ARTIKEL TERBARU

Monday, 22 October 2012

Nak Bagi Atau Tidak?

Hari Rabu ni Awa ngan Ais (adik ipar) dah gerak balik kampung (Muar). Tahun ni kami raya haji giliran di Muar.. So diorang minta izin nak bawak kakak dan kembar balik dulu ke kampung.. Alahai! Kalau kembar rasanya boleh dilepaskan sbb diorang ada pengalaman dah balik kampung tanpa mamaayah.. Tapi kakak ni, dah la jenis melekat dengan mama.. Kiranya stok anak mama la ni.. Bincang2 ngan ayah, ayah kata cuba bagi peluang dia rasa pulak ..Sebab utama kakak ngan kembar nak balik kampung dulu sebab ada sepupu diaorang la kat sana.. Adik ipar masih tinggal kat kampung lagi pas abis pantang.. So itu yang diorang tak sabar2 nak ikut makcik2 dia balik dulu.. Ye la, korang suka...Mama ni yang dok memikir nak bagi ke idak..
So mama belum buat keputusan lagi.. Kakak dan kembar dok menghitung hari jer..
Soalan2 yg asyik ditanya :
Lama lagi ker sekolah mama?
Sekolah sampai hari apa mama?
Berapa hari lagi kakak kene sekolah mama?
Kakak sekolah sikit jer kan mama?

Tengoklah camner.. Bebudak tak kisah apa..Diorang pikir seronok jer.. Hati mama ni yang tak keruan..Kalau jadi diorang ikut makcik2 diorang, ni first time kakak balik kampung tanpa ayahmama dan kali kedua bagi kembar...

No comments:

Post a Comment