ARTIKEL TERBARU

Monday, 31 December 2012

Perancangan Untuk Malam Tahun Baru 2013

Malam ni ayah ajak tengok bunga api kat putrajaya..Erm!Mesti anak2 seronok..Tapi kalau dah ada yang tido awal kansel la jawapnya..Kalo baby Eya yang tido mama angkut jer.. Kalo yang lain tu harap maaf jer la..Hehehe..Harap tak ujan la malam ni..

Cikgu Txbxka Yang Sengal

Geram plak dgn cikgu kat tabika xxxx ni... Kejap suh datang hari ni 31/12/12.. Pastu bila kol balik tanya nak kene stanby duit bape leh plak dia suh datang hari rabu 2/1/13 plak.. Bagitau jer la tarikh yang sebenarnya kene datang untuk daftar..Susah sangat ker.. Bila tanya kat tabika tu tak ada cikgu lain ker hari ni? Leh plak panjang lebar dia citer yg baru sampai dr kampung la,sakit kepala pulak,pastu ada orang meninggal kat kamoung tu pulak.. Wei!tetiba aku naik hangin pepagi tadi..Ko ingat aku ni tak keje ker dok sibuk kejap suh datang kejap tukar tarikh.. Aku ni risau kalo time suh datang tetiba bapaknya ada meeting ker,aku ada meeting ker..Memang sengal tul..Takkan cikgu dia tak tau tarikh sebenar kene daftar..Ni kalo 2/1/13 ni tak ada cikgu kat tabika tu memang aku letak surat layang kat pagar tabika tu..Nyusahkan orang tul..Aku ni xcited anak nak sekolah, hahaha..
Sepatutnya n3 akhir 2012 ni penuh keceriaan untuk dibawa ker 2013 tapi hampeh.. Hopefully sebelum berakhir tahun 2013 ada tak citer yang best2 kan..hehehhe

Thursday, 27 December 2012

Berita:Goncang Bayi Sampai Koma

Baca berita online harian metro.. Mengucap panjang betul saya..Lepas mengucap pastu maki plak..hehehe..Bukan sengaja tapi termaki..Dan memang patut JANTAN KEPARAT tu kene maki..

PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.
Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.
Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.

Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.


http://www.hmetro.com.my/articles/Goncangbayisampaikoma/Article

Memang dasar otak lembu,cipan,kambing dan seangkatan dengannya la kan.. Kalo leh pikir ngan waras leh pikir nape baby tu nangis yak berenti..Biasanya baby kalo tak terseliuh, kembung perut, tak pun sejuk jer.. Ni bukan manusia, nak cakap binatang pun lagi binatang ada yg sayang anak..Ni kategori apa ntah..

Wednesday, 26 December 2012

Nasihat Dari En. Kubur

1. Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD


2. Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3. Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4. Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5. Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6. Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7. Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"


Subhanallah...Rasa gerun je..Sama2 perbaiki diri..

Biarkan Rambut Dan Wajahku Dibuai Angin

Salah satu aktiviti anak2 adalah bila dalam kereta.. Bukak tingkap pastu dibiarkan rambut berterbangan,muka dibuai angin pastu ketawa bersama menangis bersama (sebab bergaduh muka masing2 nak ngadap tingkap).Tapi bukan selalu dan bukan semua tempat boleh buat macam ni.. Biasanya bila nak dekat2 sampai area umah atau nak gi kedai jer ayah bagi can.. Kalo tak jangan harap..Sebab kadang2 diorang ni sajer jer nak kluarkan kepala, so bahaya la kalo terlepas pandang.. Tapi sebab dah selalu so diorang pun dah paham dan beberapa kali mama tengokkan diorang takan keluarkan kepala atau tangan la..Tapi kat jalan besar ayah tak bagi la..Takut motor laju atau kereta..Jadi mak bapak ni, ikut jer kepala anak nak buat apa,janji mereka hepi..Asalkan tidak keterlaluan permintaan mereka pasti akan ditunaikan..

WW-Sape Lagi Cun?


