ARTIKEL TERBARU

Wednesday, 26 December 2012

Cuti Krismas

Semalam kan cuti.. Cuti sempena Krismas.. Lalala.. Dan semalam kami anak beranak adalah membangunkan diri pada pukul 9.45 pagi.. Hahaha.. Sebabnya malam sebelumnya memang biar budak2 ni main sampai lebam. Mungkin penat tak ingat main dan gaduh dan main dan gaduh dan melalak2 malam2..Kesudahnya semua bangun lambat.. Actually mama dah bangun dah pukul 6.30 tu.. Tapi kul 7 pagi mama bantai tidur semula sebab anak2 tak bangun lagi..
Terbangun pun sebab Cha kejut.. Lapo katanya.. Hehehe.. Lor, dah nak dekat kul 10 la Cha, mesti nasi lemak dah abis kat kedai..
So mama gigih la bangun tengok apa yang boleh dibuat sarapan. Tetiba terus datang idea, masak la nasi siap2, pastu anak2 request nak sayur campur (ayam+carrot+jagung+kacang pis-ala yg sayur campur siap2 tu+sosej+telur), pastu ayahmama makan sardin..Ni namanya bukan sarapan dah ni, merangkap lunch sekali ni..Hahaha..Best!Best!
Yang bestnya semua habis..So lepas siap kemas2 semua mama plak wat request.. Cakap kat ayah nak bawak anak2 gi Tasik Cempaka la..Yang sebelah Mcd.. Sebab tengok cuaca cam mendung..Cam best plak nak lepak2..Lagipun tak ada nak buat apa (pe benda tak de buat apa..kain baju yg ayah dah siap basuh malam tadi lom lagi bersidai.kata tak ada nk buat apa..hohoho..abaikan sekejap..)
Siap2 semua pastu gerak la..Lambat skit gerak sebab baby Eya tengah tido..So kene tunggu dia bangun la..Kang meragam plak tak cukup tido..
Sebelum sampai playground kat tasik cempaka tu belok jap ke mcd.. Belikan nugget,bubur,fries...Mana tau tengah2 main pastu kang lapo..Sian plak..So siap2kan bekalan secara berhemah..
Masa sampai memang tak ramai la orang..Cari port best nak duduk, ala dok kat sekitar tmpt mainan tu gak , atas simen jer duduk..Budak2 ni nak makan dulu.. So kumpul la makan dulu... Pastu bila masing2 cam dah kenyang, diorang pun gi la main..
Dalam kul 3 petang cam gitu, mama pun ajak lah balik.. Nasib baik nak balik.. Dalam kereta Cha minta belikan aiskrim.. Tapi sorry ye Cha, permintaan awk tak dapat dipenuhi.. Dengan alasan Cha dan Pqa selsema.. So bila permintaan tak tertunai apa lagi, MELALAK la sepanjang dalam kereta.. Pastu sampai umah mama pujuk la, kalo dah baik selsema baru ayahmama belikan..Mula tu dia tak nak terima pujukan jugak, tapi Cha ni hati dia lembut skit dari Chu.. Kita cakap ayat yang sedih2 macam, Cha dah tak sayang mama ye, tak nak mama pujuk.. Pastu nanti dia diam la..Hehehe..
Sampai kat umah kakak dan kembar sambung main lagi...Korang ni tak reti penat ek? Pqa dan baby Eya dah selamat melayarkan bahtera merdekanya dalam buaian... Ayah tidokan anak dengan dia2 sekali tido..Amboi!Sape tidokan sapa ni yang oiiii.. Mama memang malas nak tido so mama sidai baju,masak tuk makan malam,kemas dapur.. Wah!rajin sungguh mama kan.Alhamdulillah..
Lepas maghrib siap2 suap anak2 makan..So dalam pukul 9 lebih semua pakat tido...Itu jer aktiviti bila kene cuti tengah2 macam tu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...