ARTIKEL TERBARU

Friday, 12 October 2012

Jangan La Sakit2, Kami Risau

Lepas balik dari kampung hantar mak ngan abah pas abis majlis tunang Naim ahad lepas, kol mak,
Hari Isnin - Mak tak sihat (mungkin kepenatan lagi lepas majlis tu.)
Hari Rabu - Masih tak sihat lagi, dan tangan langsung tak leh nak angkat lepas kene urut.
Hari Khamis (semalam) - Bertambah tak sihat.. Cuak dah.. Roger adek badek bgatu...
Hari Jumaat - Dah kurang sikit (malam tadi abah tolong buatkan air penawar dan lepas mak minum tu terus muntah2.. Pagi ni mak kata dah leh angkat skit)
Saya tau yang tangan kiri mak kurang sihat masa saya balik hari tu. Tak tau puncanya apa.. Tak jatuh tak ada angkat benda berat.. Gi klinik doktor xray pun kata tak ada pape.. Gi urut pun kata tak ada yang terseliuh... Camner tu...
So pakat adek badek nak gi ke Darussyifa' jer.. Saya kalau dah ke doktor tak jalan, urut pun masih tak ok, moh ler kita cuba rawatan lain.. Dari biar melarat..
Ingat nak bawak mak ke Bangi jer.. Tapi bila check kat web Darussyifa' ada plak kat Shah Alam Sek 11.. Ok la tu kata Huda...So Huda jer la yang hantar sebab dia dok Shah Alam lagipun adik amik mak kat kampung datang umah dia petang ni..
Tapi pusat perubatan ni buka hari Ahad jer plak.. Jam 9 pagi hingga 5 petang.. Lor satu hari jer ker..Ramainya camner la tu kang.. Tak apalah, janji kita usaha untuk merawat penyakit.. Kene tunggu la hari Ahad tu camner..

Kat sini ada link berkenaan Pusat Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia.. Boleh jadikan panduan bersama:
Pusat Rawatan Darussyifa' Seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...