Artikel Terkini

Petua Untuk Menghilangkan Parut


Mencari2 petua nak hilangkan parut.. Ada parut kat lutut ni x nak hilang.. Kesan dari jatuh (x ingat plak jatuh kat ner,rasanya atas jalan tar..). Mak ai, banyaknya petua.. Mana satu nak ikut ni? Kalau kengkawan nak try ikutlah petua2 ni.

Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baharu.

Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.

Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Petua 13: Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 14: Kukus ubi kentang yang dibuang kulitnya dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Banyakkan petua2nya.. Jenuh nak pikir mana satu yang sesuai dan mujarab. Tapi hari tu ada tengok kat blog (Alamak! x ingat plak blog sape plak) ada satu krim ni macam bagus jer.. Nak beli dulu la pastu try tengok berkesan x kat mama. ni la krimnya...


Comments

  1. Petua 1 & 3 eija mmg biasa buat, Petua 1 tu mmg sgt rasi dgn eija, Daun Lidah buaya elok bkn utk muka jerk kan, untuk kulit kepala n sembuhkan luka sgt mujarab. kalau melecur cepat2 letak daun lidah buaya mmg cepat surut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. petua no.3 tu berkesan tak kak? pernah cuba tapi agak sedikit pedih.

      Delete
  2. Tq 4 de info..byknyer petua,mane satu nak try ni..he3..bio oil pun ok gak kot tuk hilangkan parut

    ReplyDelete
    Replies
    1. bio oil x bleh...da penah try da

      Delete
  3. sye pun xtahu nak guna yg mana satu. maybe nak try guna daun pisang, lidah buaya or ubat gigi kot. nak cantik.so, kena sabar la.

    ReplyDelete
  4. Aduh parut kt tgn kecil2... bekas luka dlu2.. x hilang2 pon. Petua mne yg pling brkesan ni..

    ReplyDelete
  5. Guna mederma tu dh brapa bulan.tapi masih takda kesan.parut still nampak jelas. sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la..sya pun guna juga..tpi lnsung tak berkesan...

      Delete
  6. aku guna bio oil dekat 4 bulan.. pakai kat muke.. tak nampak kesan pon.. pas tu aku guna le.. maderma.. pon tak nampak kesan.. :( sedih tahap dewa btol.. last2 guna petua "mak datuk nenek moyang".. guna timun.. pas tu campur sikit madu.. :) wow.. skrg dh halus mulus.. 3 minggu jer.. murah.. snang nak beli.. heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! bagus ni lagi stau petua..TQ

      Delete
    2. Slm. Bt mcm mn timun dgn madu tu? =)

      Delete
    3. Bole jelaskan cmna nak campurkan timun ngan madu tu..?:)

      Delete
    4. Macam mane nak buat tomun tambah madu jelaskan boleh

      Delete
  7. how did you put the artikel terbaru list????

    ReplyDelete
  8. Sy da lame ade parut dkat kaki..
    Kira2 Hampir setahun..
    Ape Cadangan petua berkesan Yg Boleh sy cuba??

    ReplyDelete
  9. Parut dkat kaki sy dh hmpir setahun msih x hilang2 lg..
    So, Ape petua Yg Plg Berguna Untk sy??

    ReplyDelete
  10. Bg ak apa pn xok

    ReplyDelete
  11. Ade satu lg gel parut. Hiruscar. Biasa ada kat watsons atau guardian. Parut mmg pudar. Kena pkai pg selepas mandi dan mlm b4 tido. Pakai hari2. Insyaa Allah parut hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat muka boleh ea ?

      Delete
    2. Sy pun baru je beli hiruscar...harap2 berkesan..sbb ramai yg kata hiruscar lebih elok dr bio oil..dermatix..yg lain2 prodak xpasti.. tp pape pn kena sabar..tu je.. :)

      Delete
  12. Ade satu lg gel parut. Hiruscar. Biasa ada kat watsons atau guardian. Parut mmg pudar. Kena pkai pg selepas mandi dan mlm b4 tido. Pakai hari2. Insyaa Allah parut hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiruscscar tu berapa harga ? Mahal tak ? Saya dah habiskan duit beli bio oil, mederma and dermatix. Takde kesan pon. 😭

      Delete
  13. Hiruscar mmg bagus. Cuma mgkn lambat siket tp saya pakai dua bulan, parut berlubang langsung hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak guna hiruscar 2 bln dh hilang eh parut berlubang? Serius??

