ARTIKEL TERBARU

Thursday, 29 November 2012

Maggi Goreng Je


Jemput makan semua.. Hahaha..Makanan sikit jer ada hati nak jemput orang makan sama..
Pe benda tu? Hihihi.. Ini adalah MAGGI GORENG ye kawan2..
Pagi ni sarapan maggi goreng lebihan malam tadi yang telah dipanaskan.
So tapau bawak gi opis.
Ok lah..Buat alas perut dulu. Daripada basi kat umah tu baik makan.. Tak la membazir..

Perancangan Hari Sabtu Ahad

Hari Sabtu dan Ahad ni kami dah ada perancangan untuk anak2.. Kami akan ke Air Panas Trolak, Perak. Bukan kami yang pilih untuk kesana, kerana ikutkan memang tidak pernah ke sana. Kami kesana kerana ada aktiviti Hari Keluarga sebelah ayah. Maksudnya berkumpul saudara mara sebelah ayah.. Family mak mertua punya aktiviti. Bertolak anggaran jam 9 pagi Sabtu dari Bangi.. Harap semuanya berjalan lancar hendak-NYA.. Amin..

Kakak, Cha, Chu, Pqa dan Eya.. Ini kredit untuk anak2 mama ye ..

p/s: Ada ke kawan-kawan yang pernah ke sana? Best tak?

Austin Steakhouse Sek. 7 Bangi


Ini mama punya

Ini ayah punya

Ini kes makan kat Austin Steakhouse seksyen 7 Bangi. Sebab makan kat situ sebab Uyun a.k.a mamiuyun dan Eija a.k.a sweetmama selalu dok canang kat blog selalu makan kat situ.. So cam menggoda gak la tekak ni nk gi mkn sana.. Sebelum tu sms uyun apa yg best makan kat sana..
Pada tekak mama ngan ayah ok lah.. Cuma sos blackpepper cam masin skit la..Tercampak garam kot masa buatnya..Hahaha.. Basically ok la kat tekak kami.. Ayah kata leh bawak anak2 plak .. Kami ni kalo nak bawak anak2 kene tengok kedai makan tu camner, kerusi dia camner..Almaklumkan anak2 ramai, karenah pun macam2.. Risau diorang tak selesa la..

Wednesday, 28 November 2012

WW:Dari Baring, Merangkak dan Duduk





Mama tak sabar nak tengok awak berjalan dik oii..Kita pimpin tangan bersama..Hehehe

Penggunaan Bahasa Pelat

Kadang tu ada sesetengah budak bila bercakap, amboi! petahnya kamu bercakap..Puji kemain.. Ada setengahnya pula kurang jelas percakapan mereka. Entahlah, perkembangan anak2 tidak sama sebenarnya. Mengikut pengalaman saya juga, berbeza setiap perkembangan anak. Contohnya masa anak yang no 4 lambat sedikit berjalan, saya sudah risau. Sebabnya kakak-kakaknya umur 9 bulan mula menunjukkan tanda-tanda hendak berjalan. Begitu juga dengan bercakap. Sebenarnya dengan anak-anak kta kene rajin bercakap dengan mereka. Bukan membebel ye, tetapi bercerita.

Saya bukan nak jadikan diri saya sebagai contoh, tapi saya bercakap melalui pengalaman serta perbincangan yang dibuat bersama suami. Bagi kami berdua, kami memang elakkan bercakap dengan anak guna bahasa kanak-kanak. Contohnya, baby nak mamam ke? nak cucu tak,nak itut mama egi edai ke? Lebih kurang bahasa-bahasa macam tu la.. Dari mereka kecik memang kami guna bahasa yang penuh. Dan hasilnya atuknya puji sebab kembar umur 3 tahun cakapnya lancar dan atuknya boleh fahan kalau diorang bercerita. Hehehe..Bukan nak bangga diri tapi sebenarnya rasa berbunga juga diri ni bila anak-anak dipuji. Siapa tak bangga orang puji anak kita kan? Sekarang ni pun kami akan pastikan yang kakak dan kembar tidak perlu menggunakan bahasa pelat untuk bercakap dengan Pqa. Sebab Pqa paham jika kita menggunakan bahasa penuh. Umurnya masuk 2 tahun bulan Januari tahun depan ni.Eh! Panjang melalut pula saya ni. So dibawah ni boleh dijadikan panduan bersama. Saya dapat dari Facebook.

