ARTIKEL TERBARU

Monday, 22 August 2011

Mini Popia

Tahun ni tetiba terRAJIN plak nak buat MINI POPIA. Sebenarnya dah siap buat cuma belum sempat untuk menggoreng sahaja. Jadinya langkah selamat adalah dok la ko diam2 dalam peti ais tu dulu ek.

Ni rupa mini popia yang belum digoreng.

Setelah digoreng

Actually separuh popia yang telah digoreng telah selamat masuk dalam perut kami dulu. Tu yang separuh lagi tak nak goreng dulu. Kang ada yang tak sampai raya. Penat tau buatnya. Sakit pinggang i..

Yang membuatnya sorang (mama la siapa lagi), yang tukang makan, amboi.. Makan tak hingat.. Krup,krap krup, krap.. Tengok2 licin satu balang. Senyum terpaksa la kan.. Inti mini popia ni saya guna SERUNDING IKAN. Beli jer.. Tak koser i nak membuatnya. Kalau guna UDANG GERAGAU pun sedap tau. Goreng udang geragau tu dulu, pastu masa nak blander campur dengan gula skit.. Memang sedap la.. Tu kalau tetiba serunding ikan tak cukup stok. Ye la, buka murah serunding ni.  100 gram harganya dalam RM7, tu nasib dapat bazar yang murah, kebanyakkannya jual RM10. Sikit plak tu. Tak per la.. Raya setahun sekali jer kan.

Kalau terlebih rajin dulu saya siap buat popia simpul lagi. Tahun ni tak disuntik sangat kerajinan dalam diri. MALAS ler. 

Popia simpul (leceh gak membuatnya)

Rasanya ramai jer yang suka makan mini popia ni kan. SEDAP ...



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...