ARTIKEL TERBARU

Friday, 13 April 2012

Tabiat Yang Boleh Membuat Anda Sakit Kepala

Boleh jadikan panduan sesame kita. Kekadang memang kita mengalaminya. Tapi yang setengah orang tu, selalu sangat sakit kepala.. Bila tengah sakit kepala, muka pun da macam cencurut menengoknya.. Hahaha..


Sakit kepala memang akan membuatkan kita rasa tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari dalangnya.
  • Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.
  • Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.
  • Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.
  • Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.
  • Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.
  • Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.
* so check ler tabiat anda yang mana satu..

No comments:

Post a Comment