Artikel Terkini

SELSEMA dan BATUK

Tak suke ! Tak suke! Kadang apa yang kita tak suka tu la yang kita dapat. Apa yang tak suka ni? Saya tak suka SELSEMA dan BATUK. Tapi saya telah mendapat virus tersebut dari budak kecik ini.

nasib baik la awak ni tomei.. so mama x kisah..

Dah masuk 2 hari saya medapat virus ini. Sungguh tidak selesa. Sahur pun tak larat nak masak. Jadinya suami tersayang la yang kena masak. Nasib baik pandai masak, kalau tak sakit2 pun bini kene masak.. Sayang ayah..

Bila nak baik ni? Shopping tak abis lagi ni. Semalam dapat la beli baju tuk 3 orang anak sedara yang lelaki. Susah tul saya rasa nak memilih baju budak lelaki ni. Ye la.. Anak saya semuanya perempuan. Jadinya kat mata ni baju pompuan gak yang tomei2. Baju budak lelaki tak pandang pun.. Hehehe.

Bila dalam keadaan tak selesa macam ni, nak buat apa pun jadi tak seronok. Apa lagi nak abiskan saki baki kerja sebelum bercuti raya. Langsung tak ada mood la. Bukan sebab mood raya telah menebal di hati, langsung tak ader semangat nak  raya tahun ni. Kenapa ek? Adakah disebabkan penambahan umur. Wakakaka. Mungkin sebab badan kurang sihat jadinya semua benda yang dibuat jadi tak sihat jugak. Boleh ke gitu?

Tak apa la.. Allah nak hapuskan dosa2 kecil saya tu. Sebab tu  DIA bagi sakit ni. Jadinya kita kene menerima dengan  hati yang redha.


Comments

FOLLOWERS