ARTIKEL TERBARU

Friday, 11 May 2012

Bila anak mengamuk ...

Sekarang ni perangai Chu @ Farah Nor Shuhadah boleh menyebabkan mama akan ada penyakit DARAH TINGGI... Nauzubillah..Minta dijauhkan.. Amin...
Ni budak BERTUAH yang buat mama mengucap banyak2 supaya tangan ni tak ringan...Hehehe.


Perangai dia sekarang... Entahlah, tak tau nak cakap atau terangkan macammane.. Tak boleh silap sikit, tak boleh lambat skit, tak boleh itu, tak boleh ini,.. Yang paling pening tak boleh nak ditegur kalau ada silap.. Terus nak melalak sampai tak ingat dunia.. Pastu campur dengan mengamuk.. Belum lagi campur dengan siapa dia nak lepaskan geram dia tu.. Pagi tadi tak pasal Pqa bambam kene tampar pastu kene tendang... Pqa plak yang melalak..Depan mama awak buat semua tu Chu.. Memang silap la awak ye.. Mama apalagi angkat dia pastu letak kat luar bilik, pastu mama kunci bilik dr dalam. Awak melalak la kat luar tu sensorang.. Malas nak terjerit2 pagi2..Kang spoil mood mama kat opis. Pastu dia sibuk cari ayah dalam toilet bilik belakang.. Hahaha.. Sape suh awak cari pasal pepagi Chu oiiii... Kalau kita tau dia nak apa ok la..Bagi jer la..Ni tak tau apa2 saje jer nak membazir air mata tu..Hahaha..

Dalam beberapa minit pastu suruh Cha @ Farah Nor Shahadah bukak pintu.. Cha lepas bukak pintu terus lari kat mama. Tak pasal2 dia plak yang kene. Suruh kakak pujuk, kakak pun tak nak.. Tak nak la mama, nanti Chu pukul kakak pulak..(tau awk takut ek kakak)

Bila ayah dah kluar toilet, ayah pun pujuk la Chu. Masih tak tau dia nak apa.. Bila nak pakaikan baju, tak nak baju yang mama dah pilih. Nak bagi reda suh dia pilih jer dia nak pakai baju apa..Sukati awk la Chu..

Bila semua dah siap nak turun ke bawah, mama panggil Chu.. Ingat dia masih marah kat mama. Pastu mama peluk dia, Kenapa Chu buat macam tu? Kenapa Chu menangis? Pas2 dia bebel apa ntah.. Dia salam mama say sorry dan cium pipi mama.. Mama maafkan Chu..

Itu kes pagi tadi.. Kes yang sebelum2 ni ada juga terlepas tangan ni.. Hehehe. Ayah memang tak bagi mama dekat kat anak kalau tengah marah.. Takut berlebihan kalau memukul.. So kalau anak2 buat perangai ayah yang akan handle..Mama sibuk2 la buat keje lain walaupun dalam hati tu GERAM yang amat..

Sabar ye mama.. Sabar tu kan separuh dari iman..



2 comments:

  1. sabar jerlah..
    cute mum pun kadang2 naik angin gak ngan dania kalo buat perangai..selalunya biarkan jer die nangis sampai puas.. bila teruk sangat jer baru pukul tangan.. daddy pon sama gak..
    cuma bila sorang dah marah, dania akan lari kat sorang lagi.. kami dua-dua buat tak tau.. kalo pujuk takut menjadi-jadi pulak.. lama2 die yang minta maaf sendiri..

    ReplyDelete
  2. mmg..kadang2 tu takut berlebihan bila memukul anak..harap dijauhkan.. cutemum lagi la tengah pregnant..jgn marah2, x bagus tuk kesihatan dan baby..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...