ARTIKEL TERBARU

Saturday, 30 June 2012

Pisang Oh Pisang

Sape suka makan pisang ? Tak kisahlah yang makan begitu sahaja ke atau buat pengat ke (sedapnya..tetiba plak terliur), yang buat masak ke, kek ke, yang apa sahaja la .. Janji ada kaitan dengan pisang. Kalau minum air pisang aci tak? Pisang pun ada macam jenis, ada pisang tanduk,pisang lemak manis. pisang abu, pisang nangka dan mcm lagi la..(nmpk sgt x berapa nk tau jenis pisang..). So kat bawah ni ada maklumat berkenaan dengan pisang. Baca artikel ni dalam muka buku (muka buku..cm poyo la..FB lor)
Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan.

Khasiat - khasiat Pisang:1.Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok. Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. (baru tahu..)2. Menurunkan kolestrolIa rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol. (bagus ni)3. Cirit-biritPotasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit. (ye ke..bukan mkn pisang lagi rasa nak membuang ke?)

4. AnaemiaAnaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah. (lah ye ker..kalo tahu saya mkn byk2..)

5. KemurunganOrang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang. (hehehe..Kalo mmg ko jenis murung memanjang sumbat durian pun murung jugak)

6. Pening-peningcara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. (cedapnya.. nak satu)

Maklumat lain:
- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
- Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 - 6 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...