Tip untuk ibu bapa yang prihatin


 1  Bagi masa pada anak-anak
Untuk mendapatkan anak yang petah dan bijak berkata-kata memerlukan masa. Didik mereka setiap hari dan jangan terlalu mendesak untuk melihat hasilnya.


Sebaliknya gunakan pelbagai pendekatan sama ada di rumah, di dalam kereta ketika membeli-belah dengan mengajak mereka bercakap kepada isu yang lebih besar dan pelbagai. 

 2  Cari masa berinteraksi dengan anak di dalam kereta.


Cari isu-isu yang boleh merangsang perbendaharaan kata anak-anak. Bercakap perkara yang baik-baik dengan anak. Jangan hanya fokus pada persekolahan saja.

 3  Berbual sebelum tidur.
Bercerita dengan anak sebelum tidur dengan membacakan buku cerita ketika mereka masih kecil sehingga usia 11 tahun. Ini akan mengeratkan hubungan dan mewujudkan rasa seronok kepada anak-anak. 

 4  Bawa anak keluar makan secara berdua. 
Ini boleh dilakukan dengan membawa anak makan bersama dan beri mereka ruang untuk meluahkan apa saja mengenai ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Gunakan peluang berbual menerusi media sosial seperti Facebook supaya mereka merasakan ibu bapa adalah orang yang boleh dipercayai dan dekat dengan mereka.

Lucky Draw:Tempat Ketiga



Hehehe.. Memang Lucky Draw dari Chocolate World
Tempat ketiga jer pun
Tapi walau ketiga pun tetap istilah pemenang kan
Sebab jarang2 memang kalau tetiba menang best la kan

Haru Di Pagi Hari

Pukul 6 pagi tadi mama bangun..Bangun pun dengar cam ayah dah bangun dulu.. Tetiba ayah cakap, "leh tak kalau pegi opis awal skit, ada keje skit la nk kene siapkan kejap".. Erm.. Ok..
Tengah dok siap2kan baju budak2 ni tuk masukkan dalam beg masing2, tetiba BLACKOUT.. Hok oloh, nape la ko mati letrik time2 mcm ni..Pepagi buta plak tu...Dush!Dush! Ayah plak tengah menggosok baju mama.. Tapi tak dan siapnya dan mama kene pakai t-shirt opis gi keje..Nasib baik dok opis jer ari ni..
Masa ni kakak ngan Cha dah bangun.. Tengok tetiba gelap Cha dah melalak..Kakak dok peluk mama.. Hahaha..Penakut gak ye korang.. Ayah pun turun la pasangkan lilin..Tapi guna lilin kek besday sbbnya umah tak ada lilin.. Aduhai! Kenapa la tak terpikir nak stanby lilin kat umah..Sambil kemas baju bebudak ni sambil ayah dok pegang handphone.. Hahaha.. Sadis tul dipagi hari..Dalam kul 7 semua dah bangun.. Jomlah kita gi sekolah tanpa mandi ye.. Mandi kat sekolah jer tau.. Mama tak sempat ni...Singgah gerai tepi jalan belikan anak2 kuih dulu kemudian terus ke nursery dan gerak terus gi opis..
Sampai opis mama gi beli makanan dan air siap2..Malas nak turun lagi.. Awal mama sarapan hari ni..Semua orang tak datang lagi..Bagus! Bagus!
Balik kang nak beli lilin la.. Mana tau jadi macam pagi tadi.. Haru tul la..Tu kene jadikan peringatan dan pengajaran untuk sediakan payung sebelum hujan...Huhuhu

Tuesday, 27 November 2012

Milik Bersama


Emporio Giorgio Armani
Sensi Giorgio Armani
Midnite Fantasy Britney Spears
White Musk
Paris Hilton

Itu beberapa minggu yang lebih.. Penuh lagi..
Tapi bila harta mama dibuat macam harta sendiri jadilah penama yang baru

Botol warna hijau jadi milik CHU (Sensi Giorgio Armani)
Botol warna merah jadi milik CHA (Midnite Fantasy Britney Spears)
Botol warna kuning jadi milik PQA (Emporio Giorgio Armani)
Botol warna ungu jadi milik KAKAK (Paris Hilton)

Mama pakai yang mana? Erm! Pakai jer la ikut suka mama..

