ARTIKEL TERBARU

Thursday, 15 December 2011

Cameron Highlands part2

Bangun pagi semua lambat sebab sejuk... Keluarga saya la yang bangun lambat.. Yang lelain dah bangun sebab nak keluar hirup udara pagi. Saya masih bergolek2 lagi atas katil ngan Pqa..Kakak masih tido..Pqa macam boring jer terus bawak keluar. Pastu tak lama kembar pun bangun dan lepak kat ruang tamu.. Sejuknya la..

Lepas sarapan, bagi anak2 main air.. Sebenarnya suruh mandi tapi sebab diorang nak main air.. Sukati la.Janji ngan jatuh dan gaduh.. Selesai siapkan anak2 mama plak bersiap. Kami terus berkemas utk check-out sekali walaupun baru kul 10 pagi. Sebabnya malas nak patah balik ke apartment. Lepas jenjalan nak terus balik Bangi.
 bergambar sebelum check-out
 Pqa yg excited

Pagi ni kita jenjalan ke Ladang Strawberi.. Kakak ngan Cha excited petik strawberi. Chu wat tak kisah jer.. Masa ayah nak bayar strawberi nampak orang jual keychain.. Haruslah beli. Belum sampai ke sana tengok bebudak ni tengah dok pilih2 keychain. Tanya la.. nak buat apa beli ni.. Kakak menyahut, kakak nak bagi cikgu,nak bagi Intan. Cha ngan Chu pun bebel2..Rasanya diaorg pun nak bagi cikgu pun kot. Sukatilah.. Amik la..Tapi jangan banyak2.. Macam2 keychain bebudak ni amik.. Terpaksa tengok jugak ntah apa2 diorang amik. Masa nak bayar kena RM36.. Amik mama..Hulur jer la duit tu..Hehehe. Tak apa la sekali sekali. Tengok anak2 hepi mama pun hepi.

 Gambar kakak tak ada.Menyorok belakang mama.


Lepas tu gi ladang teh Bharat.. Lepas bergambar kat ladang teh sebab kene cepat2..Hujan sudah turun.. Singgah membeli berbagai teh berperisa. Masih lagi dalam almari..Lom kesempatan nak membuat..Hehehe.
 korang nape?Blur ker?







Pastu gi makan tengah hari dan jenjalan kat area situ sebab ada jualan jugak. Dapat la bebudak ni baju sehelai termasuk mama dan ayah. Sponser by mama yang baik hati. Hujan masih belum berenti..

Terus bergerak je Brinchang.. Kat sini lagi banyak pilihan dan murah2.. Tapi mama tak dapat nak keluar.. Pqa ngan Cha tido. Jadinya ayah ngan kakak ngan Chu jer. Kat sini beli jagung, keledek.. Manis giler jagungnya.. Keledek madu pun sedap gak.Makan dalam kete jer sambil menikmati orang lalu lalang.. Ayah keluar semula sebab nak beli yang mentah nak bawak balik ke Bangi.

Bergerak balik ke pangkal jalan.. Balik bangi ler..Memang tak banyak tempat saya pergi walaupun dah beli map. RM4 harganya. Tak apa la..Lainkali leh pergi lagi. Cuma saya excited nak petik strawberi jer.. Nasib baik manis..Makan time tu jugak..Malas nak bawak balik Bangi.Yang lelain tu tak kisah sangat.

Sampai ke Bangi dalam kul 11 malam... Anak2 semua dah tertido dalam kereta. Sampai rumah letak anak2 atas katil, tukarkan baju, lap kaki diorang.. Mama pun terus baring dan tertido.. Sebab yang akam angkut barang2 dari dalam kereta adalah ayah...Sori ler mama nak tolong..Hehehe..Kijam sungguh..
Tamatlah percutian ke Cameron Highlands.. Tahun depan korang nak gi mane plak ek?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...