ARTIKEL TERBARU

Wednesday, 19 December 2012

Kerana Mulut Kaki Kene Cubit

Alkisahnya pagi tadi masa nak gi hantar anak2 ke nursery.. Dalam kereta Cha dok borak2 la ngan kakak.. Tetiba dengar dia cakap kat kakak 'bukanlah kakak,bongok'...
Tetiba terus rasa menyirap darah ni,kepala rasa panas... Oh! Cha memang nak cari nahas pepagi..
Mama terus pandang Cha.. Ayah terus soal dia sambil drive tu "Cha cakap apa tadi, ayah ada dengar Cha cakap tadi".. Terkulat2 dia sebab rasanya dia bukan tau atau paham apa dia cakap pun. Dapat la secubit dikakinya sbb tangan ayah just sampai kat kaki dia..Kebetulan dia dok memang belakang ayah..Memang nasib la Cha pagi tadi. Memula dia tak nangis tapi bila mama tazkirah dia terus melalak..Hahaha.. Pastu terus kakak  bukak cerita yang masa kat kampung pun Cha ada cakap perkataan yang sama. Aduhai! Kuatnya la pengaruh kengkawan..Rasanya kat nursery budak2 yang lagi beso dari dia yang pandai cakap perkataan bongok,bodoh dan sebagainya.. Rata2 budak sebaya dia akan mengikut.
Pepagi ayah dah membebel kat dia.. Dan dia kene janji takkan cakap perkataan tu lagi. Peringatan untuk kakak dan Chu jugak. Kat rumah ayah ngan mama cubalah sedaya upaya buat yang terbaik untuk anak2, kalau nak berbincang atau bertekak pun tunggu anak2 tido dulu ker.
Mungkin bagi kengkawan yang baca ni akan kata, eleh cakap macam tu pun nak kecoh ker? Hello! Kalau dari kecik dia dah biasa cakap macam tu, guna perkataan2 yang tak sepatutnya, pastu mak bapak biarkan jer, apa akan jadi? Mak bapak juga yang akan malu nanti. Korang bayangkan tetiba depan orang dia keluarkan perkataan macam tu, bagi korang yang dah biasa akan biarlah lalalala.. Tapi bagi yang tak biasa akan rasa, Eh! mak bapak budak ni tak ajar anak ker? Biarkan anak cakap macam ni.. Kita akan nampak mak bapak lain geleng2 kepala..
Suami saya memang pantang kalau dengar budak2 cakap perkataan macam tu.. Lagi2 kalau anak2 yang cakap.. Dulu masa kakak umur 3 tahun dia ada sebut perkataan bodoh masa kat umah.. Uik! Nak salahkan saper la dalam hal ni.. Kami berdua tak pernah sebut perkataan macam tu walaupun tengah bertekak ..
Risau betul saya sekarang ni.. Saya kene pantau betul percakapan kembar sekarang ni..Macam kakak dia dah paham, so dia tau la perkataan yang Cha cakap tu tak bagus.
Rasanya kami perlu lebih prihatin lagi dengan kembar ni.. Dia dalam proses menerima pembelajaran sekarang ni..

2 comments:

  1. bese le bdk2..dia xtau ape yg dia ckp tu elok ke x..same la ngan ank2 saye pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..budak2 sekarang...kene lebih prihatin la sekarang..Mungkin depan kita dia takkan cakap, tapi bila dgn kengkwan,kita tak tahu kan..

      Delete