ARTIKEL TERBARU

Sunday, 24 July 2011

4 Cara Diet Ketika Di Pejabat

Persoalannya.. Boleh ke nak berdiet masa kat pejabat? Rasanya ramai yang boleh kot..Tapi bagi saya, saya macam tak boleh (hehehe..Adakah ini hanyalah alasan semata2). Ye la, dengan dok dalam bilik sensorang..Buhsan siut..Pastu campur dengan sejuk2 kene aircond.. perut tetiba menari jazz..itu baru jazz, kalau dibuatnya dangdut.. Jadi haru.. Kan sedap tengah tekan2 keyboard laptop, sebelah tangan ambil kopok kemudian masukkan dalam mulut.. bunyinya kruk,krap..(Jangan risau sbb hanya anda sahaja yang mendengarnya). Kalau buka laci memang penuh stok biskut, coklat dan macam2 lagi (Tolong ye jangan ikut jika anda membuat perancangan untuk berDIET).
Kesimpulannya saya akan cuba ikut petua ni..(Cuba tu bila ye agak2nya). Tak apalah..Mari kita sama-sama cuba. Sila kosongkan laci anda sekarang dengan masukkan benda2 yang berfaedah.

Cara Pertama : Minum banyak air kosong

Air kosong ye kawan-kawan.. Bukan air Coke atau seangkatan dengannya. Letakkan saja air kosong tu sebotol yang besar atas meja anda atau kalau tak nak semak meja tu letak kat meja lain.Kita kan kene minum air kosong 8 gelas sehari.

Cara Kedua : Jaga waktu makan

Atur waktu makan anda secara konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari.

Pastikan juga memilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori.
Sementara itu, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi anda mesti UBAH jika mahu "maintain" langsing.
Untuk itu, mulai saat ini kosongkan meja anda daripada sebarang jenis makanan. Pastikan mata anda tidak terpandang sebarang jenis snek, buah-buahan dan sebagainya semasa tengah bekerja. (Baik..Saya akan ikut arahan ini)

Cara Ketiga : Bergerak sekali-sekala

Usah jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk anda tidak bergerak. Mata anda pun tahu letih tau.
Jadi, sekali sekala anda perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh anda lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa.(Hahaha..Ye masa rehat adalah untuk rehat..Tidur boleh tak?)

Cara Keempat :Cari kawan yang ada matlamat serupa

Biasanya kalau buat seorang diri, anda takkan bertahan lama. Semangat lekas pudar. Lebih-lebih lagi jika ramai yang memperlekehkan usaha murni anda tu.

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan anda. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat.

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila rakan anda kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan beliau. Begitu jugalah sebaliknya.

Sekian. Marilah kawan-kawan kita cuba ikut cara-cara di atas. Agaknya menjadi tak? SEMANGAT...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...