ARTIKEL TERBARU

Saturday, 20 August 2011

Aktiviti Sabtu

Sabtu pagi bangun kul 9.30 pagi.. Hahaha.. Nasib baik tak sakit kepala. Bangun2 pagi tengok suami tengah basuh baju. Pastu mama teringat nak siapkan buat popia la. Siap jugak. Lepas siap popia sidai baju. Pastu buat kek batik untuk hantar kat kedai Rokhim. Sambil tunggu kek batik keras masak bubur lambuk tuk anak2 makan tengah hari kang. Kakak leh plak request suh letak udang bubur tu. Kakak suka tau mama makan udang.. Ye la sayang ku.. Apa2 la..Janji nak makan.

Bila kek batik da keras terus potong dan packing. Letak sticker bagai. Letihnya.. Masa ni puteri2 yang 3 orang tu tiada. Pergi ikut ayah gi service kereta iswara. Jadinya aman skit la nak uruskan kek ni. Kalau tidak ada la yang tukang tolong.

Pastu suap Pqa bubur. Dalam kul 4 ayah dan puteri2nya yang tersayang da balik. Cot..cet..cot .cet..bunyi selipar diorang. Pastu bagi ayah rehat jap dalam kul 5 gerak amik adik kat umah Rokhim. Dalam kul 5.30 terus gerak gi rumah huda kat shah alam untuk buka puasa kat rumah dia..

Nyum! Nyum! Tak sangka plak ko leh masak ye hud.. Sejak dah ada anak ni pandai plak ko masak..Sedap plak tu.. Hehehe.. Ni puji tul2 ni..Ayam masak merah ko sedap tau.

Dalam kul 9.30 malam gitu kami pun balik sebab pqa sudah mau tido..

Sabtu yang terisi dengan pelbagai aktiviti yang penat jugak la..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...