ARTIKEL TERBARU

Tuesday, 22 November 2011

Tertekan ...

Bulan ni rasanya bulan yang buat saya rasa tertekan.. Tapi tak leh la nak stress..Tak pasal kene darah tinggi plak kang..
Dengan kehilangan laptop..Dan kene buat semula 2 sistem yang telah siap sepenuhnya...
Dengan minggu depan ada training...
Dengan kakak dah 2 hari demam..
Dengan kembar pulak hari ini demam..
Alhamdulillah Pqa tak demam atau belum nak demam ker..

Malam tadi memang rasa macam tak tido. Baru rasa nak terlelap dengan kakak merengek.. Kata nak muntah la, perut sakit la,tekak sakit la.. Macam2..

Bila kakak da ok skit, dapatlah baring sekejap tertiba Cha plak merengek nak susu milo.. Tak nak ayah buat, nak mama buat (Hello..mamai2 pun leh tau ker ayah yang buat susu tu..wakakak tul la).

Baru nak terlelap Chu plak ngadu sakit perut.. Tanya lapar ker? Makan biskut ye.. Dia angguk.. Buatkan air milo dan dia makan biskut cicah air milo. Makan pun kat bilik jer . Dapatlah dia habiskan 3 keping biskut.

Nasib Pqa tak merengek gak sebab suara kakak2 nya tu mampu membuatkan semua bangun terutama Cha. Siap hentak2 kaki atas tilam.. Boleh mengundang ketidaksabaran mamanya.

Tak per2 tak per.. Ni time korang tak sihat leh la buli mama.. Mama sabar jer ikut kerenah masing2.. Tengoklah korang dah sihat.. Maleh mama nak layan.. Sonok la ayah tak perlu bangun buat susu Cha ngan Chu.. Ngelat..

Ni pun ayah yang EL sebab mama memang tak leh nak cuti.. Perlu siapkan beberapa kerja. Tapi setiap beberapa minit ada jer la call. Kejap kakak call.Kejap Chu nak cakap la.. Tak fokus la mama cam gini yang oiii..

Anak-anak mama..Cepat2 ye sihat..

No comments:

Post a Comment