ARTIKEL TERBARU

Sunday, 21 October 2012

Perangai Bila Dapat Jajan Dalam Kereta

Biasanya kalau sebelum sampai nursery waktu petang nak balik, kadang2 singgah kedai tepi jalan jap semata2 nak beli something tuk 4Farah.. Sebab kalau tak beli apa2, nanti sampai nursery, masuk kereta dok tanya, ayah beli apa, tak beli pape ker..Belum lagi stok nak merengek, tetiba nak sentap la..Lom pakej bertekak dalam kete, pastu gaduh..Pastu ada jer yang nampak kaki dok terjuntai jer kat kerusi, kepala kat bawah..Kes gaduh jugakla..Ada jer benda nak cari pasal.. So malas nak jadi benda2 macam tu la ayah singgah beli something.. Tak semestinya jajan la, kadang donut atau pisang goreng.. Apa2 la janji ada benda diorang pegang dalam kereta sorang satu... Hehehe.. Maklumlah anak ramai, gini la gayanya..
So bila dah dapat jajan sorang satu,

FARAH NOR SHAHIRAH @ KAKAK
Takkan makan jajan tu dalam kete.. Dok pegang jer la.. Alasan dia nak makan kat umah.


FARAH NOR SHAHADAH @ CHA
Kadang2 makan dalam kereta, kadang2 pun buka kat umah.. Tengok mood dia.


FARAH NOR SHUHADAH @ CHU
Ikut perangai kakak.. Takkan makan dalam kereta, tapi akan ngecek (minta) Pqa.


FARAH NOR SHAFIQAH  @ PQA
Takkan sia2kan makanan yang ada.. Dapat2 dan2 tu nak buka dan makan.. Yang suka minta dia adalah Chu.. Dan Pqa seorang yang kedekut orangnya bab makan2 ni.. Tapi kene pandai pujuk baru dia bagi.. Dan bila sampai umah dah tentu2 la Pqa punya dah habis.. Hahaha.. Masa ni la dia seorang yang bijak pandai telah mengepow kakak dan kembar dengan stail dia sendiri.. Bijak tul... Pqa, Pqa...Nasib baik bambam..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...