ARTIKEL TERBARU

Friday, 27 April 2012

Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang


As Salam,

Jika melihat pada tajuk ini, macam menarik sahaja kan. Bagi kawan-kawan yang telah berkahwin ,pernah melalui proses bersalin (wanita sahaja ye), pernah berpantang (juga wanita sahaja ye), cuba jawab soalan kat bawah ni? Hehehe.. Tapi tak ada hadiah la..

1- Berapa ramai para suami yang sanggup bersusah payah untuk menjaga isteri sewaktu di dalam pantang?
2- Berapa ramai yang tahu resepi atau makanan yang sesuai untuk isteri dalam pantang?
3- Berapa ramai yang sanggup belajar mandikan bayi baru lahir yang masih lembut badan dan tulang nya tu?


Yang biasa kita dengar, apabila isteri bersalin, isteri akan dihantar balik kampung untuk dijaga oleh ibu mertua ataupun ibu sendiri. Encik suami? Adakah anda menghabiskan masa-masa cuti anda untuk enjoy? Diharapkan semua suami yang membaca artikel ini, adalah suami yang bertanggungjawab kepada isteri anda…. (Sebenarnya tak semua suami akan hantar isteri ke kampung untuk menjalani pantang dengan dibantu ibu. Bagi yang masih ada ibu boleh la, tapi yang telah kehilangan ibu, nak tak nak suami la yang kene jaga. Justeru itu suami perlu lengkapkan diri sebelum isteri bersalin dengan banyak bertanya kepada mereka yang berpengalaman atau banykkan membaca maklumat berkaitan di internet. Termasuk saya, semasa melahirkan anak pertama, mak saya sendiri yang minta dihantar ke kampung. Maklumkan cucu sulung dan saya anak perempuan sulung. Suami redha jer la sebab kene berjauhan. So tiap2 minggu lepas abis keje hari jumaat da gerak balik kampung. Bangi ker Tanjong Karang- uiks..Bukan jauh sgt pun...Hehehe. Tapi anak seterusnya saya minta berpantang kat Bangi je. Sbbnya saya yakin suami saya boleh jaga saya semasa pantang.. Alhamdulillah )

Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:-
******************************************************
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater). - saya kene bangun awal juga sbb mandi siap2 sebelum baby bangun.

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai… - Biasanya 2 minggu selepas melahirkan anak, semua benda disediakan depan mata. Dari sarapan, minum kul 10,makan tengahhari dan seterusnya.. Oh indahnya..Hehehe

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah. - Part ini saya memang setuju..Sebabnya saya tak pernah mandikan anak sehingga tali pusatnya tanggal..Takut.. Memang suami mandikan dan siapkan baby. Nasib baik suami memang berani.. Kalau tak sape nak mandikan ko nak oiii? Lepas saya siap sarapan baru saya susukan. Ada ke kawan-kawan yang macam saya gak?

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak. - Ya betul... Takkan la tengah sakit2 nak kene siapkan baju sekolah anak la,masak la..Tak patut..Tak patut...

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).Ya betul...

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro. - tak perlu ler sentiasa berada kat sisi...Kang lain plak jadinya.. Hahaha..

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan. Ya betul... Biasanya lepas 2 minggu tu dah kuat skit, tapi tak boleh la lasak sangat.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression. Ya betul... Suami hepi isteri pun hepi...

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya. Ya betul... Nak kene mengandung tiap2 tahun pun x per ye..Hahaha

Mungkin sukar untuk menjadi suami yang dapat memenuhi tips di atas…Namun, sekiranya anda para suami, berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda…Pasti anda dapat lakukannya dengan mudah…Jika ada para suami yang berkecil hati dengan artikel ini, saya mohon maaf..Niat saya cuma ingin berkongsi kebaikan kepada semua…Sama-samalah kita berubah kea rah yang lebih baik…InsyaAllah…

1 comment:

  1. Tips2 yg penting untuk menjaga isteri ketika berpantang

    1. 0530 suami bersiap2 untuk pergi kerja.

    2. 0600 suami begerak pergi bekerja.

    3. 0630 suami masuk baris untuk mula bekerja sampai jam 1800 tidak balik rumah untuk makan tengahari.

    4. 1800 suami bersiap untuk pulang kerja.

    5. 1830 suami sampai rumah n bg suami res dan main2 dengan anak serta membantu si isteri menguruskan anak dalam segala hal dan ingatkan suami solat maghrib.

    6. 2000 suami masuk tidur selepas solat isyak.

    7. 0100 anak tak tidur atau perlukan suami kejutkan suami dengan lembut dengan memberikan salam. Kejut samp bangun. Si suami akan buat kerja rumah membasuh dan menjemur baju atau mengemas rumah sampai jam 0500 pg dan terus laksana rutin harian bekerja.

    Mohon para isteri boleh terima jadual waktu suami yg bekerja awal mcm tu. Kalau sabtu ahad biasanya akan menguruskan hal2 rumah pergi beli ikan atau mengemas rumah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...