Artikel Terkini

Mayat Bayi Lelaki Atas Katil

WEI! GERAM TUL AKU LA.. SENANG TOL KO BUNUH ANAK KO TU YE.. BABY LELAKI TU.KALO KO TAK NAK BAGI LA AKU..AKU TAK DE LAGI ANAK LELAKI NI.."DENGAN BANGLADESH PUN KO SELERA YE" (bak kata suami saya)..HAHAHA.. KALAU DAH NAFSU MENGUASAI DIRI INILAH AKIBATNYA..ENTAHLAH BILA DENGAR BERITA CAMNI,BACA PAPER CITER CAMNI, MULUT DOK NGUTUK JER..TAPI PENAT GAK NGUTUK BERGELEN2 BUKA DIA DENGO PUN..EEEEEEEEE..GERAM SUNGGUH LA RASANYA NI..RASA NAK TUNJAL2 KEPALA DIA.. (maaf teremosi di pagi jumaat yg mulia ni..betina mencemarkan emosi saya pagi2 ni..)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


 
KIRI: RUMAH di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru, Klang inilah tempat mayat seorang bayi lelaki ditemui di atas katil semalam.
GAMBAR KANAN: Anggota polis mengiringi jurujual yang ditangkap selepas disyaki menyembunyikan kelahiran bayinya.

KLANG - Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam.
Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu.
Bayi itu dipercayai dilahirkan oleh suspek yang bekerja di sebuah kedai di Pekan Meru pada pukul 4 petang kelmarin. Semasa dilahirkan, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa.
Suspek dipercayai membiarkan mayat anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang perkara itu diketahui keluarganya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, pasukan polis yang menerima laporan kakak suspek terus ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas katil.
"Polis turut menemui tali pusat bayi dalam satu beg plastik yang dipercayai dipotong oleh si ibu selepas melahirkan anaknya itu," kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa kepada bayi malang itu merupakan lelaki Bangladesh namun kekasihnya itu sudah pulang ke negara asal sejak Mac lalu.
Mohd. Shukor memberitahu, suspek bersama mayat bayinya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk pemeriksaan dan bedah siasat.

Comments

Post a Comment

FOLLOWERS