Bila kembar mengikat rambut...Biasanya Cha akan maintain la, tapi Chu sekejap jer la..Rimas katanya..Hahaha

Cuti Krismas

Semalam kan cuti.. Cuti sempena Krismas.. Lalala.. Dan semalam kami anak beranak adalah membangunkan diri pada pukul 9.45 pagi.. Hahaha.. Sebabnya malam sebelumnya memang biar budak2 ni main sampai lebam. Mungkin penat tak ingat main dan gaduh dan main dan gaduh dan melalak2 malam2..Kesudahnya semua bangun lambat.. Actually mama dah bangun dah pukul 6.30 tu.. Tapi kul 7 pagi mama bantai tidur semula sebab anak2 tak bangun lagi..
Terbangun pun sebab Cha kejut.. Lapo katanya.. Hehehe.. Lor, dah nak dekat kul 10 la Cha, mesti nasi lemak dah abis kat kedai..
So mama gigih la bangun tengok apa yang boleh dibuat sarapan. Tetiba terus datang idea, masak la nasi siap2, pastu anak2 request nak sayur campur (ayam+carrot+jagung+kacang pis-ala yg sayur campur siap2 tu+sosej+telur), pastu ayahmama makan sardin..Ni namanya bukan sarapan dah ni, merangkap lunch sekali ni..Hahaha..Best!Best!
Yang bestnya semua habis..So lepas siap kemas2 semua mama plak wat request.. Cakap kat ayah nak bawak anak2 gi Tasik Cempaka la..Yang sebelah Mcd.. Sebab tengok cuaca cam mendung..Cam best plak nak lepak2..Lagipun tak ada nak buat apa (pe benda tak de buat apa..kain baju yg ayah dah siap basuh malam tadi lom lagi bersidai.kata tak ada nk buat apa..hohoho..abaikan sekejap..)
Siap2 semua pastu gerak la..Lambat skit gerak sebab baby Eya tengah tido..So kene tunggu dia bangun la..Kang meragam plak tak cukup tido..
Sebelum sampai playground kat tasik cempaka tu belok jap ke mcd.. Belikan nugget,bubur,fries...Mana tau tengah2 main pastu kang lapo..Sian plak..So siap2kan bekalan secara berhemah..
Masa sampai memang tak ramai la orang..Cari port best nak duduk, ala dok kat sekitar tmpt mainan tu gak , atas simen jer duduk..Budak2 ni nak makan dulu.. So kumpul la makan dulu... Pastu bila masing2 cam dah kenyang, diorang pun gi la main..
Dalam kul 3 petang cam gitu, mama pun ajak lah balik.. Nasib baik nak balik.. Dalam kereta Cha minta belikan aiskrim.. Tapi sorry ye Cha, permintaan awk tak dapat dipenuhi.. Dengan alasan Cha dan Pqa selsema.. So bila permintaan tak tertunai apa lagi, MELALAK la sepanjang dalam kereta.. Pastu sampai umah mama pujuk la, kalo dah baik selsema baru ayahmama belikan..Mula tu dia tak nak terima pujukan jugak, tapi Cha ni hati dia lembut skit dari Chu.. Kita cakap ayat yang sedih2 macam, Cha dah tak sayang mama ye, tak nak mama pujuk.. Pastu nanti dia diam la..Hehehe..
Sampai kat umah kakak dan kembar sambung main lagi...Korang ni tak reti penat ek? Pqa dan baby Eya dah selamat melayarkan bahtera merdekanya dalam buaian... Ayah tidokan anak dengan dia2 sekali tido..Amboi!Sape tidokan sapa ni yang oiiii.. Mama memang malas nak tido so mama sidai baju,masak tuk makan malam,kemas dapur.. Wah!rajin sungguh mama kan.Alhamdulillah..
Lepas maghrib siap2 suap anak2 makan..So dalam pukul 9 lebih semua pakat tido...Itu jer aktiviti bila kene cuti tengah2 macam tu..

Wednesday, 19 December 2012

30 Orang Yang Pertama

Senarai 30 orang yang pertama dalam islam.. Saya dapat dari FB la..Untuk panduan bersama.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


Sayang..Sayang..