Pqa Bersama Cik Tom a.k.a Cik Ais


Bila masa la ambik gambo ni.. Pqa Pqa..

CHU : Kuat Merajuk

Tengah protes sembam muka atas dashboard kereta

Tak boleh silap cakap sikit.. SENTAP MEMANJANG....

Luahan:Blues

KENAPA PERLU RASA MARAH
MARAH YANG AMAT SANGAT
SIAPA YANG MEMBUATKAN RASA MARAH ITU
KENAPA BILA RASA MARAH PADA ORANG LAIN LEMPARKAN PERASAAN MARAH ITU KEPADA ORANG YANG LAIN PULA
ORANG YANG LAIN ITU TIDAK BERSALAH
TIDAK PERLU BUAT BEGITU
KAWALLAH DIRI ITU
BANYAKKAN ISTIGFAR BILA RASA AMARAH ITU DATANG
SESUNGGUHNYA SYAITAN BERGELAK KETAWA SERONOK KEGEMBIRAAN MELIHAT KITA MARAH
MEREKA BERTEPUK TANGAN TANDA KEJAYAAN
HAKIKATNYA DIRI SENDIRI DALAM JIWA PENUH KEBERONTAKAN
BERGELUT SENDIRIAN MERATAPI AMARAH ITU
INGAT YANG MAHA ESA
INGAT YANG TERSAYANG
JIKA KITA SAYANG DAN SAYANG DAN TERLALU MENYAYANGI SESEORANG ITU
JAGA IA BELAI IA SAYANGI IA
SESUNGGUHNYA MANUSIA INI BILA TELAH MENEMUI AJAL KEMATIAN
DIA TIDAK AKAN KEMBALI LAGI
DAN MASA ITU
HANYA KEKESALAN MENGUNDANG JIWA
HANYA RINTIHAN KESEDIHAN MEMBALUT RASA
HANYA KERANA PEKATAAN MARAH MENGUASAI DIRI SANUBARI
MENYESAL SEUMUR HIDUP SEUMUR HIDUP
MEREKA YANG LAIN TIDAK BERSALAH
SALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA TIDKA BERJAYA MENGAWALNYA
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIJADIKAN KEMENANGAN BUAT SYAITAN
JADIKAN DIRI ANDA SEORANG YANG HEBAT BUAT KELUARGA TERSAYANG ANDA
MAAF DIPINTA....

Thursday, 22 November 2012

Kisah Semalam Pula

Rentetan dari kisah mama tak sihat ..

Semalam pagi mama rasa kepala macam ting tong lagi.. Tapi bila pikirkan ada sebutharga nak kene hantar pagi tu, gagahkan lah diri gak.. Memang tak de mood la.. Sampai opis sebelum naik beli makan siap2 sebab malas nak turun lagi.. Buka laptop, makan .. Tapi tak leh masuk.. Nasi goreng nya pahit.. Ngadu kat ayah.. Maybe tekak yg tak sedap..Hehehe..Sian nasi goreng tu, tak bersalah..Membazir siut..Sedih betul rasanya.

Dalam kul 12 lebih gitu kepala memang dah rasa berat, badan dah gigil2 lagi.. Terus masuk surau kunci pintu .. Tak lama pastu ayah ketuk sebab nak hantar jaket dan ubat.. Ayah kata panas ni, demam..Jomlah gi klinik.. Mama ckp nk tido dulu..Kang kalo bangun tak ok baru gi klinik..Dah 1/2 hari keje pastu dpt mc, tak berbaloi.. Lagipun nak berjalan memang tak larat lor..

Tido ..Tido..Kul 2 lebih bangun.. Rasa cam panas skit.. Kurang skit sejuknya.. Masuk bilik slowkan aircond... Melepek jer depan laptop pandang laptop tu.. Memang tak larat nak angkat kepala ni..Bos nampak pun tak tegur ok lagi la..Ada nampak cam buat keje kot..Hehehe..

