ARTIKEL TERBARU

Sunday, 29 April 2012

Panduan Bersama


As Salam,

Untuk peringatan kepada diri saya sendiri...Banyak kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT. kepada wanita yang mengandung,melahirkan juga menjaga anak. Tapi berapa kerat dari kita semua yang redha dan ikhlas untuk semua ini. Nauzubillah.. Minta dijauhkan...

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. - begitu besar ganjarannya.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. -Syukur..

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. -baru tahu Ingatkan semasa hendak melahirkan sahaja baru dikira mati syahid. Rupanya dalam 40 hari selepas bersalin.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. - Bayangkan berapa titik susu yang keluar? Berapa besar pahala kita dapat. Senangnya la wanita nak dapat pahala.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. - Sedihnya la.. Semua anak2 tak sampai 2 tahun menyusu badan..

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Rasa nak menangis sebenarnya baca artikel ni.. Sungguh, saya rasa saya belum dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 saya.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat. Rasa berdosa sangat diri ini, bila anak sakit kadangkala merungut juga.. Padahal suami menolong jaga..

* Mulai hari ini, saya akan cuba baiki diri saya.. Saya tak nak merungut2 kalau anak menangis ker, demam ker.. Rasa nak balik sekarang, nak peluk anak2 saya. Saya rasa sebak baca artikel ni.. Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 ku... Amin... Wahai SETAN, tolong jauhkan diri ko dari aku ye..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...