Perangai kembar sekarang ni.. Aduhai! Kejap Cha buat perangai, kang Chu plak buat perangai.
Tak apalah, mungkin nak membesar..Gitulah gayanya..
Tapi ada satu perkara yang memang suka buat mama geram kat diorang ni adalah suka mengajuk..
Sayang adalah panggilan mama kat rumah..Maksudnya ayah panggil mama 'sayang'.. Ok lah tak ada isulah kan.. Yang menjadi isu adalah bila kembar pun sibuk nak panggil mama ni sayang.. Pehal? Apa yang ayah cakap dia akan ajuk.. Contohnya malam tadi la.. Pas mama dah siap2 buat nasi goreng tuk makan malam (nak buat nasi goreng sebab balik awal..kul 6 dah sampai umah) , mama terus nak kemas2 dapur sebab cam terlebih rajin jer..Pastu ayah cakap la 'sayang rehat la dulu..baru lepas masak kan. Nanti penat sangat'.. Boleh plak si Chu gi ajuk cakap ayah..
"Sayang, sayang rehat la dulu.. Ye sayang ye.. Sayang.. Sayang".. Pastu dok gelak2 ngan si Cha.. Eh! Korang ni pehal? Memainkan mama ke apa ni?
Pastu mama baring jap, Cha ngan Chu datang usap2 pipi mama.. "Sayang, sayang rehat ye.."Eeeee, geram plak mama..Ayah dok gelak2 dah.. Pqa yang tak tau pape pun gelak sama..
Wahai Pqa,mama ni kene buli dek kakak2 awak, boleh awk tolong gelakkan sekali ye...
Pastu ayah tanya Cha ngan Chu.. Sape sayang?
Diorang tunjuk mama..Erm! Sukati koranglah..Janji mama bahagia.

Bila Si Suami Hantar Puisi Untuk Isteri

Subject: FW: Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin
lain.

*** Puisi Untuk isteri***

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri*** (warna merah tandanya ???)
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!

Kerana Mulut Kaki Kene Cubit

Alkisahnya pagi tadi masa nak gi hantar anak2 ke nursery.. Dalam kereta Cha dok borak2 la ngan kakak.. Tetiba dengar dia cakap kat kakak 'bukanlah kakak,bongok'...
Tetiba terus rasa menyirap darah ni,kepala rasa panas... Oh! Cha memang nak cari nahas pepagi..
Mama terus pandang Cha.. Ayah terus soal dia sambil drive tu "Cha cakap apa tadi, ayah ada dengar Cha cakap tadi".. Terkulat2 dia sebab rasanya dia bukan tau atau paham apa dia cakap pun. Dapat la secubit dikakinya sbb tangan ayah just sampai kat kaki dia..Kebetulan dia dok memang belakang ayah..Memang nasib la Cha pagi tadi. Memula dia tak nangis tapi bila mama tazkirah dia terus melalak..Hahaha.. Pastu terus kakak  bukak cerita yang masa kat kampung pun Cha ada cakap perkataan yang sama. Aduhai! Kuatnya la pengaruh kengkawan..Rasanya kat nursery budak2 yang lagi beso dari dia yang pandai cakap perkataan bongok,bodoh dan sebagainya.. Rata2 budak sebaya dia akan mengikut.
Pepagi ayah dah membebel kat dia.. Dan dia kene janji takkan cakap perkataan tu lagi. Peringatan untuk kakak dan Chu jugak. Kat rumah ayah ngan mama cubalah sedaya upaya buat yang terbaik untuk anak2, kalau nak berbincang atau bertekak pun tunggu anak2 tido dulu ker.
Mungkin bagi kengkawan yang baca ni akan kata, eleh cakap macam tu pun nak kecoh ker? Hello! Kalau dari kecik dia dah biasa cakap macam tu, guna perkataan2 yang tak sepatutnya, pastu mak bapak biarkan jer, apa akan jadi? Mak bapak juga yang akan malu nanti. Korang bayangkan tetiba depan orang dia keluarkan perkataan macam tu, bagi korang yang dah biasa akan biarlah lalalala.. Tapi bagi yang tak biasa akan rasa, Eh! mak bapak budak ni tak ajar anak ker? Biarkan anak cakap macam ni.. Kita akan nampak mak bapak lain geleng2 kepala..
Suami saya memang pantang kalau dengar budak2 cakap perkataan macam tu.. Lagi2 kalau anak2 yang cakap.. Dulu masa kakak umur 3 tahun dia ada sebut perkataan bodoh masa kat umah.. Uik! Nak salahkan saper la dalam hal ni.. Kami berdua tak pernah sebut perkataan macam tu walaupun tengah bertekak ..
Risau betul saya sekarang ni.. Saya kene pantau betul percakapan kembar sekarang ni..Macam kakak dia dah paham, so dia tau la perkataan yang Cha cakap tu tak bagus.
Rasanya kami perlu lebih prihatin lagi dengan kembar ni.. Dia dalam proses menerima pembelajaran sekarang ni..