Pastu bila petang macam dah ok.. So dalam kul 6 petang tu gerak la balik..Tetiba ayah melencong ke suatu tempat. Apakah itu tempatnya?  Ayah nak gi pasar malam yang kat area opis ni.. Tak tau la dia nak beli apa... Follow jer la.. Mama just beli nasi lemak sbb lapar sangat..Makan pun dalam kereta jer.. Ayah rupanya nak beli DURIAN.. Eeee.. Time orang tak sihat leh plak dia gi beli.. Beli sampai 2 longgok  plak tu.. Tak pastilah kalau anak2 ada request kat dia.. Malas nak tanya...

Sampai kat nursery masa nak amik anak2, masuk jer kereta, diorang dah tau bau apa.. Hehehe.. Nak durian, Nak durian..
Mama cakaplah, tunggulah sampai rumah,bukan leh makan dalam kereta pun..Mana ada pisau kan..

So sampai jer umah, kembar terus amik suratkhabar bentang depan tv.. Terkesima ayah sebentar sebab mama benarkan makan durian kat ruang tamu..Hahaha.. Tak apa.. Makanlah kat sini.. Nanti ayah kemaskanlah..Mama tak larat..
So makan la diorang anak beranak.. Seronoknya la tengok diorang makan.. Saya just mkn 2 ulas jer.. Ayah suh rasa lagi sbb yg baru buka mcm sedap.. Tak nak dah la..Sebab ayah tau mama memang hantu durian. Tapi kali ni tak xcited la nk mkn sesangat..Durian jual2 kat tepi2 jalan pun tak de pun teringin nak membeli.. Faktor umur kot.. Hahaha (pehal, ada kaitan ka)

Tu ada lagi satu plastik kat dapur tu. Ni nanti kalo balik bukak jer pintu semerbak la baunya..Hahaha..

*Ayah pun dah sibuk2 dengan durian crepe dah.. Nantilah ada masa mama carikan la..Mama pun tak pernah makan lor..

Kisah Semalam Punya Semalam-Kelmarin Lor

Erm.. Dah berapa hari tak menulis kat blog ni.. Bukan malas ye.. Keadaan badan dan keadaan masa tak mengizinkan.. Malam semalam masa kat rumah lepas balik dari keje mama dah rasa tak sedap badan. So sampai umah mama terus baring selimutkan badan ngan selimut ayah.. Sebabnya mama rasa menggigil kesejukan. Pakai selimut ayah sebab selimut ayah tebal.. So memang tak larat bebenor la.. Masa ayah solat dan mengaji kat atas pun bebudak ni dok atas.. Apa yg dibuatnya tak tau la mama. Tapi sebelum kembar naik atas, diorang dah amikkan mama bantal dan selimutkan mama.. Berebut2 nak selimutkan.. Mama ni tak sihat la yang oiii, bukan nak main khemah2...Baby Eya dari sampai dia terus tido.. Memang bagus, cam memahami jer mama yg tak sihat ni. Masa kakak dok picit2 kepala mama kakak ada offer kat mama (kakak tak join adik2 kat atas, rela dok bwh ngan mama).. Apa yang kakak offer tu?

Kakak : Mama ni kenapa? Mama tak sihat ye
Mama : Haah la kakak. Mama rasa sejuk sgt ni.. Tengok ni tangan mama gigil2..
Kakak : (kakak pegang dahi, leher,tangan).. Erm.. Tapi nape kakak rasa mcm hot jer. 
Mama : Ye ker.. Tapi mama rasa sejuk sangat
Kakak : Tak per.. Mama rehat ye.. Esok kalo mama tak sihat, mama duduk rumah tau.. Kakak boleh jaga. Kakak kene cuti jaga mama.
Mama : Mama ok kot esok
Kakak : Mama jgnlah degil.. Isk! mama ni.. Hot ni..Mama duduk rumah jer..Tapi Cha,Chu,Pqa ngan Eya kene pegi sekolah tau. Ayah hantar.
Mama :  Erm..Ye la (malas nk ckp sbb cm best jer kakak ni urut kepala..hehehe)

