balik dlm kete barulah dok borak2 bukan perkara opis.. Pas keluar opis tak mo pikir2 opis..

Eh ! ada jugak ek yang sesuai rupanya.. Kih!kih!


2 comments:

  1. perkara no 1 mmg wajib la..bersalam n cium tgn sblm ke tempat kerja..selalunya dlm kereta la..tp cium dahi x pernah wat lg dlm kereta..heheh

    ReplyDelete
  2. Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY: hehehe..bagus2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...