Monday, 17 December 2012

Pqa Demam,Batuk dan Selsema

Aduhai! Ingat cuti Sabtu Ahad hari tu leh la nak gi jalan ker,shopping2 ker (berangan)..Last2 kene dok umah jaga anak demam.. Pqa tak sihat.. Bila tak sihat manjanya yang amat sangat.. Mentang2 la kakak2 dia tak ada kat rumah.. Jumaat malam tu kakak dan kembar ikut Cik Wawa dan Pak Uda balik kampung. Ni sampai la ni tak balik lagi ke Bangi.. Baru sat tadi mama kol baru sibuk nak kemas2..

So 2 hari yang cuti tu mama ngan ayah sibuk dok gelek Pqa dan Baby Eya la.. Nampak la kebosanan ayah sbb tak ada anak yang nak dikaco.. Kacau Pqa dia tengah demam, usik skit dah melalak2..Hahaha..

Pagi ni dah nampak ok skit hantar ke nursery..Pqa ni bagusnya sebab dia suka makan ubat.. Bagi jer ubat dia akan makan sendiri...So kalau rajin makan ubat cepatlah baiknya..Hehehe..

Tak sabar nak jumpa kakak dan kembar petang ni..Rindu ler..
Tapi mama rasa mesti diorang wat tak kisah jer ngan mama kang.. Sentap jer rasanya nanti.. Tak apalah yang penting mama tengah rindu kat diorang.. Tak sabar nak dengar mulut bercerita sorang2 kang cam bertih goreng..Hahaha

Thursday, 13 December 2012

Tepon Masuk Air

Buat masa ni tepon mama problem skit.. Tak nampak sangat skrin dia.. Tak la gelap sangat just samar2 la..kalo gambo2 dlm tepon tu mmg dah tak nampak semua.. Tulisan jer nampak.. So setakat baca mesej tu leh lagi la..Punca kejadian adalah tepon mama direndamkan di dalam cawan yang berisi air.. Memang bagus betul sape yang buat tu.. Nak marah pun tak guna bukan leh undur balik kejdian tersebut.. Pasrah jer la.. Masa kembar dok sibuk cakap tepon mama kene air.. Terus ambil buka keluarkan simcard pepehal..Hehehe..Cuak siut..Ayah kata kalo tak jadi gitu mama tak beli la tepon baru.. Nanti dpt komisyen kita beli ye.. Amboi! Kita? Dah tentu2 komisyen mama, so duit mama la yg kene kluar.. Sayang tul rasanya nak kluar sekali banyk semata nak beli tepon idaman hati.. Tapi bila lagi..Kira kredit kot sebab kita keje, so maybe kepuasan ..Entahlah.. Tak pikir lagi..Selagi leh guna tepon lama ni mama guna la dulu.. Kang dah nazak sangat baru la tukar.. Dasar kedekut kat diri sendiri gitu la..Hahaha
Jadinya suspek yang buat tepon mama inilah dia..Geram tul leh dia wat muka nakal dia tu..Pqa !Pqa!