      Delete
  14. tq 4 sharing. sy mmg kena hlngkn parut alergi kt badan sbb perubahan cuaca dan parut kt muka kena minyak panas. jd mana cara yang terbaik sbb setakat ni pernah sapu kn ubt gigi je pd tmpt yg terkena minyak panas masa mula2 terkena semalam.skrg sgt stres muka de parut bdn pon.now summer lg kulit burn dan lg teruk. boleh cdgkn kaedah mana yg sesuai tuk sy?tqvm.

    ReplyDelete
  15. salam

    tq 4 sharing. sy alamai kesan parut sbb perubhan cuaca dan alergi dgn karpet pd pertghn mac thn ni. parut masih kelihatan dan x hlng tmbahan sbb kulit sy mmg dah biasa dgn cuaca kt msia skrg summer lg teruk burn, panas dan kering. cuaca kt sini mnyebabkan kulit sy ssh nk recover jika luka atau terkena apa2. dan smlm sy terkena myk pns di muka cpt2 ltkkn ubt gigi jd x teruk cuma da kelihtan parut. dgn kesan parut akibat alergi kt badan n parut sbb mnyk panas di muka. ada cadangan terbaik tak kaedah mana yg ptt sy cuba?

    terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Kepada sesiapa yg risau muka ad jerawat..jeragat..dan nk hilangkan parut..anda blh try produk skincare wonderglow..mmg sgt2 berkesan..dlm 2week dh nmpak kesan..drpngguna now sy dh jadi agen..anda blh sms saya 0199810341 utk dapatkan produk ni .or blh add fb saya akma slim diet11

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal taq skincare 2?pm harga kt fb sye..Princeess Norainie

      Delete
  17. nice tips.. bnyaknye. xtau mne 1 nk ikut :)
    http://supersweetmoms.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gune ubat gg tu cmne cre ? Gosok dkt seluruh muke atau dekt parut jer?

      Delete
  18. cube try gune hiruscar.. sgt mujarab.. hasil boleh dilihat dalam 1 hari.. kalaw parut jerawat, jerawat akan mula ganti kulit selepas 1 penggunaan.. kalaw nak kesan terbaik. gune secara constant.. insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ke awak? Sy ada masalah parut berlubang yg teruk.. Boleh hilang x pakai hiruscar ni? Dah byk duit abes beli produk tp xberkesan :(

      Delete
    2. pakai pencuci muka sebamed..insyaAllah lubang2 jerawat tertutup..

      Delete
  19. kalau gna ubat yg dipEromot kt tv tuape tau DERMATIC BERKESAN JUGA ambik jangka mase yg lama juga la nak bagi hilang patut

    ReplyDelete
  20. Mcm mana nak hilangkan parut dimuka? Parut tu mcm hitam hitam .

    ReplyDelete
  21. Menderma tu tak berkesan mana pun. Dah beli sampai 2kali tapi biasa jer. Better tak payah beli.

    ReplyDelete
  22. Tapi parut yg sya alami ialah parut akibat sya kmalangan. Parut tu dah jd wrna htam.sya dah gna bio oil & mederma tp hsilnya ttap sma..agaknya hiruscar boleh ka hlangkan parut yg jenis tu?

    ReplyDelete
  23. Wahhh banyaknye petua. Sy seorang model . Tapi baru-2 ni sy accident then kaki ade parut. Jadi sy beli bio oil and macam-2 sy pakai. Akhirnya lidah buaya jugak yg berkesan :')

    ReplyDelete
  24. klau ada parut di muka,boleh ker sapu dgn ubat gigi colgate

    ReplyDelete
  25. saya mengalami excident , kaki terok tp xpnah nk guna cream , mungkin law guna ubat gg mlam akn berkesan amin :D

    ReplyDelete
  26. Saya mengalami excdent bus genting masuk gaung... Saya harap korang bole bg pndpt ... Parut banyk di kaki n bekas jahitan and luka sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa ciannye..klo cmtu pkai laaa gel aloe gamat d'herbs..sgt brkesan

      Delete
    2. kalau kesan luka besar dan dalam , contoh macam kes aini ni.. leh cuba juga esp dan vit e shaklee.

      Delete
  27. terima kasih semua sbb kongsi info..

    ReplyDelete
  28. Sy da lame gune hiruscar gel ni..around 2 3 years..mmg bagus baik parut kt bdn or muke..sy syorkn kt kwn sy plak sb muke ny byk parut jerawat..alhamdulillah licin muke die..brbaloi la pkai walupn mahal skit..

    ReplyDelete
  29. Semalam saya pergi watson , penjual watson tuu pun syor kn hiruscar . Sbb dia kata paling berkesan . Mmg mahal . Kcik je tp dekat 40 jgk laaa . Mahal tkpa , asalkan berkesan kan . Sy pun nk try guna . Sbb bekas parut xcident nii tk hilang lagi .