Lepas ayah dah siap, ayah turun amikkan ubat.. Pas makan ubat terus lena tanpa sedar.. Pepagi tengok ada botol kat tepi baby Eya. Ni mesti mama tak sedar baby Eya nangis.. Siannya sayang mama ni.. Mama memang kalah skit ngan ubat.. Makan panadol sebijik pun tido tak sedar2.. Ke memang faktor badan tak sihat gak..Hehehe


Friday, 16 November 2012

Berita : Mayat Bayi Lelaki Atas Katil

WEI! GERAM TUL AKU LA.. SENANG TOL KO BUNUH ANAK KO TU YE.. BABY LELAKI TU.KALO KO TAK NAK BAGI LA AKU..AKU TAK DE LAGI ANAK LELAKI NI.."DENGAN BANGLADESH PUN KO SELERA YE" (bak kata suami saya)..HAHAHA.. KALAU DAH NAFSU MENGUASAI DIRI INILAH AKIBATNYA..ENTAHLAH BILA DENGAR BERITA CAMNI,BACA PAPER CITER CAMNI, MULUT DOK NGUTUK JER..TAPI PENAT GAK NGUTUK BERGELEN2 BUKA DIA DENGO PUN..EEEEEEEEE..GERAM SUNGGUH LA RASANYA NI..RASA NAK TUNJAL2 KEPALA DIA.. (maaf teremosi di pagi jumaat yg mulia ni..betina mencemarkan emosi saya pagi2 ni..)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


 
KIRI: RUMAH di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru, Klang inilah tempat mayat seorang bayi lelaki ditemui di atas katil semalam.
GAMBAR KANAN: Anggota polis mengiringi jurujual yang ditangkap selepas disyaki menyembunyikan kelahiran bayinya.

KLANG - Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam.
Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu.
Bayi itu dipercayai dilahirkan oleh suspek yang bekerja di sebuah kedai di Pekan Meru pada pukul 4 petang kelmarin. Semasa dilahirkan, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa.
Suspek dipercayai membiarkan mayat anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang perkara itu diketahui keluarganya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, pasukan polis yang menerima laporan kakak suspek terus ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas katil.
"Polis turut menemui tali pusat bayi dalam satu beg plastik yang dipercayai dipotong oleh si ibu selepas melahirkan anaknya itu," kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa kepada bayi malang itu merupakan lelaki Bangladesh namun kekasihnya itu sudah pulang ke negara asal sejak Mac lalu.
Mohd. Shukor memberitahu, suspek bersama mayat bayinya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk pemeriksaan dan bedah siasat.

Thursday, 15 November 2012

Sudah Namanya Anak Perempuan


Sesi bermekap sendiri.. Masa hari sabtu 2 minggu lepas semasa hendak kenduri kahwin ke rumah paklong saya di Sg. Buluh.

Pqa menyerah diri untuk dimekapkan oleh kakak

Cha berbedak sendiri..

Kakak Memang Terbaik

Gambar menceritakan segalanya :





Wednesday, 14 November 2012

Kakak Demam

Hari Isnin hari tu saya EL.. Cuti sebab jaga kakak demam.. Dia demam start hari ahad pagi..Memang tak bawak gi klinik sbb ubat baru amik yang baru kat klinik kesihatan.Lagipun check suhu masih boleh dipantau lagi.So memula tu dia tak nak makan ubat,saya terpaksa ugut la kata 'kalau tak nak makan ubat,mama masukkan ubat bontot nanti'..Hehehe..Terpaksa ok..Pastu dia pun angguk la..Pas makan ubat tu ok la.. Dia tido..Tapi still pantau kepanasan dia..Risau gak tetiba naik lebih suhu 38..Bahaya kang.

Saya pegang2 seluruh badan dia dan rasa kat bhgn kaki, sejuk plak..Tapi dari lutut ker atas panas..Saya pun amik la air Yassin (memang ada bekalan dari Darussyifa' utk kes kecemasan)sapu seluruh badan kakak.Sebelum tu bagi dia minum dulu.. Masa nak simpan air tu baru perasan ada stok air badak..Bagi minum jugak..Nasib la dia tak merengek, cuma bila dia sedar nak mama dok sebelah dia jer..Memang tak buat apa la..Masak tuk makan tgh hari pun saya masak bubur lambuk tuk anak2 dan utk kami suami isteri just panaskan lauk yang dapat kenduri umah paklong masa hari sabtu tu..Sayang plak tak makan..

