ARTIKEL TERBARU

Thursday, 27 December 2012

Goncang Bayi Sampai Koma

Baca berita online harian metro.. Mengucap panjang betul saya..Lepas mengucap pastu maki plak..hehehe..Bukan sengaja tapi termaki..Dan memang patut JANTAN KEPARAT tu kene maki..

PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.
Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.
Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.

Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.



http://www.hmetro.com.my/articles/Goncangbayisampaikoma/Article

Memang dasar otak lembu,cipan,kambing dan seangkatan dengannya la kan.. Kalo leh pikir ngan waras leh pikir nape baby tu nangis yak berenti..Biasanya baby kalo tak terseliuh, kembung perut, tak pun sejuk jer.. Ni bukan manusia, nak cakap binatang pun lagi binatang ada yg sayang anak..Ni kategori apa ntah..

6 comments:

  1. nak jadi ayah tapi tak sabar..apa punye oranglah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 20an..masih tak matang lagi..kalo lom bersedia nak anak jgn la ada anak dulu..sian baby tu kan

      Delete
  2. Ya ALLAH..kesianyer baby tu..harap cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hanya mampu kesian dan sedih tapi yang menanggung azab sakitnya..Biarlah Allah ambil jer baby tu..Dah tentu2 syurga tempatnya

      Delete
  3. Sedey kan..?
    Saya sedey nk bace sampai abes..nnt nanges
    Bace tajuk pun dah sedey huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bergenang air mata nak abiskan baca..teringat terus kat anak2..kita bila marah kat anak pun lepas tu rasa cam bersalah jer..ni plak baby 38 hari memang tak tau apa2..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...