    ReplyDelete
  30. ;) Nampak gayanya yg paling simple dan ubah adalah UBAT GIGI..setiap rumah mesti ada ubat gigi betul tak..?

    ReplyDelete
  31. ;)) psst psstttt...nak paling senang guna cara UBAT GIGI sebab saya yakin setiap rumah kompom ada ubat gigi...tak payah susah payah dok cari benda2 lain sbb..benda yang depan mata dah ada betul tak...? Cuba test tu dulu..klau tak berhasil baru guna plan B untuk cuba kaedah yang lain.

    ReplyDelete
  32. ten q....sy rase nak gune pokok lidah buaya la...lagipun bagi sy itulah yg paling senang,, :)

    ReplyDelete
  33. Ubat gigi berkesan ke?? Jerawat jd hitam dan tngglkan parut hitam ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... saya dh try...sedih, akhirnya muka ada kesan parut hitam...ni tgh berusaha memudarkannya .... moga hilang lah... in sya Allah. sy guna hiruscar.... mcm dh pudar skit....

      Delete
  34. Guna lidah buaya ni boleh menghilang kesan hitam parut ni tak kat muka? Tpi bukan parut jerawat . tapi akibat melecur . Anyone reply ? :c need explain . Malu mak bukak sekolah dah ni

    ReplyDelete
  35. Bole ke buh ubat gigi kt parut di betis?

    ReplyDelete
  36. Hello? kalau nk hilang kann bintik hitam kat muke macamne erk?Dan parut di kaki? Bintik hitam mmg susah nk hilang la, pncuci muke mmg tk berkesan. Anyone tlong bgy petua?

    ReplyDelete
  37. Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

    ReplyDelete
  38. X bleh gune enjection ker?

    ReplyDelete
  39. kayu manis ngan bedak sejuk memang berkesan. cuba la

    ReplyDelete
  40. Saya ada makan vit c..tapi dlm ms yg sama sy nak cuba petua no 4 tu. Mn tau leh hilangkan parut yg ada ni. Thanks admin atas perkongsian.

    ReplyDelete
  41. Hiruscar t bgus ke..tp sye gne x de ksan ap2 pon..

    ReplyDelete
  42. byk petua yg dikongsikn..sgt bermanfaat,,tq=)

    ReplyDelete
  43. tq sharing2 info berkaitan nk hilangkn parut nie,,sgt berguna utk diaplikasikn..=)

    ReplyDelete
  44. Saya dulu ade parut kat dahi jugak . Disebabkan terkena minyak panas . Parut tu jadi hitam. Lepastu saya try gune kayu manis n alhamdulilah berkesan dalam 2 minggu

    ReplyDelete
  45. Guna T3 mycin..tiap2 mlm pkai kt muka..insyaAllah parut hilang mka pun licin

    ReplyDelete
  46. Cuma nak bagitahu.muka say ada parut jerawat satu, kecik..mgada2 nak hilangkan dgn cepat say a pun pakai kulit kayu manis ditumbuk halus dan madu.letak satu mlm kat muka...eaoknya basuh kulit jadi macam melecur kena api.sekarang dah seminggu parut belum hilang.sudah jatuh dtimpa tgga.kalau no try cinnamon, letak dulu Kat tgn..hilang nk pudar parut making menambah parah adalah

    ReplyDelete
  47. Hiruscar bole ke hilangkan parut yg putih2 kesan kulit koyak

    ReplyDelete
  48. Minyak zaitun pon ok lw nk ilangkan parut.. ^_^

    ReplyDelete
  49. Minyak zaitun pn ok lw nak ilangkan parut..^_^

    ReplyDelete
  50. dulu masa kecik2 mak akak siap cari tulang sotong yang besar2 warna putih kat tepi pantai. gesek kat lesung.. sapukan pada betis. gatalnya tak usah cakaplah... sekarang dah besar ambik secara konsisten vit c dan e. walaupun makan masa lama tapi ada kesanlah..

    ReplyDelete
  51. Wow..hiruscar tu bley thn brpe lma eak?sy dh cube mcm2 tp x bksn pon parut berlubang kt muke ni sgt kebal TT..serum simen tu pon cam x jln jer kt kulit sy ni..sedih..

    ReplyDelete
  52. Berkesan tk kalau kita tumbuk kayu manis tu byk2 campurkan dgn bedak sejuk semua then simpan dlm bekas boleh guna terus bila bila masa tkyh buat setiap hari

    ReplyDelete

Post a Comment

FOLLOWERS