So masa malam2 tengah picit kepala kakak (sbb dia ngadu kepala dia sakit), dia ada request something,
Kakak : Mama,esok sekolah tak?
Mama : Sekolah la,esok hari Isnin. Nape?
Kakak : Kakak rasa macam tak ok lagi la..Cuba mama rasa ni.Panas kan?
Mama : Erm..Kalau kakak rasa masih tak ok, kakak cuti la esok
Kakak : Boleh ke mama? (terus senyum). Tapi Cha,Chu,Pqa, Eya sekolah kan mama?
Mama : Iye.. Nanti mama jaga la kakak kalau kakak panas lagi.
Kakak : Kakak sayang mama..
Mama : Mama pun sayang kakak..Dah,kakak tidur dulu..Nanti sakit lagi kepala tu..


Erm..Macam2 ragam kalau anak sakit.. Bebudak ni kalau sakit, semua nak dengan mama. Tapi kalau main,gelak2 semua dengan ayah..Cubit pipi sensorang kang termasuk pipi ayah.Hehehe..
Hari Isnin tu pagi tu hantar kembar,Pqa dan Eya gi taska dulu.Pastu hantar ayah gi keje.. Sebab kereta kene tinggal ngan mama, takut ada apa2 urgent.. Ayah kene gi Nilai Isnin tu. So masa nak balik ke rumah pas hantar ayah, singgah gerai jual nasi lemak. Blikan kakak sekali, tapi smpi umah tak sampai 2 suap pun.. Dia tak nak makan..Minum air milo jer..Tekak perit kot..Bukakkan laptop,pasangkan youtube, dia layan tengok citer oggy and the cockroaches.. Mama pun mula sesi mengemas rumah.Jadi suri rumah sekejap..hehehe..



Pqa Oh Pqa

Ini budak bambam yang semakin hari semakin n*k*l.. Suka ikut perangai kakak dan kembar.. Apa yang diorang buat erm..Memang dia akan ikut.. Mengejek orang (adik beradik dia jer la,termasuk ayahmama pun kene) memang rutin dia la.. Ni sebab Chu la yang start ejek ni.. Geram tul mama..Bajet comel la jelir2 kan lidah cam gitu..Kalau panjat memang keje dia la.. Bila kene marah gelakkan kita balik.. Pastu bila kene babap kaki tu, melalak macam kene rotan..Kita ni marah sbb risaukan dia, tapinya budak2 ni mama dia suka2 kot nak bising suara cam TARZAN... Pastu lari2 gi cari ayah ataupun gi kat kakak/kembar minta pujuk.. Tak sampai pun 5 minit buat lagi.. Sukatilah awk Pqa..Kang jatuh baru awk tau sakit..Masa tu la sibuk ngan mama kan..Pastu manja bebenor.. Drama pun lebih gak dia ni...

Tapi dalam n*k*l nya ada gak rajinnya dan boleh diharap. Rajin buangkan pampers baby Eya, letak baju kotor kat bakul dapur, main ngan baby Eya, kalau makan tumpah air atau nasi pastu nnt cari lap kemudian lap, tak pun mulut bising, "ma,pah ni (ma, tumpah ni)".. Apapun mama sayang Pqa.. Biasalah budak nak membesor.. Ginilah gayanya.. Kadang tu saya pelik budak sebaya macam ni kene dera2.. Apalah sangat nakalnya budak sebaya gini.Ada tu pasal rosakkan barang makeup ibunya sampai meninggal budak tu.. Isk! Minta dijauhkanlah .. Kuatkan kesabaran saya dengan karenah anak2.. Masa kecik macam ni la nak tengok perangai2 diorang, bila dah besar, dah dewasa kemudian kawin, kenangan jer la yang mampu kita ingat.. Kalau masa kecik2 dok marah anak memanjang, dera anak, benci anak..Bila dah tua kang menyesal pun tak guna.. Sebab tu pentingnya peranan seorang suami... Sama2 menjaga anak, mendidik anak, buat keje rumah.. So isteri tak la stress semua kene buat sendiri..Hehehe.. Melalut sudah...

