ARTIKEL TERBARU

Tuesday, 8 May 2012

Besday Kembar Cha Chu

As salam semua,

Hari ni besday kembar... Mula2 Cha bangun dulu. pastu dia salam saya, saya pun wish hepi besday Cha, pastu peluk dan cium dia.
Tak lama pastu Chu plak bangun.. Masa wat kat Chu apa yg saya wat kat Cha dia tersenyum2, tersipu... Hek eleh.. Bajet tomei la kononya.. Awak tu baru bangun tido, bucuk tau tak.. Hehehe.. Bucuk2 pun mama sayang ler..

Lepas dah siap mandi2 semua, turun bawah sebab nak siapkan makan masuk dalam bekas. Tengok atas meja makan, eh! jadi ek ayah wat apam polkadot ni..Sebab masa nak masuk tido ayah pun nak tido gak. Bila masa plak dia buat? konpius2. Rupanya dia bangun kul 5 pagi wat apam dia tu. Dia kata kul 5 pagi tu baru datang mood nak buat. Hek eleh.. Nak wat kuih pun kene ikut mood ker.. x paham2..

Lepas dah siap2 masukkan barang dalam kete terus hantar anak2 ke nursery. Sampai2 kakak dok sibuk agihkan goodies tuk budak2 kat sana.. Alahai..Ingat nak suh cikgu bagikan petang jer kang sebelum budak2 balik. Kakak dah tolong bagi.. Sukatilah korang la..
Antara yg di bawa ke nursery diorg sempena besday kembar:
dadih strawberi

dadih laici

goodies

apam polkadot

p/s: adakah malam ni kene beli kek plak.. kekonon nk potong kat umah pulak.. Macam2 karenah anak..

No comments:

Post a Comment