ARTIKEL TERBARU

Tuesday, 17 July 2012

Sedih,Kecewa,Sedih,Kecewa...

Orang kata kalau sesuatu tu bukan jadi milik kita mungkin ada hikmahnya.. Tapi itu cakap orang, sbb orang nak sedapkan hati kita.. Tapi kita yang melaluinya, hati kita yang mengalaminya.. Rasa tak terluah nak kata apa2.. Nak cakap kita sedih, nak bagitau kita kecewa, susah nak tafsirkan. Hikmah yang nak diberi tu kita tak nampak, jadinya dipersalahkan diri sendiri.. Oh!Sungguh SEDIH + KECEWA.. Niat saya baik sbb nak tolong orang.. Tapi tidak dilorongkan ke arah itu..
Bila apa yang kita hajati tidak tercapai, sedikit sebanyak mengganggu EMOSI yang memang tengah tidak stabil. Semua perkara yang dibuat tidak mencapai matlamat walaupun ianya mudah. Di fikiran yang berkecamuk dengan perbagai yang mendatang serentak....
SEDIH & KECEWA pergilah jauh2.. Saya tak nak ia datang pada saya.. Saya tak mampu nak mengawalnya...
Namun saya bersyukur kerana yang tersayang sentiasa ada disisi memberi kata-kata semangat.. Sedikit sebanyak terkesan di hati dengan kata-katanya..

"Kami buat semua ini bukan untuk orang lain, kami buat semua ini untuk anak-anak dan keluarga kami"

No comments:

Post a Comment