Gambar Pqa yang sentiasa ada makanan ditangannya :

Tips Menjaga Anak

Saya bukanlah seorang yang dikatakan TERBAIK dalam mendidik anak2.. Tetapi saya bertekad untuk menjadi MAMA YANG TERBAIK untuk anak2..Oleh sebab itu saya cuba mencari maklumat2 berkaitan anak2, kenali ragam dan perangai budak2, baca blog rakan2 yg telah mempunyai anak.. Walaupun kita ada ramai anak tak semestinya kita bagus dalam semua perkara. Walaupun anak kita cuma seorang akan tetapi kita berjaya menjaga,mendidik dengan baik jadinya kita adalah IBU YANG TERBAIK... Dimata anak2 semua ibu adalah baik, lagi2 budak..
Ko garang camner pun anak2 tetap nak kat ko, nak ngendeng2 pas balik sekolah.. Ko marah camner pun budak tu, bukan dia kisah sangat pun..Ko marah hari ni, esok lusa dia dah tak ingat.. So dengan tips2 camni saya suka baca.. Adakalanya saya cuba untuk praktikkan, adakalanya wat x kisah gak.. Hahaha..Susah kalo pepehal ikut mood ni..
Ni tips yang saya leh kongsi ngan semua yang baca blog ni . Ni pun saya dapat kat FB la..

Rasulullah s.a.w telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

TAHAP PERTAMA :
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan pebuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

TAHAP KEDUA:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

TAHAP KETIGA:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertenangan dengan syariat.

TAHAP KEEMPAT:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberika kebebsab bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.



Thursday, 8 November 2012

Suka Dgn Lagu Ni...

Wednesday, 7 November 2012

Oh Kakak !

Perbualan di antara seorang mama dengan anak perempuannya yang berumur 4 tahun lebih yang tengah makan sambil sibuk amik gambo makanan dia dengan beberapa aksi tak pakai baju dengan alasan panas di pagi hari tadi.....

Mama : Awak ni nape kakak? Makan tu makan jer la..
Kakak : Kakak tengah makan la ni mama..
Mama : Dah tu yang dok sibuk amik2 gambo tu nape.. Fokus kat makanan tu jer la..
Kakak : Kakak saje la nak amik gambar apa yang kakak makan ni..
Mama : Nak buat apa pun..
Kakak : Kakak nak letak dalam Facebook la mama..
Mama :  ?????? ...*terus terdiam(Oh Kakak..Versi dalam hati jer)

Ini buktinya:
Bukti kamera ada atas meja..


Jemput-Jemput

Jemput-jemput yang dihasilkan di pagi hari.. Anak2 bawak bekal ke nursery sorang satu bekas..Dalamnya tak ada la byk diorang letak..Entah bape adalah kot dalam 7-8 ketul jer kot.. Macam Pqa dah makan skit dalam kete sebelum sampai nursery. Mood membuat sarapan tetiba muncul.. Ayah ngan mama pun bawak bekal sorang satu.. Walaupun leh jer makan sama2 kang, tapi malas plak nak berjalan ke bilik memasing. Kalau ada bekalan siap2 dalam bilik, bila2 masa leh ngap tanpa rasa bersalah walaupun bos lalu depan mata tanpa mempelawa....Hahaha..
Inilah sarapan saya di opis tadi.. Ops! itu bukan aiskrim tau.. Ko mampu makan aiskrim pepagi..

Tara! Pakej dengan sos lah..Saya tak lalu makan gitu saja.. Mesti nak ada sambal atau cicah.. Lagi pedas lagi best...

WW: Biskut Mazola



*Suka sangat biskut MAZOLA ni..Kalau beli kat kedai area umah sebiji seposen.. Minggu lepas balik kampung mak bagi satu balang.. HAMBIK KO! Makan sampai lebam.. Ni tapau bawak gi opis.. Nyum!Nyum!

