ARTIKEL TERBARU

Saturday, 4 August 2012

Chu Tak Suka Seksi


Bila saya nak pakaikan gaun atau baju yang tak ada lengan, Chu mesti cari baju lain untuk cover.. Kalau Cha dia tak kisah, menerima apa yang saya sediakan. Kalau Chu ni jenis memilih skit.. Kadang tu bila pagi nak pergi nursery lepas mandi saya dah siap2 baju untuk pakai, siap nangis2 tak nak pakai. Lor,tak nak pakai sudah ler, yg nak melalak2 plak nape? (sebenarnya nak cover takut mama marah,sbb tu bantai melalak dulu)
Ye la, kalau pergi jalan saya nak la Cha ngan Chu pakai baju sama sbbnya dah tentu2 la kembar.. Tapi tengok mood dia la, kalau ok dia pakai jer.. Yang pasal dia tak suka seksi tu mmg kelakar la.. Sbb saya tak paham masa tu dia minta baju tuk cover.. Siap dia selongkar drawer dia.. Memang la tak jumpa sbb saya letak tempat lain.. Hahaha..
Pastu saya tanya la, wat per nak pakai baju ni?
Chu tak suka la mama cekci2 ni.. Nanti nampak ketiak Chu.. Dosa,nnt masuk api neraka....
Ek! Pandailah.. Atas tutup bawah buka..
Tapi ok la budak umur 3 tahun lebih boleh pikir cam gitu.. Insap mama Chu..

No comments:

Post a Comment