ARTIKEL TERBARU

Wednesday, 28 November 2012

Penggunaan Bahasa Pelat

Kadang tu ada sesetengah budak bila bercakap, amboi! petahnya kamu bercakap..Puji kemain.. Ada setengahnya pula kurang jelas percakapan mereka. Entahlah, perkembangan anak2 tidak sama sebenarnya. Mengikut pengalaman saya juga, berbeza setiap perkembangan anak. Contohnya masa anak yang no 4 lambat sedikit berjalan, saya sudah risau. Sebabnya kakak-kakaknya umur 9 bulan mula menunjukkan tanda-tanda hendak berjalan. Begitu juga dengan bercakap. Sebenarnya dengan anak-anak kta kene rajin bercakap dengan mereka. Bukan membebel ye, tetapi bercerita.

Saya bukan nak jadikan diri saya sebagai contoh, tapi saya bercakap melalui pengalaman serta perbincangan yang dibuat bersama suami. Bagi kami berdua, kami memang elakkan bercakap dengan anak guna bahasa kanak-kanak. Contohnya, baby nak mamam ke? nak cucu tak,nak itut mama egi edai ke? Lebih kurang bahasa-bahasa macam tu la.. Dari mereka kecik memang kami guna bahasa yang penuh. Dan hasilnya atuknya puji sebab kembar umur 3 tahun cakapnya lancar dan atuknya boleh fahan kalau diorang bercerita. Hehehe..Bukan nak bangga diri tapi sebenarnya rasa berbunga juga diri ni bila anak-anak dipuji. Siapa tak bangga orang puji anak kita kan? Sekarang ni pun kami akan pastikan yang kakak dan kembar tidak perlu menggunakan bahasa pelat untuk bercakap dengan Pqa. Sebab Pqa paham jika kita menggunakan bahasa penuh. Umurnya masuk 2 tahun bulan Januari tahun depan ni.Eh! Panjang melalut pula saya ni. So dibawah ni boleh dijadikan panduan bersama. Saya dapat dari Facebook.

Tip untuk ibu bapa yang prihatin


 1  Bagi masa pada anak-anak
Untuk mendapatkan anak yang petah dan bijak berkata-kata memerlukan masa. Didik mereka setiap hari dan jangan terlalu mendesak untuk melihat hasilnya.


Sebaliknya gunakan pelbagai pendekatan sama ada di rumah, di dalam kereta ketika membeli-belah dengan mengajak mereka bercakap kepada isu yang lebih besar dan pelbagai. 

 2  Cari masa berinteraksi dengan anak di dalam kereta.


Cari isu-isu yang boleh merangsang perbendaharaan kata anak-anak. Bercakap perkara yang baik-baik dengan anak. Jangan hanya fokus pada persekolahan saja.

 3  Berbual sebelum tidur.
Bercerita dengan anak sebelum tidur dengan membacakan buku cerita ketika mereka masih kecil sehingga usia 11 tahun. Ini akan mengeratkan hubungan dan mewujudkan rasa seronok kepada anak-anak. 

 4  Bawa anak keluar makan secara berdua. 
Ini boleh dilakukan dengan membawa anak makan bersama dan beri mereka ruang untuk meluahkan apa saja mengenai ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Gunakan peluang berbual menerusi media sosial seperti Facebook supaya mereka merasakan ibu bapa adalah orang yang boleh dipercayai dan dekat dengan mereka.

No comments:

Post a Comment