Tuesday, 6 November 2012

Insyaallah... Cuba Diperbaiki


Erm.. Ada orang bagi mama artikel ni...Siapa lagi.. Ayahlah yang bagi kat mama..
Sebab dalam 2 hari ni Cha asyik merengek pastu menangis.. Pastu malam tadi baru mama tegur dia (masa tu dia tengah nangis) ..Nape Cha nangis cam mendayu2 Cha? Seram plak mama dengar..Hahaha..Sengal la mama ni, bukan nak pujuk dulu..
Sebenarnya kalo mood mama ok mama akan pujuk jer.. Tapi kalo mama penat ker,pastu ayah pujuk tak nak, nak jugak mama,... Akhirnya memang kene marah ler jawabnya..Sori sayang!!!!

Monday, 5 November 2012

Mane Leh Tahan...

Baby Eya sekarang ni kalo dalam kete memang dah tak leh dok diam.. Ada jer benda dia nak buat.. Nak capai itu la, nak capai ini la.. Nak tengok kakak2nya kat belakang la..Sibuk nak dekat ayah yang tengah drive la..dilentik2kan badan la..Bercinta juga la kalo dari nursery ker rumah...So nak bagi diam adalah bagi la something tuk dia makan.. Kalo kakak2 nya makan jajan, minta la skit.. Yang baik akan bagi adalah Kak Pqa.. Sebab dia akan buka jajan dulu...Tu pun dah menggelupur tengok kakak2nya pegang jajan.. Hello sayang, awk tu kecik lagi, suka suki jer makan jajan ek...

*tomei*

Anak Aku Disamakan Dengan ????

DORA

Anak yang mane satu yang disamakan dengan DORA tu? Hahaha.. Kene la tanya anak mana satu kan.. Sebab anak mama kan ramai..Hehehe...
Anak yang no. 4 iaitu
FARAH NOR SYAFIQAH a.k.a PQA a.k.a AMOI

Ye ker sama? Sajer jer la diorang tu.. Nasib baik la mama ni tak SENTAP.. Huhuhu..Meh kita tengok, sama ker?










Minyak Wangi

Baru dapat semalam ... Masa balik kampung Tanjong Karang.. Order kat adik.. Yang ni mama punya jer.. Yang ayah punya lupe nak snap.. Nanti mama masukkan yang ayah punya..
Masa balik bulan lepas tu, dok test2 semua bau la.. Sampai pening kepala...Sebab dah campur baur bau2an minyak wangi ni... Pastu adik bagi hidu nescafe 3in1.. Dia kata ni petua nak kalo nak hidu macam2 bau minyak wangi.. Hahaha.. Baru akak tau dik..




So leh la pilih.. Hari ni nak pakai bau apa..Esok nak pakai bau apa.. Lusa, tulat, tonggeng.. Ada ker tonggeng.. Merepek jer la mama ni...
Mama suka minyak wangi cam gini .. Senang nak bawak gi memaner.. Ringan, kecik...

Bila Isteri Merajuk


Isteri merajuk manja sebab suami tak minum kopi yang dibuatnya pagi tadi..

Suami cuba memujuk, tetapi isteri tetap berdiam diri. Berjam2 lamanya, sehingga suami membongkar satu rumah mencari sesuatu. Tak sabar ngan karenah suami yang menyelerakkan barang2, isteri pun bertanya

Isteri : Abang cari apa nie?
Suami : Suaramu Sayang.. :)

Senyum Simpul:Bila Isteri Outstation

Hahaha ... Selingan sahaja....
Isteri outstation, tinggal suami kat rumah sorang-sorang. So pada malamnya si isteri menelefon suaminya..

Isteri : Assalamualaikum kekanda~. Buat apa je?
Suami: Waalaikumsalam adinda~. Tengok movie je.
Isteri : Cerita apa je? best tak?.
Suami : Best jugak cerita pengembaraan ni ! Mcm national treasure la.
Isteri : Owh.. Ye ke ?
Suami : Iye ..
Isteri : Apa tajuknya ape kanda . ?
Suami : Dora the Explorer .
Isteri : *Gigit Henpon*
*Sengal tul kanda dia tu..hahaha