ARTIKEL TERBARU

Monday, 2 July 2012

Belasah isteri guna wang belanja dapur

MEMANG SENGAL INI JANTAN !!!! Macam2 hal tul.. Pasal duit dapur pun leh belasah bini...

KUALA LUMPUR: Buruk siku, itu perumpamaan sesuai untuk seorang suami yang sanggup meminta semula wang perbelanjaan rumah daripada isterinya, malah membelasah wanita itu hanya kerana wang berkenaan sudah digunakan dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Desa Gombak, di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, lelaki terbabit yang berusia 30-an sedang bersiap untuk ke tempat kerja memanggil isterinya sebelum meminta wang RM100 yang diberikannya sebelum ini untuk perbelanjaan keperluan dapur dan anak.

Menurut sumber, isterinya yang berusia 32 tahun memberitahu sebahagian wang itu sudah digunakan untuk membeli barangan dapur sebelum dia menyerahkan baki wang itu kepada suaminya.

“Namun, suami mangsa tidak berpuas hati dan menghamburkan kata-kata kesat menyebabkan wanita terbabit terkejut dan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Suami mangsa menampar dan menumbuk muka isterinya beberapa kali dan mendesak menyerahkan semua wang yang disimpannya,” katanya.

Sumber berkata, dalam keadaan kesakitan, mangsa yang tidak bekerja memberitahu hanya mempunyai baki wang yang masih belum digunakan lagi menyebabkan suaminya yang masih gagal mengawal kemarahan mengambil penyangkut baju dan membelasah mangsa berulang kali.


“Puas mangsa merayu supaya dilepaskan, namun tidak diendahkan sebaliknya terus dipukul.

“Selepas beberapa minit, suami mangsa beredar dengan membiarkan mangsa yang cedera,” katanya.

Bimbang kejadian sama berulang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya

3 comments:

  1. Orang sekarang ni banyak yang menderita sakit mental tanpa sedar

    ReplyDelete
  2. betul2..bila ada kes mcm2 ni smpi berlaku perkara yg x diingini bila hendak sabitkan kesalahan rupanya ada sakit mental..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...