ARTIKEL TERBARU

Saturday, 14 April 2012

Gangguan Dalam Mimpi

Semua orang mesti pernah bermimpi kan? Ada ker yang tak pernah mengalami mimpi semasa tidur? Rasanya semua pernah bermimpi akan tetapi ramai yang tidak tahu maksud dan alamat yang tersirat disebalik mimpi tersebut.

Sebenarnya mimpi bukan hanya sekadar mainan tidur tetapi mimpi juga memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Rasanya bila malam tu kita ada mimpi, tak kisahlah yang baik ker yang buruk ker, esok pepagi terus google kat internet.. Hehehe.. Apalagi, nak cari maksud mimpi la tu.. Betul tak?

Itu kes yang memang realiti kita tau ianya mimpi.. Kalau bagi mereka yang mengalami dalam keadaan sedar.. Tapi orang disekelilingnya melihatnya dalam keadaan dia tidur yang lena.. Hakikatnya dia sedang bertarung untuk melepaskan diri dari cengkaman mimpi tersebut..

Kenapa saya kata ada yang mengalaminya dalam keadaan sedar? Sebabnya saya adalah salah seorang dari mereka ini... Kalau mereka yang tak pernah mengalaminya memang susah nak percaya, dan kita nak terangkan pada mereka pun susah...

Walaupun sebelum tidur saya telah membekalkan diri saya dengan ayat kursi, 3 qul dan ayat2 sampingan, namun tetap juga diganggu. Sampaikan saya rasa, saya baru jer nak terlelap.. Benda tu dah datang kacau. Sampai sesak2 napas saya nak melepaskan diri dari suasana tersebut. Saya nampak suami tengah tidur nyenyak, anak2 semua tengah tidur, minta tolong sampai gegar2 katil.. Hakikatnya hanya saya seorang yang dengar semua tu, mereka lena tidu seolah2 tiada berlaku apa2.. Tensen tul la..

Sekarang ni Alhamdulillah, selepas mendapat rawatan dari Darussyifa' , kurang sikit. Setiap malam sebelum tidur, saya akan pastikan saya minum dulu air yang  dibekalan dari Darussyifa' tu, dan sapu sedikit dimuka.. Mudahan2 tiadalah gangguan lagi.

Kenapa saya kerap diganggu? Ada saya bertanya pada ustaz di Darussyifa'. Tapi biarlah saya simpan sahaja perkara ini. Yang penting saya hendak kembali seperti sedia kala..

Itu cerita hendak tidur pada waktu malam. Justeru itu saya memang elakkan untuk tidur jika keseorangan.Bimbang jika berlaku apa2.
Sebenarnya benda2 ni ada kesan juga pada badan, kegiatan harian juga emosi saya. Nanti saya cerita lagi...

No comments:

Post a Comment