Baby Eya Dah Tak Sayang Mama

Hari Isnin masa otw nk gi keje masa dalam kete baby Eya dok sibuk nak capai lengan ayah. Ayah tengah drive time tu..Masa ni lom nampak tanda2 nak demam sangat. So plan mmg nak hantar ke nursery la..Sebab kami nak ke DBP jap pagi tu..So bila baby Eya dok sibuk nak capai2 ayah pun kata tak apalah ayah drive sambil pegang dia. Elok ayah amik dia leh landing baring kat lengan ayah dengan gaya cantik .Tapi mata dok sibuk pandang2 mama.. Eleh, lu pikir wa jeles ke? Hahaha..Memang pun jeles.. Ngada la mama ni nak jeles2 ngan anak.. SENTAP je memanjang..Tapi terpikir gak nape tetiba wat perangai gitu? Saya ni tak boleh anak2 perangai lain macam skit.. Mula la cuak hati tu.. Pastu cakap kat ayah, maybe dia tension kot ayah tak ada sabtu ahad hari tu.. Dari pagi sampai malam dok ngadap muka mama.. Hahaha..So ayah drive la sambil pegang baby Eya sampai nursery. Nasib baik sampai nursery dia nak kat cikgu dia.. Kalo dia nangis, haru la..So peringatan ek ayah, hari cuti adalah hari untuk keluarga.. Keje sampai bila takkan abis (rungutan dr sang isteri yg buat2 x paham keje suami)..Dush! Dush!

Monday, 10 December 2012

Cuti Sabtu Ahad Yang Macam Tak Cuti

Letak sekali tajuk ko Cuti Sabtu Ahad.. Sebabnya sabtu ahad tu kene dok umah ngan anak2..Jadi surirumah dari kul 9 pagi hingga pukul 10 malam.. Punca berlaku perkara ini adalah disebabkan ayah kene keje kat MPK Klang sana.. Nyampah tul kalo dia kene keje hari cuti.. Rasa nak nyumpah2.. Ada la mama dok bebel2 sbb ayah kene keje.. Sepatutnya hari cuti adalah masa untuk mama dan anak2...Untuk keluarga..Ni sibuk suh keje.. Erm, nak amik ati punya pasal, belikan breakfast siap2, Masakkan nasi tuk tengahhari sekali,blikan lauk,cuci siap2, packing dlm plastik pastu masuk peti.. Eleh! Macam la kita tak tau trick dia nak amik hati.. Marah tetap marah.. Sebenarnya mama marah bagi pihak anak2.. Anak2 sekarang tau protes kalo ayah kene keje hari cuti.. Bagi diorang kalo cuti adalah balik kampung.. So bila kene tau hari sabtu ahad tu ayah kene keje, dok bebel la dari hari rabu sampailah jumaat kat diorang.. Bagitau yang ayah kene keje jauh, duduk umah ngan mama...

Malam tadi ayah balik lewat skit.. Dah nak kul 11 malam baru sampai.. Mulanya Chu ngan Pqa tak tido lagi.. Pqa tengah tengok tv.. Chu plak main ngan baby Eya.. Terkekek2 ketawa baby Eya..Hehehehe..Tomei..

Pastu tetiba Chu cakap,
Chu : "Mama kalau nak tido dulu mama tido la.. Nanti Chu tunggu ayah."
Mama :  Tak apalah, Chu ngantuk Chu tido la.. Mama kene jaga adik Eya
Chu :  Chu jagalah adik Eya..Mama tido lah.. Esok mama keje.. Chu esok tak nak sekolah..
Mama :  Mana boleh tak sekolah..Kene la sekolah..
Chu :  (Mata dah bergenang tunggu nak melalak)
Mama :  Yelah2.. Sukati Chu lah.. Dah gi tido..

Erm.. Last2 semua dah terbungkang masa ayah sampai.. Sian anak2 tido tanpa jumpa ayah.. Semua tido sendiri.. Kalau ada ayah, yang Pqa sibuk suh garu badan la, hidung la, .. Yang Chu sibuk nak baring belakang ayah lah.. Yang Cha plak bagus jenis dah ngantuk terus baring tido.. Kakak plak sibuk ngan mama..Anak-anak..