Artikel Terkini

Cerita Hari Raya part1

Hari Ahad masa pagi raya tu memang bangun pepagi la.. Menolong menyiapkan apa2 yang patut.. Anak2 pun dah bangun tapi lom mandikan lagi... Bagi makan siap2 dulu sbb nnt dah pakai baju raya kang comot2 plak.. Bising neneknya.. Bukan mamanya,nenek yang bising.. Mane leh tengok cucu2 tu comot skit..Nak sentiasa ayu sentiasa.. Hahaha..
So masa ayah gi semayang raya tu mama siapkan anak2 semua.. Wah! tomei2 anak mama semua pakai baju kurung dengan butang besar.. Gambar tiada sbb lom amik kat Rokhim lagi.. Nanti dah amik saya tepek la..Just tepek gambar baju tanpa tuannya la ye..

tahun ni warna hijau latar putih.. Beli kat GM Klang ari tu.. Satu RM28.. Tapi sbb beli sekali 4 helai dapat harga RM25 sehelai..

Lepas abah, ayah dan adik2 lelaki balik dari semayang raya, kami bergerak ke Sawah Sempadan umah embah (emak abah). Tahun ni turn saya dan family Rokhim.. Along dah Huda kat umah mertua.. Raya ketiga kami bergilir.. Tapi itu along la, kalo huda sukati dia ikut gi beraya sbb mertua dia dekat jer.. Kejap ikut kami beraya, kejap ikut mertua dia plak.. Sampai umah embah, adik beradik abah semua lom sampai.. So kami anak beranak makan la dulu.. Bila semua adik beradik abah dah sampai diorang buat tahlil jap.. So mama dan baby Eya mengundur diri ke bilik kerana baby Eya nak menyusu sambil landing2 atas katil..Heheh. Dapatlah lelap mata jap beberapa minit sbb baby Eya tido..
Lepas selesai semua kat umah embah di Sawah Sempadan, kami gerak pulak ke Banting sebab nak jumpa pulak embah sebelah emak (maksudnya mak kepada emak saya la). Asalnya memang dia dok kat Sawah Sempadan jugak, tapi masa dia sakit tu makcik saya ambik bawak ke Banting dok umah dia..So kene la gi sana kalo nak jumpa embah.. Jangan jadi plak cucu durhaka sbb antara adik beradik saya la paling liat nak gi umah sedara2.. Hahaha..
Dalam perjalanan saya dok tanya2 kat suami, lamer lagi.. Nape cam jauh sangat la Banting ni.. Sebenarnya dah lama tak pergi sbb tu terasa jauh.. Dah bape tahun ye saya tak gi umah makcik saya ni.. Dia pindah umah baru pun saya tak pergi lagi.. Bila dah sampai, lega skit..So melepak la kami kat umah makcik tu sampai malam... Biar anak2 mandi, kasi bersih badan, so balik kang kalo tertido dalam kete dah mandi tak apa.. Kang tak pasal2 ada yang bangun malam nangis sbb tak selesa..
Gerak balik ke Tanjong Karang dalam kul 9 malam gak la.. Sampai Kuala Selangor tetiba melapo plak.. Nak gi makan kat kedai anak2 semua dah tido.. Last2 tapau roti canai.. Kami satu kete gerak balik dulu, yang blanjer roti canai abah ler..Dia naik kete ngan Rokhim..Abah ngan mak kalo gi jenjalan suka blanjer makan.. Sebanya kalo dia nak bg duit minyak mmg x denya diterima.. Lagi2 kalo ngan Rokhim, tak denya dia nak amik duit abah tu.. Tu pun kalo nak bayo makan dok tepis2.. Biar abah bayo, tak per..Biar bang chik bayo.. Sukati korang la..Malas nak campur..hehehe.. Tapi biasanya kalo makan besar, kami adik beradik akan tong tong.. Jgn harap la abah nak masuk campur.., Sila duduk dan makan sahaja ok..So raya pertama hanya dapat 2 rumah sahaja iatu umah embah2 sahaja... Esok raya ke2 ke mane plak kita ye?

..

Comments

FOLLOWERS